Aku Tidak Betah Sendirian
Assalamualaikum wbt
Buat sahabat pembaca yang dikasihi, yang senantiasa mendoakan kesejahteraan Along. Semoga hidupmu selalu dirahmati dan diberkati.
Aku tidak betah sendirian. Hampir 2 bulan, Along merasakan satu kekurangan dalam diri. Along merasa diri Along bukanlah seorang Afaf Aliah yang bersemangat dan ingin melakukan yang terbaik dalam kehidupan. Sejak akhir-akhir ini Along merasakan Along culas dalam melakukan kerja. Along malas dan main-main. Entah lah. Along tidak tahu juga apa yang Tuhan ingin tunjukkan kepada Along. Moga Tuhan sentiasa memberikan Along petunjuk untuk kekalkan momentum dalam meneruskan kehidupan yang kian mencabar.
Along tidak betah meneruskan hidup sendirian tanpa teman di sisi. Kawan, teman dan sahabat adalah penguat dan pendokong yang kuat dalam kehidupan Along. Tanpa teman, siapa yang akan bersama kita dalam suka dan duka. Teman yang sentiasa memberikan semangat. Teman yang sentiasa menyokong. Teman yang sentiasa membetulkan kesilapan. Teman yang mengingatkan bahawa Tuhan itu Ada untuk kita yang kesepian.
Harusnya Along itu sepatutnya menjadi seorang pemberani meredah kesepian dan sendirian. Kerana Along percaya, Tuhan mengajar kita kuat untuk menghadapi manusia.
Mengapa Along menjadi seorang yang lemah semangat??
Sering kali Along bertanya kepada diri. Mengapa? Adakah Tuhan ingin menguji Along agar sentiasa kuat?
Namun dalam menghadapi dugaan dan cabaran, Tuhan kurniakan Along teman-teman yang sentiasa memberikan kata-kata semangat agar diri Along sentiasa kuat.
Terima kasih teman-teman. Hampir setiap hari ada sahaja teman-teman mengirimkan mesej agar Along sentiasa tersenyum dan bersemangat. Hakikatnya Along sudah kehilangan separuh jiwa untuk meneruskan kerja-kerja yang memberikan Along lemah dan permainan emosi yang meruntuhkan jiwa.
Setiap minggu Along pulang ke kampung, mengambil kekuatan daripada famili yang tak pernah merungut dengan kesusahan yang dialami malah memberikan Along bergelak ketawa sedangkan kami juga punya masalah.
Ya!!!
Tuhan sedang mengajar Along kuat untuk menghadapi manusia.
Teruskan tersenyum dan bersemangat walau kau diuji ketika sendirian. Allah tidak pernah tinggalkan kita.
Opah pesan, jangan lupa solat tahajud dan banyakkan berdoa.
Along Aliah,
11.17pm | 7 Mei 2018
Manjung

Comments
Post a Comment