Ibrah Terengganu

Alhamdulillah, dengan izin Allah. Along dapat menulis dengan ruang masa yang terhad. Pada 18 Mac 2018, Along bersama sahabat telah mengunjungi ke Terengganu. Sebuah negeri yang Along amati sangat cantik dengan pemandangan laut dan mempunyai insan-insan yang baik hati dan ikhlas.

Along ke Terengganu atas dasar kasih sayang Along kepada sahabat-sahabat yang berada di sana. Memenuhi jemputan walimah pasangan Khalilah dan Naim. Alhamdulillah akhirnya mereka diijabkabulkan dengan penuh rahmah dariNya. Hari ini, nak bercerita tentang ibrah yang Along dapat semasa mengembara ke Terengganu dan menziarahi sahabat-sahabat di sana.

JODOH

Bila kita bicara soal JODOH? Ramai yang gusar. Persoalannya, benarkah kita benar-benar ikhlas dan bersedia untuk mencintai manusia yang kita sendiri tidak pernah kenal dalam kehidupan baru kita?

Kami berbincang dan mengatakan jodoh datang tepat pada masanya. Sekarang masa untuk kita berbakti pada ibu bapa, kita mengejar apa yang kita mahukan, kita belajar mengendalikan emosi, kita belajar berkawan dan bermasyarakat, kita menimba pengalaman baru, kita belajar dan belajar. Semuanya ada hikmah. Kita berdoa kepada Tuhan, moga Tuhan tunjukkan jalan.

Moga-moga kita jadi manusia sebelum melahirkan manusia.

GURU

Ada satu persoalan yang ditimbulkan oleh sahabat Along. Pernah tak kita muhasabah pada setiap malam selepas penat balik mengajar? Pernah tak kita rasa bersalah kerana memarahi anak murid apabila membuat kerja yang salah walhal kita yang kena membimbing dia?

Ini jawapan Along kepada sahabat Along. Sehebat mana pun kita sebagai seorang guru dan manusia, kita mesti memuhasabahkan diri kita sebelum tidur, meminta maaf dan memaafi salah silap orang lain.

Banyak lagi yang Along dapat semasa pengembaraan, sifat positif yang ada pada sahabat-sahabat Along, di mana mereka sanggup menerima tetamu jauh dengan membawa jalan-jalan, menjamu makan, menumpangkan rumah, memberi nasihat dan berkasih-sayang.

MasyaAllah dan alhamdulillah mempunyai sahabat-sahabat seperti mereka.







Pulau Kapas, Terengganu.

Along Aliah
11.14am | 11/4/2018
Manjung.

Comments

Popular Posts