2013 hanya tinggal kenangan,2014 raikan kebahagiaan

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

2012,2013 dan sekarang 2014
Aku,bakal menginjak umur 20 tahun

Introspeksi diri :)
apa amalan yang telah aku lakukan selama umurku menginjak 19 tahun,19 tahun aku berada di bumi Allah,apa sumbanganku kepada diri,keluarga,sahabat dan masyarakat. Apa lagi yang telah aku lakukan melainkan aku telah dinoda oleh nafsu duniawi,leka dengan maksiat dan apa lagi??

Allahu...allahu... sedih menilai diri...

2013 bakal meninggalkan aku,2014 bakal menjelang

Hanya doa yang mampu aku kirimkan kepada Tuhan Yang Maha Esa,agar tahun yang bakal aku hadapi ini lebih baik dari sebelumnya walaupun aku tahu bakal ku hadapi mehnah dan ujian yang mendatang.Aku rasa sekejap sahaja menghadapi tahun 2013,tidak ku sangka secepat ini masa berlalu,pejam celik pejam celik sudah 2014.



Azam 2013 ku terkubur begitu sahaja,tiada pembaharuan atau perubahan yang telah ku lakukan walaupun sedikit,apa azam 2014 aku kali ini,BIARLAH RAHSIA antara aku dan dia,secure between me and HIM...

Memori 2013 tidak dapat dipadam daripada memori :)

-muaddal jatuh hanya 1.00 pointer sudah membuatku lemah
-opah ba meninggalkan kami sekeluarga,Al-Fatihah
-adikku Muhammad waseem afif lahir ke dunia,menceriakan lagi suasana rumah kami yang memang ceria dan riuh


2014

Hari ini,31 Disember 2013,masyarakat Malaysia ada yang menyambut tahun baru dengan konsert yang mengeluarkan bajet yang melampau aku kira,di Kuala Lumpur sahaja aku dengar hampir 4 buah konsert besar diadakan sempena tahun baru,tidakkah dikau terfikir akan rahmat Allah atau engkau fikirkan inilah rahmat Allah.Kita sering kali ditipu oleh keseronokan dunia yang tidak punya apa-apa. fikirkanlah sahabat..

Ada juga masyarakat malaysia yang menyambut dengan kuliah-kuliah agama,tazkirah,solat hajat dan hiburan islamik dan ilmiah seperti nasyid,pidato,qasidah dan sebagainya.Aku kira ini suatu penambahbaikan kepada masyarakat kita,ianya bukan suatu pembaharuan kerana ianya sudah lama dibuat cuma masyarakat tidak sedar. Baru aku sedar KESEDARAN itu penting bagi membaiki diri kita yang tak sedar-sedar lagi.

Hari TURUN juga sedang dilakukan pada hari ini oleh sebahagian masyarakat Malaysia bagi membantah kenaikan harga barang yang semakin meningkat di Malaysia. Syukurlah,Malaysia masih aman (baca:nada perli).

Bagi aku 1 Januari 2014,adalah hari aku untuk meraikan kebahagiaan bersama mereka yang dekat dengan diri ini. Umi,abi,opah,che,adik-adik,sanak-saudara,housemate,roomate (baru mungkin), dan sahabat-sahabat yang sering mendekati diri yang hanya insan kerdil. Terlalu banyak salah silapnya diri ini pada tahun yang bakal pergi sebentar lagi.

masuk ke 2014 dengan tangan kosong :)
Kita datang ke dunia ini dengan tangan kosong dan tidak membawa sebarang harta,kita juga akan pergi juga dengan tangan kosong dengan tidak membawa bekalan harta. semua kita ini adalah bakal jenazah. Sekadar perkongsian.

Hakikatnya ya,aku akan masuk dengan tangan kosong hanyalah bekalan ilmu yang masih belum melekat dalam diri. Terasa kosong lagi,semoga Allah mudahkan perjalanan ini.Azam kali ini (yang aku hanya bocorkan kepada kalian) hanyalah ingin raikan kebahagiaan. Kita menangis bukan kerana kita hilang sesuatu,manusia menangis kerana sesuatu yang diharapkan tidak datang.percaya atau tidak?

raikanlah kebahagiaan bersama orang lain,bahagianya kita,yang lain juga merasa,peringatan untuk diri sendiri. Hidup di dunia ini singkat, ia menjadi lebih singkat, sekiranya kita sentiasa dalam pertelagahan dan perbalahan.

Allah berfirman,mafhumnya : " Allah bertanya lagi kepada mereka yang kafir itu,'Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?' Mereka menjawab,'Kami tinggal di dunia ini selama sehari atau sebahagian daripada sehari ;maka bertanyalah kepada golongan malaikat yang menjaga urusan menghitung.' Allah berfirman,'Kamu tidka tinggal di dunia ini melainkan sedikit masa sahaja,kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).[23:112-114]


Semasa anda di waktu pagi,jangan harap bertemu waktu petang. Semasa anda di waktu petang,jangan berharap ketemu waktu pagi. Begitulah lingkaran kehidupan.





Raikan kebahagiaan dengan tersenyum,kata Imam Hassan al-Banna," Senyumlah selalu tetapi bersederhanalah dalam ketawa."Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Serius bagi melihat kesungguhan,berguraulah bagi hilangkan tawar kehidupan."

Mohon maaf salah silap,Selamat Tahun Baru 2014

-along aliah-
-31 Disember 2013 | 5.26 pm-
-Bayt Aflah,Mu'tah-
-Jordan-

Comments

Popular Posts