AWAS,SAAT KE RUMAH TERBUKA !!

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Kita kini sedang berada di satu bulan mulia iaitu bulan Syawal. Bulan kemenangan bagi umat Islam setelah berpuasa selama 30 hari. Sudah tentu di bulan Syawal ini dipenuhi kemeriahan berkunjung ke rumah sanak-saudara dan sahabat taulan. Tidak lupa juga kita saling bermaaf-maafan,bak kata pepatah,buang yang keruh ambil yang jernih. Semestinya acara rumah terbuka turut mewarnai Hari Raya yang mulia ini. Tentunya kita semua akan berpakaian baru dan indah-indah demi memenuhi jemputan ke rumah terbuka baik lelaki mahupun perempuan. Muslimah. Muslimah antara kaum yang teruja mayambut Hari Lebaran ini. Jangan dilupakan adab-adab kita sebagai seorang muslimah.

We want to be a good muslimah ~


Adab Berpakaian dan Berhias.


Berhias adalah fitrah manusia. Muslimah biasanya mempunyai naluri untuk kelihatan cantik dan menawan,namun,adakalanya agak keterlaluan. Wanita dibenarkan berhias dengan syarat mereka perlu menutup auratnya. Rujuk Surah al-Nur ayat 31.

Kita semua maklum aurat wanita itu menutup seluruh tubuh badan kecuali muka dan telapak tangan. Selain itu,pakaian kita bukan sahaja menutup aurat bahkan tidak membalut aurat yakni tidak ketat dan longgar serta labuh.

Dari Abdullah bin Mas’ud,bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi saw, “Sesungguhnya seorang itu menyukai pakaiannya bagus dan sandalnya bagus..” Baginda manambah, “ Sesungguhnya Allah itu Maha Indah yang menyukai keindahan.”[HR Muslim}

Perhiasan bagi wanita ada dua jenis iaitu perhiasan asli tubuhnya. Kedua, perhiasan tambahan seperti rantai,gelang dan sebagainya. Cara terbaik untuk melindungi perhiasan tubuh badan asli ialah dengan mengenakan pakaian longgar dan labuh. Selain itu,tidak memakai pakaian yang nipis sehingga menampakkan warna kulit dan bayangan tubuh badan. Perhiasan yang kedua ialah perhiasan tambahan pada tubuh badan wanita iaitu emas dan sutera. Perlu diingatkan agar kita memakainya secara bersederhana dan tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk.

Adab Pertuturan dan Perlakuan.



Hukamak ada mengatakan, “ Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya,sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.”

Wanita wajib menjaga pergaulan walau di mana ia berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun. Islam amat menganjurkan umatnya memberi salam sesame muslim. Sering kali,di benak fikiran kita satu persoalan,bolehkan kita wanita memberi salam kepada lelaki? Ada kelonggaran di mana wanita boleh memberi salam kepada lelaki yang dikenali seperti saudara-mara,rakan sepejabat,jiran terdekat dan sebagainya dalam keadaan urusan tertentu.

Firman Allah swt dalam Surah Al-Ahzab,ayat 32 :

“Wahai isteri-isteri Nabi,kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja(semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya(menaruh tujuan buruk kepada kamu),dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).”

Syarat-syarat memberi salam kepada lelaki:

-         -  Jangan bercakap,berbual,beri salam dengan nada yang mendayu dan lunak.
-         -  Tidak boleh memulai perbualan yang tidak mendatangkan manfaat.
-          - Hendaklah menutup aurat.
-          - Berusaha terlebih dahulu untuk mencari mahram bagi mewakili wanita itu bercakap dengan lelaki lain. Jika tiada,dibolehkan bercakap sendiri.
-          - Hendaklah berbual dalam keadaan baik dan tidak menimbulkan fitnah.

Indahnya Islam,dalam syariat yang ketat masih ada kelonggaran-kelonggaran bagi memudahkan urusan dan mengeratkan silaturrahim.

Di hari raya ini pasti,teratak kita dikunjungi dengan sanak-saudara baik dekat mahupun jauh. Kita harus pandai membezakan lelaki yakni suadara lelaki yang berkunjung itu adalah mahram kita ataupun bukan muhrim. Bersalam dengan bukan muhrim jelas hukumnya haram. Hadkan juga perbualan antara lelaki dan saudara lelaki. Andai kata,sudah tidak lama bertemu dan bercerita panjang,jagalah jarak letak duduk anda dan jagalan pandangan.


Semoga kita semua bergembira di hari raya ini. Bercakaplah dengan bahasa yang sopan dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Barulah ukhwah terjalin indah. Akhir kalam, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

~ MUHASABAH DI HARI RAYA~ SALAM SAYANG

kami sekeluarga ~


-ALONG ALIAH-
10.28PM(MSIA) | 05.29PM(JORDAN)
LENGGONG,PERAK

Comments

Popular Posts