Syahadatul Haq ~
Assalamualaikum w.b.t
Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'Syahadatul Haq'? Apa relevankah kita mengaplikasikan syahadatul haq dalam kehidupan seharian? Apa maksud syahadah?
Sebelum kita kupas sama-sama apa itu Syahadatul Haq,ayuh kita kenali dahulu siapa di sebalik tabir khatib yang menggegarkan "Syahadatul Haq"
Abu Ala al-Maududi
Maulana Maududi,lahir pada 25 September 1903,di Maharashtra,India.
Pengasa kepada jemaah Jamaat-e-Islami pada tahun 1941 untuk mengembangkan Islam sebagai satu cara hidup di Asia Selatan. Maulana Maududi mentafsir agama sebagai satu cara hidup dan ruang lingkup yang sempurna untuk semua aktiviti manusia. Tiada pemisah antara dunia dan akhirat, dan antara orang islam dengan orang bukan Islam. Antara falsafah hidup Maududi yang menarik minat saya ialah , Maulana Maududi mahu konsep perpaduan ummah dan Islam salah satu cara hidup difahamai benar-benar. Al-Quran dan as-Sunnah hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan 100%.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Abul_Ala_Maududi
'SYAHADATUL HAQ'
Apa itu syahadah?
Syahadah bererti pengakuan,penerangan,pengetahuan dan perkhabaran. Sebab itu seorang yang bersyahadah dipanggil bersaksi. Syahadah merupakan pintu masuk dalam Islam yang syumul. Syahadatul haq bermaksud pengakuan sebenar bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Rasul itu Pesuruh Allah. Syahadah haq bukan sahaja mengimani kewujudan Allah,malaikaNya,kitabNya,RasulNya dan hari akhirat. Syahadah ini terlaksana apabila orang-orang beriman menyampaikan kalimah haq ini kepada seluruh umat manusia tidak kira bangsa atau rupa dalam bentuk amal soleh,akhlak yang terpuji dan pemimpin yang adil.
along bersama anak-anak usrah sempat membincangkan mengenai tajuk Syahadatul Haq. Berdasarkan apa yang kami bincangkan dan menelaah buku kecil Maududi "Syahadatul Haq",syahadatul haq ini terbahagi kepada dua iaitu syahadatul haq qauli (perkataan) dan syahadatul haq fiili (perbuatan). Syahadatul haq ini sangat-sangatlah dituntut dalam menyebarkan dakwah dan juga sebagai salah satu indikator dalam diri kita dalam melakukan sesuatu perbuatan dan pergaulan.
Antara tuntutan syahadah yang sempat kami 'highlight'kan ialah setiap orang apabila melafazkan syahadah merupakan seorang daie jadi kita sepatutnya melakukan amar ma'ruf nahi mungkar,melaksanakan semua rukun Islam,menggabungkan diri dengan Islam,menggabungkan diri dengan jemaah Islam,menegakkan pemerintahan Islam dan berusaha membentuk khilafah Islamiyah.
Sebelum kami bersama-sama melangkah lebih jauh,kami cuba memahami apa yang disampaikan oleh Maududi,berdasarkan sirah nabawiyah,Rasulullah s.a.w sendiri menegakkan syahadatul haq ini kepada kaum Musyrikin Mekah sebelum menyampaikan ilmu-ilmu ataupun pensyariatan yang lain di dalam Islam dan Al-Quran.
Apabila kita telah melafazkan syahadah ini secara automatiknya kita akan ada satu tanggungjawab dan setiap muslim perlu ada tanggungjwab ini iaitu amar makruf nahi mungkar. Sesiapa yang melafazkan 'la ilaha ila lallah' adalah daie. Dan apabila kita melaksanakan syahadatul haq ini bersungguh-sunggguh,kita akan menerima ganjaran daripada Allah,tidak kira sama ada manusia itu menerima atau menolak dakwah kita. subhanallah,cantik bukan aturan Allah.
Pembahagian syahadah kata Maududi terdapat dua bahagian iaitu Syahadah Perkataan dan Syahadah Perbuatan. Syahadah dalam bentuk perkataan ialah kita menjelaskan kepada seluruh manusia
tentang kebenaran yang telah disampaikan kepada kita melalui perantaraan para nabi
dan para rasul. Menyampaikan dakwah dalam bentuk perkataan bukalah semudah yang disangka dan tidka semua mampu lakukannya. Syahadah perkataan ini akan terlaksana jika seluruh umat bergabung dalam menyampaikan dakwah dan membimbing manusia ke arah kebenaran. Syahadah dalam bentuk perbuatan pula bermaksud kehidupan seharian kita mestilah menjadi cermin yang membiaskan dasar dan prinsip yang kita yakini dan kita laungkan. Ingat tidka cukup dengan hanya kita laungkan tetapi dengan menonjolkan akhlak dan melakukan perkara-perkara mahmudah di hadapan mereka,bagi kami dakwah sebegini lebih berkesan daripada kita berkata dan bertikam lidah namun harus kita ingat sebagai daie dakwah secara lisan itu haruslah secara berhikmah,telus dan kasih sayang. Dakwah secara perbuatan dan perkataan dapat disemai oleh iman di dalam hati.
