DIARI SARAWAK : BERSYUKUR
7/10/2018
BELAJAR BERSYUKUR
Genap sebulan lebih aku berada di Bumi Kenyalang. Walaupun sebulan baru sahaja bermastautin di sini, aku nak ucapkan rasa kesyukuran kepada apa yang Allah susunkan rezeki kepada aku. Dari mula berada disini, rakan-rakan guru sudah mencari penempatan kepada kami. Ada yang memberi pinjam tilam dan bantal, belanja makan dan minum, ada yang tolong ambil dan hantar ke sekolah, ke pekan dan ke bandar. Ada yang sentiasa menghulurkan makanan kepada aku dan rakan-rakan setiap pagi. Aku mendoakan semoga mereka sentiasa dimurahkan rezeki dan dirahmati hidup oleh Allah s.w.t.
Aku juga bersyukur kerana dikurniakan satu pekerjaan yang lebih baik daripada sebelum ini. Tambahan pula terdapat suasana kerja yang menyenagkan fikiran walaupun terdapat banyak kerja perlu dibereskan. Dan semalam sekolah aku mengadakan program Majlis Khatam Al-Quran Tahun 6 Zon Debak. Menariknya program sekolah kami bergabung dengan SJKC Chung Hua Debak. Guru Besar sekolah ini seorang perempuan cina. Aku berasa sangat menarik kerana masyarakat di sini nampak mampu memberi kerjasama yang sebaiknya walaupun berlainan agama dan kaum. Yang paling menarik perhatian aku, guru cina ini mampu bersama-sama VIP Muslim yang lain mendengar alunan ayat-ayat AL-Quran yang dibacakan oleh para pelajar. Moga-moga diberi hidayah.
Dan aku pelajari juga bagaimana nak menguruskan program di Sarawak. Agak aneh di fikiran aku kerana mereka mempunyai suatu malam beradat yang dipanggil Malam Melulut dan tak pernah lagi aku menghadiri Majlis Khatam Al-Quran di mana-mana sekolah melakukan adat tepung tawar. Selain itu, para pelajar juga berhias dengan cantik pada hari majlis. Aku tersenyum kerana di semenanjung, rasanya program sebegini agak simple diraikan. Alhamdulillah. Moga-moga Allah rahmati kita dengan AL-Quran.
Allah rahmati kami dengan Al-Quran.
Alhamdulillah.
ReplyDelete