Traveller 2 # Status dan Ego

Assalamualaikum w.b.t

Kenapa status?Mesti pembaca tertanya-tanya status apa ni?Nah saya lampirkan kepada anda satu kata-kata yang saya terbaca daripada wall seorang sahabat,moga bermanfaat ^^

Terkadang-kadang diam itu lagi baik daripada banyak berbicara. Terkadang-kadang tidak menulis status di dinding facebook itu lagi baik daripada menulis di dinding facebook. Kadang berbicara, menulis membawa kepada pahala, kadang2 membawa kepada dosa. Status sudah baik, namun kerana komentar status itu jadi buruk. Niat baik namun 'tercucuk' dek kerana komentar. Mudah2han Allah melindungi..

Di sini saya hanya ingin nyatakan perihal status kita di laman sosial mahupun di Facebook,twitter,Instagram,Belog dan seumpama dengannya. Kadang-kadang saya kesal dengan diri saya sendiri yang suka meng'update' status dan juga muslim yang lain dalam meng'update' status. Maaf ayat macam celaru sikit.

Ada orang perli saya,"kau tangkap gambar banyak-banyak,masuk insta,masuk belog,masuk fb." "eleh,ko sokmo update status,masa bila kau belajar,kau buat itu ini.blablabla." Saya hanya mampu tersenyum tetapi dalam diam saya terasa,saya nekad dalam hati nurani yang paling dalam,deep sangat kot,'ok lepas ni aku tak update status dah,less facebook,more fece to book.' Tapi,itu hanya angan-angan bermain di minda kerna apa,saya suka menulis dan saya suka tulis apa yang saya rasa.

Ada juga orang tegur saya,'dalam menulis perlu ada gaya bahasa yang baik supaya orang tidak salam faham dengan sentimen penulisan kita.' Saya nekad juga dalam diri,saya suka menulis,jadi saya perlu ubah atau up sikit gaya bahasa saya dalam penulisan terutama saya merupakan pelajar bidang agama.

Status kita ? Ini realiti !

Orang boleh menilai perilaku kita dengan status kita di laman sosial. Saya ada akaun facebook,twitter,instagram,blog dan gmail. Apa yang saya lihat kecenderungan masyarakat kita terutama agamawan,mereka memilih-milih laman sosial untuk sampaikan dakwah,bersosial,mengumpat,membuat muka 'macam comel jer,macam cantik jer' dan sebagainya. Ada orang di facebook suka menyebarkan perkara kebaikan seperti artikel-artikel dakwah,gambar-gambar berkaitan Pelarian Syria,gambar-gambar dakwah dan apa sahaja berkaitan dengan amar makruf nahi mungkar. Tetapi berlainan pula di Twitter,si fulan mengutuk si fulan,si fulan bermesra dengan si fulan sedangkan tak kenal,tak pernah tegur pun di alam realiti dan si fulan begitu begini. Begitu juga di instagram,orang yang saya tak pernah nampak di fb mahupun di twitter,beria-ria menunjukkan gambarnya,mukanya macam comel je,macam cantik jer. Dan sebaliknya, begitulah status kita realitinya sekarang berdasarkan pemerhatian saya sebagai seorang pemilik pelbagai akaun laman sosial. Saya melihat,kekadang saya kagum,kekadang saya terkilan. Saya katakan ini juga berdasarkan apa yang saya pernah buat juga kerana kadang-kadang kita terleka. Nauzubillah,semoga Allah lindungi saya dengan rahmatNya dan terus thabat menyebarkan kebaikan dalam menulis.

Apa kaitan dengan ego?

Status dan ego. Saya suka katakan di sini,bila mana seseorang yang Allah hadirkan ke atas diri kita untuk menegur ke atas status kita di alam maya,kita merasakan seolah-olah tercabar atau terasa mungkin dengan teguran itu. Bagi saya,teguran itu tersangatlah membina bagi orang yang suka menulis seperti saya. bagi orang lain,mungkin teguran itu seperti satu keperlian.  Ada orang yang pernah cakap pada saya,'alah itu wall aku,suka hatilah.''alah,bukan ada apa-apa pun,just for fun.' Kadang-kadang ayat-ayat ini pernah terdetik dan terlintas sekali lalu seperti kelajuan kereta api di Jepun,punya cepat dia melintas, bermain di hati saya. Cepat-cepatlah kita beristighfar jika perkara begini berlaku kerana ianya mainan syaitan. Sahabat-sahabat janganlah kita ego dalam menerima teguran kerana teguran itu bermakna dan akan menyedarkan kita lambat-laun juga.
Kata Imam Ghazali : "Orang yang sombong (takabur) ialah apabila dia ditegur,dia marah sedangkan kalau dia menegur orang lain,caranya keras dan kasar."

Muhasabah..AYUH :)

Dalam nota cintaNya,Allah s.w.t pernah berfirman : " Nun,Demi pena dan apa yang mereka tuliskan."(al-Qalam:1)

Ayuh sahabat-sahabat,kita ubah cara penulisan kita agar yang membacanya faham dan dapat mesej yang kita ingin sampaikan. Sahabat tatkala kita menatap laman sosial,gunakanlah sebaiknya untuk diri dan ummah.Apa guna mengumpat sesama Muslim di laman maya,apa gunanya kita bersosial dan tidak menjaga batas-batas pergaulan di alam sosial. Gunakanlah ia untuk sampaikan sesuatu yang diberi ganjaran oleh Allah,biar sedikit asal istiqamah dalam sampaikan kebaikan. Tiada guna belajar agama jika tiada peribadi yang luhur.

" Dan janganlah engkau patuhi setiap orang yang suka bersumpah dan menghina,suka mencela yang kian kemari suka menyebarkan fitnah,yang merintangi segala yang baik,yang melampaui batas dan banyak dosa..."(al-Qalam:10-12)

semoga aku,kamu,dan kamu semua tetap thabat di atas jalan Allah.
"Tunjukilah kami jalan yang lurus."


-along aliah-
2.20pm 
17/12/2013
Bayt Aflah,Mu'tah
Jordan 

SENYUM :)

Comments

Popular Posts