Kami telah menonton salah satu filem untuk didiskusikan iaitu filem Harry Potter yang telah mendapat sambutan hangat di Malaysia. Apa yang kami bincangkan bersama,filem ini sememangnya memberi impak yang besar kepada umat Islam yang betul-betul tidak memahami ajaran Islam terutama kepada kanak-kanak. Sememangnya tarbiyah itu penting bermula daripada kita kecil hinggalah kita mati. Antara impak yang amat memberi kesan ialah kemungkinan kanak-kanak atau remaja yang makin membesar dan didedahkan dengan filem-filem fantasi sebegini akan merasakan Allah itu tidak wujud dan merasakan ada magic itu best. Apa yang kami perhatikan isu di Malaysia berkenaan santau,kebanyakan yang belajar santau adalah daripada golongan muda dan tidak hairan juga ada yang daripada golongan dewasa. Impak lain ialah masyarakat kita kemungkinan besar akan meremehkan hukum-hukum Allah. wallahualam.
Muhasabah bersama,kita sebagai seorang Muslim itu harus rasa bertanggungjawab dalam menegakkan agama Allah yakni sekarang agama yang kita anuti,agama Islam. Ayuh!!!
Dakwah dan tarbiyah harus dilakukan bersama.
Konklusinya,mengucap dua kalimah syahadah bukanlah perkara main-main setelah kita melafazkannya di hujung lidah bahkan mempunyai konsep tersendiri . Individu muslim juga perlu membentuk kehidupan dalam melaksanakannya dan menjauhi perkara-perkara yang boleh membatalkannya. Ayuh cari gali ilmu dan sebarkan kebaikan dna kebahagiaan. :)
Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'Syahadatul Haq'? Apa relevankah kita mengaplikasikan syahadatul haq dalam kehidupan seharian? Apa maksud syahadah?
Sebelum kita kupas sama-sama apa itu Syahadatul Haq,ayuh kita kenali dahulu siapa di sebalik tabir khatib yang menggegarkan "Syahadatul Haq"
Abu Ala al-Maududi
Maulana Maududi,lahir pada 25 September 1903,di Maharashtra,India.
Pengasa kepada jemaah Jamaat-e-Islami pada tahun 1941 untuk mengembangkan Islam sebagai satu cara hidup di Asia Selatan. Maulana Maududi mentafsir agama sebagai satu cara hidup dan ruang lingkup yang sempurna untuk semua aktiviti manusia. Tiada pemisah antara dunia dan akhirat, dan antara orang islam dengan orang bukan Islam. Antara falsafah hidup Maududi yang menarik minat saya ialah , Maulana Maududi mahu konsep perpaduan ummah dan Islam salah satu cara hidup difahamai benar-benar. Al-Quran dan as-Sunnah hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan 100%.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Abul_Ala_Maududi
Abu Ala' al-Maududi |
'SYAHADATUL HAQ'
Apa itu syahadah?
Syahadah bererti pengakuan,penerangan,pengetahuan dan perkhabaran. Sebab itu seorang yang bersyahadah dipanggil bersaksi. Syahadah merupakan pintu masuk dalam Islam yang syumul. Syahadatul haq bermaksud pengakuan sebenar bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Rasul itu Pesuruh Allah. Syahadah haq bukan sahaja mengimani kewujudan Allah,malaikaNya,kitabNya,RasulNya dan hari akhirat. Syahadah ini terlaksana apabila orang-orang beriman menyampaikan kalimah haq ini kepada seluruh umat manusia tidak kira bangsa atau rupa dalam bentuk amal soleh,akhlak yang terpuji dan pemimpin yang adil.
along bersama anak-anak usrah sempat membincangkan mengenai tajuk Syahadatul Haq. Berdasarkan apa yang kami bincangkan dan menelaah buku kecil Maududi "Syahadatul Haq",syahadatul haq ini terbahagi kepada dua iaitu syahadatul haq qauli (perkataan) dan syahadatul haq fiili (perbuatan). Syahadatul haq ini sangat-sangatlah dituntut dalam menyebarkan dakwah dan juga sebagai salah satu indikator dalam diri kita dalam melakukan sesuatu perbuatan dan pergaulan.
Antara tuntutan syahadah yang sempat kami 'highlight'kan ialah setiap orang apabila melafazkan syahadah merupakan seorang daie jadi kita sepatutnya melakukan amar ma'ruf nahi mungkar,melaksanakan semua rukun Islam,menggabungkan diri dengan Islam,menggabungkan diri dengan jemaah Islam,menegakkan pemerintahan Islam dan berusaha membentuk khilafah Islamiyah.
Kata Maududi :" Suatu yang perlu anda sentiasa ingat ialah tanggungjawab besar ini tidak akan
terlaksana dengan hanya kamu beriman dengan Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya,
rasul-rasulNya dan hari akhirat. Tanggungjawab ini juga tidak tertunai dengan hanya
kamu melaksanakan sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja. Malahan ia tidak
cukup sekadar anda melaksanakan undang-undang syarak dalam urusan peribadi
seperti perkahwinan, cerai atau pusaka kemudian anda boleh berpeluk tubuh tanpa
menitiskan walau setitik peluh dan kamu tidur lena. Tidak, bukan demikian saudara.
