IMPIAN AKU : SEBUAH KAFE BUKU

Assalamualaikum, alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk menulis di dalam ruangan ini.

Ini cerita impian aku. Aku ada satu impian di mana aku ingin membina empayar perniagaan. Jika bukan empayar cukuplah suatu impian kecil untuk dikenangkan sampai mati. Aku ingin membina sebuah kafe buku yang diberi nama Kafe Buku Pena Kembara. Kenapa?

Pertama, aku suka membaca. Aku suka kopi. Aku suka green tea. Aku suka kek. Jadi aku impikan aku mempunyai suatu tempat di mana aku tenang untuk membaca dan dihidangkan secangkir teh panas dan sepotong kek red velvet kesukaan kau. Cuba bayangkan.

Kedua, aku minat berniaga dan aku rasa inilah masanya untuk aku mulakan dengan berniaga buku walaupun secara kecil-kecilan dan tanpa modal. Moga dipermudahkan. jadi aku membayangkan aku mempunyai sebuah kafe buat penggemar buku. Boleh membaca, boleh minum dan makan, boleh berbual dan berdiskusi, boleh mendengar musik klasik yang mengasyikkan sambil membaca dan boleh melayari internet. Seronok bukan.

Ketiga, aku ingin kumpulkan segala komik, majalah, novel dan buku-buku yang aku baca sejak daripada kecil diletakkan di dalam kafe ini. Pengunjung kafe boleh membacanya. Ibarat kau ada sebuah mini library untuk dikongsi bersama orang lain. Kau juga ingin membudayakan sifat suka membaca kepada orang lain. Hakikatnya, kau bukan pelajar pintar tapi sifat kau suka membaca kau ingin berkongsi citarasa. Kau ingin berkongsi cerita. Segalanya.



Kau punya impian. Jika ada kenapa kau cuba usaha untuk laksanakan.

KAFE BUKU PENA KEMBARA. Ia hanyalah satu cetusan idea dari aku dan adik perempuanku. Kami berkolaborasi bersama untuk cuba majukan perniagaan kecil ini. Doakan semoga usaha kecil ini mendapat sambutan yang memberangsangkan. Untuk perniagaan kecil-kecilan ini, selain menjual buku, aktiviti lain yang akan kami laksanakan ialah Contest Alert dan Kempen Tabaru' Buku.

semuanya perlukan pengorbanan masa dan kewangan. InshaAllah ada rezeki, dengan usaha dan doa, Allah akan membantu kita.




Along Aliah
1/11/2017
Kg. Gelok, Lenggong.

Comments

Popular Posts