Si Gadis Itu #2 Ubah 1

Jom ubah :)

Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum to all readers :) SENYUM

Ok hari ini along nak cerita tentang AURAT :)

Along mulakan dengan sepotong ayat Al-Quran,
"hai,Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin semua hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali,sehingga mereka tidak diganggu." (Surah al-Ahzab:59)

Allahuakbar,sungguh cantik ayat ini,adik-adik,kakak-kakak sekalian..apabila kita menutup aurat Allah akan pelihara kita daripada segala gangguan dan usikan. SUBHANALLAH,cantik bukan aturan ini,kita tidak akan didekati dengan cara yang jahat malah kita akan dikenali sebagai anak gadis yang baik dan dipandang molek. Adik-adik,kakak-kakak,ibu-ibu dan semua muslimah,tidak mahukah kita dikenali sebagai gadis/wanita yang baik dan solehah. :)

Mawar Berduri 

Pernah tengok bunga mawar,ada apa pada bungan mawar yang wangi dan cantik itu. Bunga mawar wangi,cantik dan susah didekati oleh sang kumbang kerna mekanisme duri yang ada padanya. Kecantikan seorang wanita pula bukan terletak pada cantik wajahnya yang bermake-up tebal atau cantik pakaiannya sehinggan menampakkan susuk tubuhnya tetapi kecantikan wanita/gadis terletak pada keelokan pakaiannya yang menutup aurat mengikut syariat dan molek dipandang.

Indahnya wanita sehingga dikiaskan dengan mawar berduri yang susah disentuh kerana durinya sebagai perisai dirinya,tidak mahukah kita sebegitu.

Macam cantik je,macam comel je :)



cara berpakaian dengan betul :) Jom meh sini along tunjukkan caranya

- tudung menutupi dada
"Dan katakanlah kepada perempuan beriman,agar mereka menjaga pandangannya,dan memelihara kemaluannya,dan janganlah menampakkan perhiasan auratnya,kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)..."[An-Nur:31]
-baju yang longgar dan tidak nipis
-menutupi kaki

Mudah bukan,3 syarat je,,hehe

Jom lindungi diri :)

Kadang-kadang orang selalu kata,orang tudung labuh ini bukan baik sangat,buat jahat juga,mengumpat dan blablabla...

Sahabat sekalian,ingat dia sudah bertudung labuh,dia sudah mampu mengikut syariat Allah,adai akhlaknya masih lagi belum berubah,kita sebagai umat islam,ingatkanlah dia agar mampu menjaga akhlaknya,jom kita saling ingat-mengingati. :)


yamin mogahed,semoga termotivasi


Ibu bapa,ajarilah anak-anak gadis kalian menutup aurat dengan sempurna,ajarkanlah mereka untuk menjaga maruah mereka sebagai muslimah,tidak susah kerana kesannya sangat besar ganjarannya di sisi Allah. Tidak mahukan kita anak gadis kita dipelihara oleh Allah kerana pakaiannya yang molek dipandang dan tidak diganggu oleh usikan nakal anak teruna atau kumbang yang suka menghisap madu sesuka hati. Ingatlah anak gadis ini adalah perhiasan dunia. jagalah kami dan ajarilah kami :)

Kepada gadis dan sahabat muslimah sekalian,along ingin mengingatkan diri along dan sahabat,jom tutup aurat,nampak macam susah tapi senang,nampak macam panas tapi selamat dari api akhirat dan api dunia.tidak mahukan kita... :)

AYUH JADI MAWAR BERDURI

-along aliah-
1.51pm| 27/12/2013
bayt Aflah,Mu'tah
Jordan



Comments

Popular Posts