PASTI MERINDUI INGINKU KEMBALI

 Alhamdulillah,sekian lama mengumpul wang dan berhajat untuk menziarahi Haramain,yakni Mekah dan Madinah,Allah mudahkan langkah ini untuk menjejaki tanah suci itu. Sepanjang hari menunggu visa dapat disahkan kepergian kami ke Tanah Haram,jam 10 malam,28 Januari 2015,aku dan sahabat bertolak ke Saudi menaiki bas. Perjalanan pergi yang memakan masa selama 1 hari 2 malam bermalam di atas bas,kira-kira jam 11 tengah hari,30 Januari 2015,Jumaat. Kami sampai ke Kota Mekah. Perjalanan berpaksikan niat untuk menunaikan ibadah kepadaNya mengajar kami erti kesabaran. Di dalam perjalanan, Doktor Masyhur ada berpesan,” ikhlaskan niat untuk ke Tanah Haramain.”

Dan kami sampai di Bir Ali lebih kurang jam 2 pagi untuk bermiqat sebelum menunaikan rukun umrah seterusnya. Usai setiap peserta/Jemaah umrah selesai bermiqat dan memakai pakaian ihram dll, kami diberi taklimat cara-cara menunaikan manasikh umrah olah Doktor Masyhur sebagai ingatan semula agar tidak terlupa.

Jam 11 tengah hari,kami sampai ke perkarangan hotel untuk check-in. Tanpa membuang masa pada pukul 12 tengah hari,kami berkumpul di lobi hotel menunggu bas untuk ke Masjidil Haram. Labaikallahummalabbaik. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui betapa berdebarnya hati aku untuk menunaikan umrah. Sesampai sahaja di luar Masjidil Haram,kami masuk ke Bab Marwa kerna bas kami di perkarangan belakang Masjidil Haram (pada pandangan aku) bukan di bahagian hadapan Masjidil Haram,pintunya bertentangan dengan Menara Jam.

Usai sahaja solat Jumaat di Masjidil Haram,kami menunaikan umrah. Buat pertama kali dalam hidup aku menunaikan umrah. Alhamdulillah. masyaAllah,ramainya manusia di sini. Pertama kali dalam hidup melihat kaabah. Subhanallah. Tawaf bercahayakan terik mentari yang panas,tidak memutuskan semangat kami bertawaf 7 kali. Sepanjang bertawaf,aku tidak putus-putus berdoa agar diampuni sagla dosa-dosaku,dan menerima segala amalanku. Seusai tawaf,kami menunaikan rukun umrah seterusnya,iaitu saie. Saie dari Safa ke Marwa sebanak 7 kali. Ketika sedang bersaie , terfikir sejenak di pemikiranku,bagaimanalah Siti Hajar berlari-lari dari Safa Ke Marwa berulang-alik mencari air. Allahuakbar. Inilah pengorbanan seorang ibu,mencari air dengan berulang-alik untuk diberikan kepada anaknya. Lintas aku teringatkan umi di kampong. Setelah bersaie,kami bertahalul. Sujud syukur aku kerna dapat menunaikan umrah. Hanya Allah Yang Tahu perasaan ini. Penat memang penat tapi puas dan gembira. ALLAHUAKBAR.



SOLAT JEMAAH

Seawal jam 3.30 pagi,aku melihat ramai Jemaah berpusu-pusu ke Masjidil Haram. Allahuakbar. Termasuk pelajar Malizia dari Jordan,seawal jam itu,bas sudah penuh. Boleh dikatakan aktiviti Jemaah (bersama aku) sama. Seawal jam 3.30-4.00 pagi,sudah bersiap-siap untuk menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjidil Haram. Seusai Subuh,ada yang beriktikaf di masjid dan ada yang pulang ke hotel bagi merehatkan diri,makan,mandi dll. Kemudian kami akan ke Masjidil Haram semula sebelum Zohor dan akan pulang ke hotel seusai sahaja Solat Isyak secara berjemaah. Betapa semua orang sedang mencari keredhaan dan rahmat dariNya. Tidak putus-putus berdoa kepadaNya agar diberi keampunan dan diterima amalan. Ada juga sebahagian daripada kami yang tidur di masjid,beriktikaf dan sebagainya. MasyaAllah. Saya amat kagum dengan kalian.

Memang aku akui,Masjidil Haram tidak pernah lengang dengan hamba-hamba Allah. 24 jam penuh. Antara pengalaman berharga yang bisa dikongsikan,walaupun bangun awal pagi,aku tidak mengantuk kerna melihat manusia-manusia beribadat. Aku kagum melihat seorang nenek sentiasa melakukan solat-solat sunat sebelum masuknya waktu Subuh. Usai satu,satu lagi didirikanya. masyaAllah. Kadang-kadang kekuatan beribadah itu,Allah tidak hadirkan pada diri orang muda tetapi Allah hadirkan pada diri orang tua secara zahirnya kita lihat uzur dan daif dirinya namun batinnya kuat. Aku jadi teringat opah ku di kampong,dari dulu sampai sekarang tidak putus-putus memberi nasihat dan nasihatnya hanya satu,” along bangunlah qiamulail”,juga nasihat che(atuk) aku, “dirikanlah solat secara berjemaah,bukankah pahalanya 27 kali ganda.” Juga che akan membacakan satu hadis berkenaan 7 golongan pemuda yang akan dimasukkan syurga.

Banyak lagi yang ingin aku ceritakan. Bercerita situasi kami bersama Jemaah Turki,rezeki yang tidak putus-putus di Masjidil Haram,kisah-kisah Nabawiah di Mekah dan Madinah (akan ditulis dalam ruangan baru),suasana membeli-belah di Mekah dan Madinah,dll. Ingin tahu akan kuceritakan secara selingan dalam posting akan datang. Atau boleh datang rumah sambil-sambil minum air zam-zam dan makan kurma(akhwat sahaja). Peace.

GUA THUR- PANJANG 7 KM-





PEMANDANGAN DARI JABAL RAHMAH






TAKLIMAT OLEH DOC MASHUR DI JABAL RAHMAH
-DOC YANG SANGAT SABAR DGN KERENAH KAMI ;)-





TERIMA KASIH DAN MINTA MAAF

Jutaan terima kasih kepada semua PIC yang terlibat menguruskan Jemaah umrah kali ini. Sebagai peserta,walaupun ada yang tidak berpuas hati dengan pengurusan kalian. Bila difahamkan kembali,berurusan dengan arab tidaklah semudah yang disangka. Konklusi kami dapat, “Janji Melayu lambat,janji arab kadang-kadang tak dapat”. Moga kalian mendapat ganjaran daripada Allah dek kesabaran kalian dalam menguruskan umrah kali ini dan kesabaran kalian menguruskan kami sebagai Jemaah umrah yang punya pelbagai rasa,perasaan,perangai dan sebagainya. minta maaf jika terkasar bahasa dan tersalah laku.

Tak larat dah nak menulis. Kot-kot kome ada pengalaman,moh lekaih kongsi dengan teman. ;)

-ALONG ALIAH-
8.23AM|9/2/2015

SALAM FASAL THANI,TERUSKAN BERSEMANGAT


Di tanah yang gersang
Ku telesuri,membawa ke sebuah perjalanan kehambaan
Menggamit sirah nabawi,mencerna akal maknawi
Disambut makhluk Tuhan bernama merpati
Labaikallahummalabaik

~ puisi tak berapa nak jadi~

merindui Mekah entah ke berapa kali.





Comments

  1. Kak afaf.. bestnya nanti post pasal umrah, rukun2 semua nak refresh memori

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts