3 BULAN YANG LALU
Bismillahirahmanirrahim…
Pada 15.6.2014 hatiku girang dapat menjejakkan kaki di tanah
air tercinta. Malaysia oh tanah airku. Di manakah tempatnya? Di sinilah tempat
lahirku. Di sinilah tempat aku mengenal ABC,123, alif ba ta. Moga di sini
jualah lahirnya sebuah cinta antara aku dan DIA,antara aku dan ibu bapaku dan
antara aku….
Aku keluar meluru ke tempat bagasi dikumpulkan. Hidup aku
sangat simple,merantau dengan sebuah bagasi dan sebuah beg kendong yang kecil. Sudah
cukup. Aku keluar,aku melihat lambaian ummi dan abi. Aku salam tangan mereka
dengan tekad ‘sudah masanya…’ tiba-tiba,mataku terpaku melihat sesusuk tubuh
yang tidak pernah ku lihat,pegang,cium mahupun dipeluk. Adikku yang bongsu,
Muhammad Waseem Afif. Sedap. Namanya aku yang beri. Subhanallah,cantik dan
comel adikku ini.
Sekarang tiga bulan sudah berlalu,aku di atas katil empukku
menulis di ruang bilikku tidak yang tidak sebesar mana. Memori dicipta sepintas
lalu.
“Tidaklah kamu semua diberikan ilmu melainkan sedikit.”
[Al-Isra:85]
SABAR
“Along,cuba belajar bersabar. Asyik nak membebel je. Along pelajar
agama kan”ujar abi suatu hari di dapur usang kami.
“abi,along tak pernah macam ni tau,tak tahulah,asyik nak
marah je,tak sabar,nak membebel. Adik-adik tak nak dengar kata. Along penat
tengok rumah bersepah. Semua kerja along yang buat” Kataku
Umi menegur aku, “mungkin Allah nak uji kesabaran along di
sini. Masa along balik ni lah,Allah nak uji along dengan perangai adik-adik
along.”
Aku terdiam,ya,ada benarnya kata-kata umi. Allah nak uji
aku. Ya Allah,ampunkanlah segala dosaku ini. Jadikanlah aku seorang yang
penyabar.
Sabar itu separuh daripada iman. Ya,aku pelajar agama. Selama
mana kita ini mampu mempraktikkan erti SABAR dalam kehidupan kita. Tidak semudah
itu aku fikir. Hilang sabar,hilanglah rasa malu. Hilang sabar,marah merajai
hati. Namun,dengan iman,marah mampu dikawal lagi,dengan istighfar,persetankan
hasutan syaitan laknatullah. Itulah yang aku cuba sedari awal lagi. Namun,kadang-kadang
terbabas.
Aku menjadi seorang guru sandaran di salah sebuah sekolah
desa di daerah aku. Di sini, Allah nak ajar aku supaya belajar erti sabar. Bukan
senang,sabar mendidik anak-anak muridnya yang usianya sekitar 7-12 tahun. Murid
sekarang tidak seperti dahulu, murid sekarang lain daripada yang lain. Putaran 360
darjah aku kasi. Sehari-hari,aku terpaksa bersabar dengan kerenah mereka yang
kadang-kadang jauh lebih teruk daripada fiil adik aku sediri. Tidak semua
begitu,namun ada segelintirnya yang tidak hormat guru,guru marah beri
nasihat,menjawab pula mereka. Ada yang sesuka hati tidak bawa buku
sekolah,tidak buat kerja sekolah. Macam-macam kerenah mereka. Kadang-kadang aku
luahkan pada umi. Umi kata,biasalah cuba ambil hati budak dengan cara
tersendiri.
TEACH FOR THE NEEDS
Kadang-kadang,aku terfikir,ya kita perlu mendidik walaupun
kita ini tidak sepintar mana,tidak hebat dalam pelajaran,tapi mendidik itu
perlu. Bukan sahaja bila kita dalam profesion guru,pensyarah,ustaz,ustazah
malah dalam apa-apa profesion,mendidik itu perlu.
Aku mengajar di kelas ada yang tidak pandai membaca,masih
lagi merangkak sedangkan sahabat yang lain sudah pecut 500 km daripada mereka. Golongan
ini aku Tarik apabila aku berikan latihan dan aktiviti. Aku ajar satu-satu dari
A sampai Z. aku tidak berpengalaman mengajar orang yang tidak pintar kerana
adik-adik aku semuanya cepat dapat apa yang diajar,jadi ini adalah satu
pengalaman yang aku tidak dapat lupakan.
