22 TAHUN : MATANG DENGAN KATA-KATA ORANG
22 tahun
Tiba-tiba, aku rasa ingin menjadi seorang Afaf yang dahulu. Bergaul dengan beberapa kerat manusia, tidak mesra, sombong dan garang.
Tapi sekarang kita sudah meningkat usia yang memerlukan akal yang matang dan hati yang kuat dan bermurah. Serta senyuman yang kadang nya ikhlas kadangnya hanya buatan.
Hidup ini perlunya pengembaraan untuk mengelakkan kita bosan bersendiri dan bergaul memahami hati-hati manusia. Banyak ragam manusia kau akan hadapi tapi hanya satu hati manusia yang aku cemburui. Iaitu hati manusia yang sabar, senyum dan tidak pernah merungut menangisi hari-hari bakal berakhir. Hati ini hanya ada pada mereka yang selalu bersyukur dengan kehidupan. Kehidupan susah memaksa mereka untuk terus tersenyum dan bersyukur.

Andai saja ku memberitahu, aku ingin sekali menghindari manusia yang selalu mengkritik susah payah orang lain, tidak bersyukur dan pemarah. Walau aku seorang yang pemarah tapi bila bersama dengan orang yang sentiasa bersyukur. Bukan sahaja hati kau terusik fikiran kau juga positif. Ya, aku memberontak dengan perangai manusia negatif termasuk dengan diriku sendiri.
Selamat menginjak dewasa. 22 tahun.
Biar dilihat bodoh tapi hidup kau memberi untuk orang lain. Biar dilihat cerdik kerana kebolehan engkau membantu hidup orang lain.
Biar dilihat bodoh tapi hidup kau memberi untuk orang lain. Biar dilihat cerdik kerana kebolehan engkau membantu hidup orang lain.
Biarkan mereka berkata.
ALONG ALIAH
KG GELOK
Comments
Post a Comment