Lihat, belajar dan buat.








Assalamualaikum.
Alhamdulillah hari ini berpeluang untuk duduk, fikir dan menulis. :)
Hari ni, Along fokus untuk kita sama-sama lihat dan belajar. Along dah berumur 24 tahun, jadi terngiang-ngiang di fikiran, " sampai bila aku nak duduk sahaja tanpa fikir dan belajar suatu perkara baharu dan dari suatu kesalahan. Aku kena matang."

MASA
Along belajar untuk manage masa dengan baik walaupun masih lagi ada perasaan malas yang membuatkan masa kita tertangguh dan buat perkara yang tak penting. Along belajar menggunakan diari dari umur 20 tahun, Di dalam itulah Along menulis segala jadual dan perkara yang harus dibuat. Tapi itulah selalunya bertangguh. Kadang terfikir, penat sangatkan aku ni sampai banyak kerja tak sempat nak siapkan dan banyak menanggguh. Kita belajar satu ayat daripada Al-Quran tentang MASA. Kenapa Allah bersumpah dengan masa dalam Surah Al-Asr; " Demi masa."??

Dalam buku Tafsir Al-Azhar, HAMKA : Diambil Allah masa menjadi sumpah atau menjadi sesuatu yang mesti diingati. Kita hidup di dunia ini adalah melalui masa. Setelah itu kita pun akan pergi. Dan apabila kita pergi (mati), habislah masa yang kita pakai dan tidaklah dapat diulang lagi, dan masa itu akan terus dipakai oleh manusia yang tinggal, silih berganti, ada yang datang dan ada yang pergi.

Masa sangat penting. Ada yang pernah tanyakan apa perkara yang kita mesti ada common sense pada manusia? Jawapan along selain kebajikan dan urusan seseorang manusia itu, kita mesti hormat masa dia sebagaimana kita rasa nak masa kita dihormati dan orang patuhi.

EMOSI
Sepanjang hidup Along cuba belajar untuk mengawal emosi. Menjadi seorang guru perlukan masa dan pembelajaran yang berterusan untuk belajar sabar ketika marah, sedih di mana kita harus ceria, kawal emosi ketika sakit dan pelbagai lagi emosi negatif yang akan musnahkan mood kita pada hari tersebut. So, Along belajar satu perkara setiap kali Along bangun pagi sebelum pergi kerja, Along akan pastikan diri Along segar dan akan buat senaman senyuman di hadapan cermin.

Along tak mahu apabila ke tempat kerja Along stress. Along belajar perkara ini daripada sahabat-sahabat lain juga, untuk kerapkan diri Along sentiasa positif dan dalam emosi yang terkawal, Along akan beri salam dan senyum kepada sahabat sekerja dan anak murid; sahabat sekerja berlainan jantina ni mengambil masa sikit. Hehehe. Tapi itulah cara nak bagi positif diri.

 Kadang ada anak murid buat hal dalam kelas yang akan membuatkan Along marah. Along cuba kawal emosi dari negatif kepada positif. Along pun tak suka orang lain melihat kita sebagai seorang yang pemarah, moody dan kurang senyum. Sekurangnya kita mampu belajar untuk mengawal emosi walaupun kita sedang marah, orang tahu kita mampu berpositif. :)

HUSNUZHON
Ada seperkara lagi untuk kekal dalam minda yang positif ialah sentiasa bersangka baik. Sebenarnya apabila kita berfikiran negatif dan berburuk sangka dengan orang, ianya akan melahirkan satu perasaan runsing dan serabut. Kalau boleh sebelum mendengar apa-apa berita, Along cuba tabayyun dahulu. Betulkah? Benarkah? Kita tak tahu perkara sebenar dan tak mahu lompat kepada satu konklusi yang tidak benar. Moga sentiasa kita dalam keadaan baik apabila berhubungan dengan manusia apatah lagi dengan Allah. Hidup ini bukan satu kenikmatan tapi satu ujian namun perlu bersyukur apabila menerima kenikmatan.

MENJAGA MULUT DAN SOPAN
Adakalanya Along suka bergurau dan kadang bermulut murai. Ini satu perkara yang Along nak sangat jaga iaitu sentiasa bersopan dan menjaga mulut. ALong bukan sejenis manusia yang suka mencarut tapi kadang-kadang bermulut celupar. Perkara ini jika tidak dijaga, tidak dikawal dengan baik mampu mengguriskan hati-hati manusia yang lain. Setiap malam, Along akan muhasabah apa cantikkah perangai aku hari ni? Terngiang-ngiang kata-kata gurauan yang Along sendiri lontarkan pada sahabat-sahabat sekerja dan anak-anak. Aku tunjukkan tauladan yang baik ke hari ni? Allahuakbar. Sama-sama kita muhasabah dan menunjukkan tauladan yang baik.


Ini semua perkara yang Along perlu muhasabah semula dengan lihat, belajar dan buat yang terbaik.
Kita sama-sama cuba.

SIBLINGS-COUSIN BONDING DAY AT MAPS, IPOH.
We were very happy together.
May Allah showering us rahmah and happiness.
Thank you Allah gives us a chance to had some rest. We know this is a dunya recess and must struggling more to achieve an akhirah recess. 




Along Aliah
Kg Tasek, Lenggong
18/2/2018 | 4.07pm

Comments

Popular Posts