“umi,dulu mungkin along di kelas hadapan,along tidak perasan
kawan-kawan along yang lemah dalam pelajaran,sikit pun along tak bantu.”aku
mengambil hela nafas panjang sebelum berbicara.
“bila dah jadi cikgu ni,along rasa nak bantu mana anak-anak
murid along yang lemah dalam pelajaran,sebab along tahu pentingnya ilmu di masa
hadapan walaupun dia tidak mengaji tinggi suatu hari nanti. Ilmu asas penting.”
Aku merenung jauh ke depan sambil memikirkan anak-anak muridku. Satu-satu wajah
mereka terlayar di ruang mataku.
“along mengajarlah selagi mana yang mampu.”nasihat umi
telus.
KELUARGA
Keluarga. Semua orang gembira bersama keluarga. Ada sahabat-sahabat
aku yang sudah mendirikan rumah tangga. Tahniah aku ucapkan.
Kes penceraian banyak berlaku di Malaysia. Bukan kerna tidak
cintakan keluarga tetapi kurangnya ilmu berkeluarga dari segi agamanya,adabnya
dan serba-serbi yang lain. Aku jadi takut untuk bekahwin apatah lagi untuk
bercinta. Aku tidak menafikan keluarga mampu memberikan kebahagiaan malah
rezeki makin bertambah apabila berkeluarga. Semuanya rahmat daripada Allah. Tetapi,mengapa
ada yang porak-peranda. Itu adalah ujian daripada Allah. Muhasabah kembali.
Bercinta memang mudah. Berkata manis memang senang. Nasihat ku
tujukan buat diri dan semua. Lelaki andai kata kamu ingin kan seorang wanita
hanya kerna nafsu,aku fikir undurkanlah dirimu dari medan pernag
keluarga,jika,kamu masih malas bekerja,berfoya-foya,malas mengaji dan menuntut
ilmu,tidak bertanggungjawab. Kamu hanyalah seorang pengecut di medan ini. Wanita
atau gadis,andai kata kamu bercinta juga menuruti nafsumu dan ingin mengahwini
seorang lelaki tanpa persediaan fizikal dan mental. Usahlah lagi. Nasihatku jadilah
wanita yang bermaruah dulu,carilah ilmu agama sebagai perisai diri dunia
akhirat dan carilah ilmu jati diri agar kamu tak dikeji. Lalaki dan wanita. Fitrahnya
memang kita akan bercinta tapi bukan dengan cara yang tidak direstui keluarga. Bercintalah
selagi mahu. Biarlah punya cukup ilmu di dada,persiapan yang jitu dan punya
akhlak yang bagus maka berkeluargalah.
Keluarga aku adalah umi,abi dan adik-adik yang semakin
membesar juga sanak-saudara. Merekalah keluarga aku sekarang selagi aku masih
bergelar si penuntut ilmu. Tiada yang lain.
NIQABIS
Dulu aku niqabis sekarang tidak lagi. Ini jawapannya,andai
kata masih ada yang ragu.
Ikutilah kisah ini sebaiknya J
Niqab vs Malu.
Ada seorang lelaki tanyakan pendapat saya
tentang calon isteri yang baik.
tentang calon isteri yang baik.
Saya senaraikan apa yang
patut. Kemudian dia berkata:
"Saya kalau boleh nak
yang pakai purdah."
Ya, perkataan macam ni memang
biasa saya
dengar. Tapi ada satu benda yang mamat ni
tak faham dan saya pun tanya.
dengar. Tapi ada satu benda yang mamat ni
tak faham dan saya pun tanya.
"Tuan nak isteri yang
BERPURDAH ke atau
isteri yang PEMALU?"
isteri yang PEMALU?"
"Maksud ustaz macam
mana?" Jawabnya.
"Wanita yang pakai
purdah, tak semestinya wanita tu PEMALU, tapi wanita yang pemalu, mesti dia
pakai purdah." Saya jawab ringkas.
"Erk.... macam mana saya
nak tahu pemalu ke tak calon yang saya pilih?" Dia tanya lagi.
"Zaman sekarang ni,
ramaaaaiiiii wanita tutup badan dengan kain, tutup muka dengan kain pun dah
semakin ramai, tapi yang sikit ni ialah wanita yang ada sifat MALU seperti
Sayyidatina Fatimah Az-Zahra Radiyyallahu'anha yang TIDAK MAHU LANGSUNG DILIHAT
LELAKI DAN TIDAK MAHU MELIHAT LELAKI.
