Sebuah puisi luahan rasa.

Karya lama yang baru disiarkan.
Terima kasih Hewi MPMMJ.

Ada cerita di sebalik karya ini. Cerita di mana aku naik menjadi salah seorang pimpinan dan masa ini merupakan pengalaman pertama dalam hidup. Dalam masa yang sama aku juga seorang pelajar. 
Satu puisi satu luahan rasa seorang pimpinan yang menabur janji kepada ahlinya untuk memberikan yang terbaik.

Satu puisi satu luahan rasa seorang pimpinan yang kadang rasa sangat merendah diri dengan amanahnya yang tak mampu dilaksanakan dengan baik.

Satu puisi satu luahan rasa seorang pimpinan yang tiada siapa yang mampu dan mahu membantunya dalam keadaan dia perlukan seseorang mendengar isi hatinya.

Satu puisi satu luahan rasa.

Along Aliah.
Coretan sebuah puisi untuk seribu rasa.

Teruskan berlari dalam mendakap mimpi yang pasti buat mahligai syurga yang tertinggi. 💘⚘


Bersama sahabat-sahabat pimpinan BKAPJ.

Comments

Popular Posts