2017 PENGHARAPAN SATU KENYATAAN ATAU MIMPI?



Aku. Sudah lama tidak menyulam kata membentuk aksara menjadi satu dan membina ayat dalam diari perjalanan ini.

2017. Aku membentuk beberapa pengharapan yang ingin aku capai dan gapai. Tak banyak hanya sepuluh daripada berjuta-juta pengharapan yang masih tersemat di hati. Kau rasa. Apa pengharapan aku? Aku tahu kita manusia hanya mampu merancang dan merencana. Tiada perjalanan yang seindah dengan hanya bermimpi dan mencipta mimpi yang akhirnya menjadi realiti sama ada kau akan tempuhi kemanisan, kepahitan atau tiada dalam pertengahan jalan mimpi engkau. Allah yang menentukan mimpi engkau menjadi realiti dan berjaya hingga kau lega walau kau akan rasa lelah. Sebab mimpi engkau perlu melalui liku-liku kehidupan untuk menjadi realiti.

Ada dua mimpi yang aku tak sematkan dalam pengharapan 2017 iaitu aku ingin menjadi seorang penulis dan membuka sebuah kafe. Itu pengharapan dalam jangka masa panjang yang kau perlu fikir segera dan sekarang. Sebab?? mesti engkau fikirkan. Sebab impian aku hanya satu pada tahun ini ingin sambung belajar. Pasti kau kata, “ eleh, dalam sambung belajar kau boleh belajar menulis, mula menulis, mula berniaga, sediakan rencana dan sebagainya.” ya, itu sudah termasuk dalam perancangan aku.

Kau tahu. Adik perempuan aku yang sedang belajar di Politeknik, belajarnya dalam bidang tanah, bidang yang boleh memberikan kau berjuta-juta ringgit jika kau rajin dan pakar. Sekarang, dia sedang memulakan perniagaannya di kampus hingga dia dipanggil untuk menjalani satu kursus keusahawanan di kampusnya. Aku terkedu, wow, hebat. Kami tahu ayah kami tidak berminat untuk kami anak-anaknya menceburi bidang keusahawanan. Tapi kami sedar, di zaman kegawatan ekonomi ini, bagaimanapun, kami perlu rajin dan berusaha mengumpul wang dan berniaga.

Dan aku, masih lagi mempromosi barang-barang yang aku jual walau tiada hasil. Dalam masa yang sama aku sudah bekerja dan belajar. Kau fikir, apa yang aku perlukan untuk mencapai dua mimpi masa panjang aku ini untuk menjadi realiti. Iya, aku perlu berusaha dan bangun dari tidur daripada keselesaan yang aku jalani kini.

Realitinya juga aku tidak berminat untuk mempelajari apa yang aku pelajari sekarang melainkan untuk menambah dan tiket untuk aku belajar dan bekerja. Aku tempuh jua kerana aku pelajar agama yang kena tahu setiap sistem pentadbiran agama Islam di negara aku. Dalam masa yang sama, aku belajar menulis penulisan akademik. Susah. Ya, susah bukan seperti dalam penulisan sastera.

Jadi, aku sedar. Aku kena belajar dan berusaha.

Tiba-tiba, aku jadi terfikir untuk tidak memikirkan dua perkara yang sedang aku cari iaitu jodoh dan masa untuk travel. Tunggu aku kaya dulu kalau begitu. Namun, aku mampu berdoa.






5.43pm | 6/1/2017
Apartment Anggerik, Nilai

Comments

Popular Posts