Cuba tengok keadaan
sekeliling, yang
berpurdah pun masih kenakan pakaian terang macam pink, biru muda, fuhh nampak comel tu kan? Ada jugak yang berpurdah hitam
semua, tapi baik punya dia shoot gambar lepas tu upload dalam fb bagi tengok free kat lelaki ajnabi. Model yang tayang body pun at
least dapat bayaran, diorang ni yang bajet solehah pulak bagi tengok free? Mana maruah diorang?
berpurdah pun masih kenakan pakaian terang macam pink, biru muda, fuhh nampak comel tu kan? Ada jugak yang berpurdah hitam
semua, tapi baik punya dia shoot gambar lepas tu upload dalam fb bagi tengok free kat lelaki ajnabi. Model yang tayang body pun at
least dapat bayaran, diorang ni yang bajet solehah pulak bagi tengok free? Mana maruah diorang?
Perempuan hodoh sekalipun,
kalau diorang berpurdah, nampak mata saja, memang jadi seksi.... Awak tengok
rasa bernafsu tak?" Petir dari saya.
"Err... malu nak ngaku,
tapi sejujurnya memang nampak comel sangat dan rasa 'geram' timbul
dalam hati." Jawab lelaki tu.
dalam hati." Jawab lelaki tu.
"Jadi apa gunanya mereka
berpurdah? Baik bogel je... tengok yang berpurdah pun rasa 'geram', tengok yang
berbogel pun rasa
'geram'.
'geram'.
Sebab itu di dalam mazhab
Syafie, pendapat yang paling rajih dan muktamad tentang purdah ialah hukumnya
wajib (rujuk kitab fathul muin, iqna' dan lain-lain).
Manakala pendapat yang daif
pula mengatakan wajib hanya jika timbul fitnah, dan fatwa daif inilah yang
digunakan secara meluas di Malaysia pada zaman ni.
Bahkan sebahagian ulama Syafi'eyyah berpendapat, kalau nak pakai purdah tu, pakai full tutup, bukannya bukak-bukak separuh (niqab separuh) nampak
dahi macam di Malaysia (di Malaysia indonesia je wujud niqab separuh pelik tu), bahkan mereka suruh tutup mata dan tinggal satu mata sahaja UNTUK MELIHAT JALAN BUKANNYA UNTUK DILIHAT MATANYA. Tapi sebenarnya, purdah, jubah, baju, dan semua semua tu sebenarnya TAK PERLU PAKAI PUN kalau perempuan tu PEMALU DAN TAK KELUAR RUMAH. Sebab hukum tutup aurat tu hanya disyariatkan bila wanita bertemu lelaki ajnabi. Kalau duduk diam dalam rumah seperti isteri-isteri dan anak Rasulullah, perlu ke mereka tutup aurat? Jadi tanda "solehah" seseorang wanita tu bukan terletak pada purdah atau tidaknya dia, tetapi terletak pada SIFAT MALU dia. Jangan tertipu dengan munafik munafik di fb." Saya jawab.
Bahkan sebahagian ulama Syafi'eyyah berpendapat, kalau nak pakai purdah tu, pakai full tutup, bukannya bukak-bukak separuh (niqab separuh) nampak
dahi macam di Malaysia (di Malaysia indonesia je wujud niqab separuh pelik tu), bahkan mereka suruh tutup mata dan tinggal satu mata sahaja UNTUK MELIHAT JALAN BUKANNYA UNTUK DILIHAT MATANYA. Tapi sebenarnya, purdah, jubah, baju, dan semua semua tu sebenarnya TAK PERLU PAKAI PUN kalau perempuan tu PEMALU DAN TAK KELUAR RUMAH. Sebab hukum tutup aurat tu hanya disyariatkan bila wanita bertemu lelaki ajnabi. Kalau duduk diam dalam rumah seperti isteri-isteri dan anak Rasulullah, perlu ke mereka tutup aurat? Jadi tanda "solehah" seseorang wanita tu bukan terletak pada purdah atau tidaknya dia, tetapi terletak pada SIFAT MALU dia. Jangan tertipu dengan munafik munafik di fb." Saya jawab.
"Erm.. Baru saya sedar..
rupanya ramai perempuan yang menutup aurat, bahkan memakai purdah tapi TAK ADA
SIFAT MALU." Jawab dia,semakin faham.
"Ya, sebab itulah saya
cakap, kalau nak cari bini, bukan cari yang berpurdah, tapi cari yang pemalu.
