RATU SABA' : BALQIS, WANITA MUSLIMAH DAN PEMIMPIN YANG BIJAKSANA
Balqis. Namanya masyhur dikenali sebagai Ratu Saba’ yang
bijaksana dan menjadi ikon kepimpinan bagi makhluk yang bernama wanita dan
muslimah. Siapakah wanita hebat ini sehinggakan mampu memerintah negeri Saba’
dan semua rakyatnya taat akan perintahnya? Ayuh, kita kenali figura hebat ini.
SALASILAH BALQIS
Ratu Saba ini dinamakan Balqis. Namanya tidak disebut di
dalam Al-Quran dan penulis pun tidak pasti akan periwayatan yang sohih
berkenaan namanya. Ratu Balqis atau Bal’amah adalah hasil pernikahan Raja
Basyrakh, yang bergelar Hadzhadz dan berkahwin dengan wanita berbangsa jin
iaitu Rihana binti Syukr.
Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah SAW pernah bersabda, “
Salah seorang dari ibu bapa Balqis berasal dari jin.”
Balqis menjadi orang ketujuh belas yang memerintah kerajaan
negeri Saba’. Ratu Balqis mewarisi takhta dari ayahnya.. Beliau memerintah
kerajaan besar iaitu Saba’ dan Ma’arib pada masa kehidupan Nabi Sulaiman AS.
Diceritakan negeri Saba’ mengikut peta moden ialah Yaman pada masa sekarang.
Selain itu, Saba adalah negeri yang makmur dan maju. Masyarakatnya hidup
beradab dan bertamadun. Mereka Berjaya mengecap kejayaan dalam semua bidang
termasuk ekonomi, sosial dan politik. Kejayaan dan kemamkmuran negeri Saba’
yang membentuk keperibadian Balqis menjadi seorang wanita yang bijaksana,
cerdas dan lemah lembut dalam menyikapi segala hal.
Al-Quran menceritakan perihal negeri Saba’, firmanNya : “
Sesungguhnya bagi kamu Saba’ ada tanda kekuasaan Tuhan di tempat kediaman
mereka iaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. Kepada mereka
dikatakan, “Makanlah olehmu dari rezeki yang dianugerahkan Tuhanmu dan
bersyukurlah kamu kepadaNya. Negerimu adalah negeri yang baik dan TuhanMu
adalah Tuhan Yang Maha Pengampun..”.
PERIBADI BALQIS
1 BIJAKSANA
“ Sesungguhnya (surat) itu dari Sulaiman
yang isinya, “ Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Janganlah engkau
berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadakusebuah surat yang mulia.”
[AN-NAML : 30-31]
Di dalam kitab ‘Qosos al-Anbiya’ karangan
Syeikh Mutawali as-Syarawi menyebut, ini adalah dalil menjadi bukti Balqis
mengetahui tentang Sulaiman dan kerajaan serta keNabiannya.
Diceritakan juga, ketika Balqis membaca
surat yang dikirim Sulaiman, hati Balqis bergetar apabila membaca kalimat yang
disampaikan Sulaiman. Balqis berujar dalam hatinya, ‘ Allah Yang Maha Pemurah
dan Maha Penyayang? Itukah Tuhan yang disembah Sulaiman?’ Balqis cuba memeta
kembali keyakinan yang diimaninya. “ Adakah aku salah menyembah matahari,
kerana ada Tuhan lain selain matahari, seperti Tuhan Allah yang diembah
Sulaiman?’
2.
PEMIMPIN YANG BERJIWA
DEMOKRATIK. MENGUTAMAKAN PRINSIP MUSYAWARAH.
Usai membaca surat Sulaiman, Balqis
memanggil para pembesarnya. Mereka berjumlah dua belas ribu orang semuanya. Masing-masing
mengetuai seratu ribu pasukan tempur kerajaan.
“ Wahai para pembesar, berikan aku
pertimbangan dalam urusanku ini. Aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan
sebelum kalian berada dalam majlisku. Para pegawai kerajaan menegaskan, “Kita
adalah orang-orang yang memiliki kekuatan dan keberanian dalam peperangan, dan
keputusan berada di tanganmu; maka pertimbangkanlah apa yang akan engkau
perintahkan.” [AN-NAML: 32-33]
( افتوني )
Yang membawa maksud : berikan aku
pertimbangan atau berikan aku kekuatan dalam mempertimbangkan hal ini.
حتى تشهدون))
Di sini adalah dalil yang menunjukkan dalil
bahawasanya menunujukkan personaliti Balqis sebagai seorang pemimpin, berkuasa
dan berkepentingan dalam hal memutuskan sesuatu dalam masa yang sama menerima
pendapat dari para pembesarnya.
3.
DAYA INGATAN YANG KUAT. MAMPU MENGENALI
SELURUH KERAJAANNYA DAN MAMPU MENANGKAP TUJUAN PERTANYAAN NABI SULAIMAN.
“ Seakan-akan singgahsana ini
singgahsanaku, kami telah diberi pengetahuan sebelumnya dan kami adalah
orang-orang yang bererah diri.” [AN-NAML :42]
4.
MENERIMA KEBENARAN DARI
ALLAH
“ Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah
menzalimi diriku sendiri dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah,
Tuhan semesta alam.” [AN-NAML : 44]
5.
MENERIMA ANUGERAH AGUNG
DARI ALLAH
Balqis menerima anugerah agung yang tidak
dapat dinikmati oleh pemuda-pemudi seusianya, iaitu kerajaan yang besar dan
megah.
“ Dia (Balqis) dianugerahi segala sesuatu,
serta mempunyai singgahsana yang besar.” [AN-NAML : 24]
6.
DIA PEMIMPIN YANG MAMPU
MENSEJAHTERAKAN ANAK NEGERINYA.
PS.. KISAH BALQIS DAN PENGAJARAN DARI KISAHNYA AKAN DI
UPLOAD KEMUDIAN OLEH PENULIS. SELAMAT MENGHAYATI DAHULU SALASILAH DAN PERIBADI
RATU BALQIS INI.
jika berlaku kesilapan fakta dari buku yang dirujuki, boleh email atau komen,
RUJUKAN :
-
AL-QURAN (SURAH AN-NAML)
-
PEMUDA-PEMUDI HEBAT YANG
TERSURAT DALAM AL-QURAN, MISBAH EM-MAJIDY
-
QOSOS AL-ANBIYA, SHEIKH
MUTWALI AS-SYARAWI
a
a
Comments
Post a Comment