Ada satu tanggungjawab yang jauh lebih besar dan lebih penting daripada semua itu.
Sedarlah saudara. Tanggungjawab ini ialah kamu melaksanakan di hadapan seluruh
alam ini segala hak Syahadah Al-Haq (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak
Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yang kamu imani dan
kamu akui sebagai agama kamu."
Sebelum kami bersama-sama melangkah lebih jauh,kami cuba memahami apa yang disampaikan oleh Maududi,berdasarkan sirah nabawiyah,Rasulullah s.a.w sendiri menegakkan syahadatul haq ini kepada kaum Musyrikin Mekah sebelum menyampaikan ilmu-ilmu ataupun pensyariatan yang lain di dalam Islam dan Al-Quran.
"Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orangorang
yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat
maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih
pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah)
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Al-Nisa’: 165)
"Sungguh Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..." (Muhammad:12)
Pembahagian syahadah kata Maududi terdapat dua bahagian iaitu Syahadah Perkataan dan Syahadah Perbuatan. Syahadah dalam bentuk perkataan ialah kita menjelaskan kepada seluruh manusia
tentang kebenaran yang telah disampaikan kepada kita melalui perantaraan para nabi
dan para rasul. Menyampaikan dakwah dalam bentuk perkataan bukalah semudah yang disangka dan tidka semua mampu lakukannya. Syahadah perkataan ini akan terlaksana jika seluruh umat bergabung dalam menyampaikan dakwah dan membimbing manusia ke arah kebenaran. Syahadah dalam bentuk perbuatan pula bermaksud kehidupan seharian kita mestilah menjadi cermin yang membiaskan dasar dan prinsip yang kita yakini dan kita laungkan. Ingat tidka cukup dengan hanya kita laungkan tetapi dengan menonjolkan akhlak dan melakukan perkara-perkara mahmudah di hadapan mereka,bagi kami dakwah sebegini lebih berkesan daripada kita berkata dan bertikam lidah namun harus kita ingat sebagai daie dakwah secara lisan itu haruslah secara berhikmah,telus dan kasih sayang. Dakwah secara perbuatan dan perkataan dapat disemai oleh iman di dalam hati.
Kami telah menonton salah satu filem untuk didiskusikan iaitu filem Harry Potter yang telah mendapat sambutan hangat di Malaysia. Apa yang kami bincangkan bersama,filem ini sememangnya memberi impak yang besar kepada umat Islam yang betul-betul tidak memahami ajaran Islam terutama kepada kanak-kanak. Sememangnya tarbiyah itu penting bermula daripada kita kecil hinggalah kita mati. Antara impak yang amat memberi kesan ialah kemungkinan kanak-kanak atau remaja yang makin membesar dan didedahkan dengan filem-filem fantasi sebegini akan merasakan Allah itu tidak wujud dan merasakan ada magic itu best. Apa yang kami perhatikan isu di Malaysia berkenaan santau,kebanyakan yang belajar santau adalah daripada golongan muda dan tidak hairan juga ada yang daripada golongan dewasa. Impak lain ialah masyarakat kita kemungkinan besar akan meremehkan hukum-hukum Allah. wallahualam.
Muhasabah bersama,kita sebagai seorang Muslim itu harus rasa bertanggungjawab dalam menegakkan agama Allah yakni sekarang agama yang kita anuti,agama Islam. Ayuh!!!
Kata Imam Hassan al-Banna berkenaan dakwah:"Kuatnya dakwah kerana ianya dakwah Allah yang merupakan dakwah paling tinggi.Seluruh dunia memerlukannya maka setiap perkara yang terkandung di dalam dunia dipermudahkan untuknya dan disediakan untuk jalan dakwah."
Hadis yang diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Saya memerintahkan supaya kamu melaksanakan lima perkara; jamaah, dengar, taat, hijrah
dan jihad di jalan Allah. Barangsiapa yang keluar daripada jamaah ini walaupun sejengkal dia telah merungkai ikatan Islam daripada lehernya kecuali dia kembali semula. Barangsiapa yang menyeru dengan seruan jahiliyyah dia adalah penghuni neraka Jahannam walaupun dia puasa,sembahyang dan mengaku sebagai Islam.”
Konklusinya,mengucap dua kalimah syahadah bukanlah perkara main-main setelah kita melafazkannya di hujung lidah bahkan mempunyai konsep tersendiri . Individu muslim juga perlu membentuk kehidupan dalam melaksanakannya dan menjauhi perkara-perkara yang boleh membatalkannya. Ayuh cari gali ilmu dan sebarkan kebaikan dna kebahagiaan. :)
S.E.N.Y.U.M
along aliah
12.30 pm
6/12/2013
Bayt Aflah,Mu'tah
Jordan
subhanallah..perkongsian yg menarik..^_^
ReplyDelete