Julai dan 24
Bulan Julai adalah bulan yang Along nati-nantikan setiap tahun. Perasaan melonjak gembira kerana umur makin meningkat, namun bila sedih bila dikenang kembali, amalan tidak meningkat, sama ada makin menurun atau konsisten di tahap yang sama. :)
Bila dah berumur 24, sudah masuk pertengahan umur 20-an. Apa yang difikirkan lagi hanyalah ingin menjadi seorang wanita matang, gadis bercita-cita dan punya cinta. Itu impian setiap gadis. Selain angan dan cita-cita, aku memilih untuk berdoa dan berharap kepada Tuhan. Moga-moga hidup aku dipermudahkan Dia. Ar-rahman. Ar-rahim.
Banyak sangat yang aku hajati sehingga kini.
Mungkin tanda-tanda cinta yang tak kesampaian, Tuhan hadiahkan kata semangat dan cinta daripada sahabat dan keluarga. Mereka yang melihat jatuh bangun seorang aku dalam kehidupan. Mereka yang ada untuk menyokong aku walau di mana aku berada, walau di peringkat mana aku tempuhi dan walau sejauh mana aku melangkah.
Dengan semangat juang untuk teguh berdiri menjadi seorang wanita dewasa, aku kata pada diri, " Kau sedar kau sudah dewasa."
Kau tidak berharap dan meminta simpati tetapi kau berdoa agar sentiasa mampu mendekati dan didekati insan-insan yang mengingatkan kau betapa hebatnya pengharapan dan cinta Tuhan. Tuhan Maha Kuasa.
Akhirnya, pada bulan Julai, Tuhan berikan kau hadiah yang paling bermakna buat diri dan membanggakan ibu ayah kau. Ya, kau sudah dewasa. Kau perlu pergi jauh. Kau perlu cinta yang menguatkan. Kau perlu berkorban. Kau adalah segala-galanya.
The struggling soul. Never forget your own worth.
11.49pm | 14 Ogos 2018
Manjung.

Comments
Post a Comment