Muhasabah Ramadan, Hikmah Syawal 1439H
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menulis lagi dan lagi. Dan moga-moga Tuhan tidak menarik bakat kurniaaNya ini. Kadang kita manusia terlupa dan terleka dengan nikmat pemberian Dia. Betul atau tidak?
Dan sepatutnya sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran untuk sentiasa memperbaiki diri ke arah lebih baik. Hidup kita kadang di atas kadang di bawah. Itu semua ujian. Sepatutnya bulan mulia Ramadan ini menjadikan kita manusia yang bertakwa dengan setiap rencah kehidupan duniawi. Namun sering kita terbabas dengan mengawal diri kita untuk menjadi orang-orang yang bertakwa. Apa yang patut kita muhasabahkan diri tika ujian keresahan melanda diri yang naif dan lemah ini.
Bulan Ramadan ini banyak yang Along hadapi sehinggakan Along sendiri tidak kuat untuk meneruskan apa yang berlaku pada diri. Setiap masalah yang dihadapi Along cuba katakan pada diri, " Ye Along, kau boleh hadapi.", " Ye Along kau kena positif." Tapi sebaliknya. Allah Maha Mengetahui apa yang terkandung dalam hati dan fikiran Along. Dengan kata-kata positif dan sering berdoa kepada Tuhan. Allah beri petunjuk untuk Along menulis pengajaran yang Along dapati untuk memperbaiki diri Along.
Muhasabah Ramadan 1439H.
1. Menjaga lidah dari berkata-kata buruk
2. Menjaga hati dari perkara mazmumah
3. Mejaga batas pergaulan yang makin longgar
4. Menjaga perilaku yang semakin buruk
5. Menjaga pemikiran yang semakin negatif
6. Menjaga adab yang semakin hancur
7. Menjaga ibadah dan hubungan dengan Tuhan
Dan Along sangat yakin setiap doa manusia yang menghadapi ujian akan dimakbulkan Tuhan. Tuhan akan berikan petunjuk kepada kita baik cepat atau lambat. Betullah dan benarlah. Berdoa sebelum waktu berbuka puasa itu mustajab. Allah tunjuk depan mata apa yang berlaku. Allah bukakan hati Along untuk menghadapai segala mehnah dengan tenang dan tersenyum.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.
Bila dah banyak muhasabah dan berdoa ini, terselitnya hikmah Syawal yang membantu diri untukmelihat sesuatu lebih positif dan bersyukur kepadaNya.
Hikmah Syawal 1439H.
1. Hubungan kekeluargaan lebih rapat
2. Memahami bahawa cinta kepada Tuhan mengatasi cinta kepada makhluk
3. Doa adalah senjata paling ampuh dalam kehidupan manusia
4. Yakin dan tidak putus harapan dengan rezeki daripada Tuhan
5. Menghargai orang-orang sekeliling dengan cinta, kasih-sayang, doa dan senyuman
6. Belajar sentiasa positif dengan ujian yang menimpa
Moga-moga kita menjadi manusia yang tidak putus harapan dengan Tuhan. Dan moga-moganya kita menjadi manusia yang bertakwa.
CHERISH YOUR LIFE.
Along Aliah.
10.31pm | 13/7/2018
30 Syawal 1439H
Seri Manjung

Comments
Post a Comment