Sebab kalau dia pemalu, dia confirm akan pakai purdah dan malu nak keluar
rumah. Wanita pemalu juga tak akan melihat lelaki dan tak akan menggedik dengan
lelaki. Tapi kalau dia tak malu, walau pun dia pakai
purdah sejuta lapis, dia tetap suka berselfie dan tayang bodi dan diri pada lelaki ajnabi dalam fb dan hu ha hu ha dengan lelaki bukan
mahram. Macam tu ke perempuan yang tuan nak pilih untuk jadi ibu kepada anak-anak tuan?" Jawapan penggulungan dari saya.
purdah sejuta lapis, dia tetap suka berselfie dan tayang bodi dan diri pada lelaki ajnabi dalam fb dan hu ha hu ha dengan lelaki bukan
mahram. Macam tu ke perempuan yang tuan nak pilih untuk jadi ibu kepada anak-anak tuan?" Jawapan penggulungan dari saya.
"Alhamdulillah ustaz,
saya dah faham... doakan saya dapat jumpa permata macam yang ustaz
syorkan..." Jawapan akhirnya.
Note: Ajarkan anak dan isteri
kalian sifat MALU kerana itulah satu-satunya mahkota wanita terindah yang
diajar Rasulullah tetapi dihapuskan oleh wanita zaman ini.
Wahai wanita yang berakal,
deletelah foto-foto korang tu. Jangan kecewakan Rasulullah lagi dan lagi.
Kalian mungkin jahil, tapi kalian bukan bodoh yang tak boleh diajar atau
belajar sesuatu. Jadi belajarlah sesuatu dari kalam ini
dan ubahlah. Tak cukupkah kes zina harian yang kita dengar?
dan ubahlah. Tak cukupkah kes zina harian yang kita dengar?
Jahil: Tidak mengetahui.
Bodoh: Tak boleh berfikir.
Bodoh: Tak boleh berfikir.
Selfie tu tak salah, selfie
lah sampai lebam. Yang salah ialah TAYANG BODI DEKAT LELAKI AJNABI (walaupun
badan dan muka ditutupi
kain, mata laki ada xray, dia tau saiz korang sekali pandang).
kain, mata laki ada xray, dia tau saiz korang sekali pandang).
Perhatian: Kalau anda terasa,
anda perlu bertaubat dan ubah, bukannya meroyan di ruangan komen kerana ia akan
menjatuhkan maruah anda sendiri.
- Ibnu Batoota.
Kalian sudah membacanya. Ya,dulu aku seorang pemalu bahkan
bertembung dengan sepupu lelakiku,aku lari ke belakang,aku niat memakai
niqab,mungkin aku boleh kurangkan perasaan malu yang tidak bertempat itu dan
mampu bekerja dengan yang ajnabi seperti biasa. Aku mula memakai niqab dan
masuk bekerja dalam persatuan.
Perasaan malu ku untuk berkata-kata dan memberi pendapat
mulai hilang namun nasihat umi masih ku pegang,malu biar bertempat. Sekarang aku
malu dengan sahabat-sahabat yang berniqab,dengarlah luahan ini sebentar.
Setakat berniqab tapi tidak menjaga pandangan,tidak menutup
lengan dan kaki,tidak memakai tudung yang wajib tutup sampai bawah dada,bersosial
dengan lelaki ajnabi tidak kenal siang malam sehingga terluka perasaan keluarga
dan sahabat. Kamu bukan seorang peniqob yang diajar Islam. Kamu peniqob palsu. Aku
terkilan. Aku mengambil keputusan ini. Aku sekarang sudah tidak segan untuk
berkata-kata dan memberikan pendapat aku. Aku masih lagi normal dalam pergaulan
aku. Seperti mana aku menjaga pergaulan semasa berniqob seperti itu juga aku
yang baru. Aku tidak akan berselindung di sebalik secebis kain. Secebis kain
itu niatnya murni tapi aku tidak mahu menghinanya sebegitu. Cukuplah.
MALU BIAR BERTEMPAT BUKAN PADA SECEBIS KAIN.
Banyak lagi yang ingin ku coretkan,namun biarlah diari ini
menjadi pedoman aku,kamu dan kamu
.
“… dan boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagi
kami,dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan
(ingatlah) ,Allah jua Yang Mengetahui (semua itu),sedang kamu tidak
mengetahuinya.” [Surah Al-Baqarah:216]
Selamat menjaga hati. J
-ALONG ALIAH-
9.18PM | 17/9/2014
BAYT AFLAH,MU’TAH
JORDAN
Comments
Post a Comment