Traveller 1# KESEDARAN ~
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Sejak pertama kali ku diamanahkan menjadi 'mentor osem',dengar saja sudah gerun untuk jalankan amanah yang terpikul di bahu,bak kata pepatah nusantara " Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul". Mana mungkin ku terpikir untuk jalankan amanah ini melainkan di atas asbab kesedaran,keyakinan dan amar makruf nahi mungkar. Aku bukanlah pelajar pintar kalau nak dibandingkan gandingan bersama sahabat-sahabat seperjuangan. Aku hanya anak kampung yang punya satu cita-cita iaitu ingin menegakkan Islam di atas muka bumi ini. Aku gunakan jalan ini, ya wasilah ini sebagai satu medium untuk aku sampaikan mesej atau ilmu yang aku tahu atau aku belajar kepada kalian yang bergelar anak usrah atau sahabat yang dikasihi.
Bermulalah hari temuduga,aku ditanya soalan ...
" Kalau kamu mempunyai anak usrah yang lebih tua daripada kamu,kamu mampu nak bawa usrah ini?'
Jawab aku: " insyaAllah saya yakin saya mampu"
antara soalan yang terngiang-ngiang di telinga sehingga aku berjumpa Kak Andak dan katakan jawapan yang aku sudah dapat dan yakin,"Kak andak saya ada satu jawapan untuk kak andak,dakwah ini untuk semua tidak kira dia daripada bangsa lain,dia tua atau muda,dia kaya atau miskin,dakwah untuk semua,insyaAllah saya yakin saya di atas jalan ini."
Atas nama kesedaran dan keyakinan aku lakukannya,sokongan daripada kak andak merangkap murabbi di sini,naqibah aku kak yang Ain dan sahabat-sahabat seperjuangan,aku lakukannya. Terima kasih semua. aku terus mencari dan mencari erti usrah hakikatnya aku sudah faham dan tahu. aku cari dan gali ilmu semampu mungkin untuk teruskan perjuangan ini,moga Allah redha.
Ilmu asas bagi seorang naqibah atau 'mentor osem' : ) ialah ilmu al-quran,ilmu hadis,sirah dan fikah. Allahu Rabbi,banyak lagi ilmu yang aku tidak dalami,tidak hadam,tidak kaji dan tidak kupas. Ilmu itu cahaya . Aku perlukan ilmu-ilmu di atas muka bumi Allah untuk sampaikan dan kongsikan tapi apakan daya aku masih belajar dan terus belajar. Aku perlukan sebanyak kilo watt joule ilmu untuk manfaat aku dan bersama. KESEDARAN... teruskan mencari ilmu dan memberi kefahaman bukan sampaikan semata-mata. Kesedaran yang harus ada dalam diri seorang pelajar dan pemegang amanah seperti aku, kesedaran menuntut ilmu,kesedaran menyebarkan ilmu dan dakwah,kesedaran berukhwah dan berkasih sayang dan kesedaran mengikut syariat Allah. :)
Kesedaran itu bukan senang sebenarnya,kadang-kadang kita dah sedar tapi kita tak mampu lakukan.
Sekarang aku sudah memikul amanah sebagai seorang naqibah... NAQIBAH :)
Jikalau orang tanya,tak berat ker pegang amanah ini..yer,dengan jujur aku akan menjawab,jawatan ini sangat berat sebab aku menjadi naqibah kepada mahasiswi yang belajar agama,mereka dan aku bakal 'Ustazah Jordan' atau agamawan di mata masyarakat..bagaimana mungkin ku katakan ini tidak berat. Aku semakin sedar yang aku hanyalah NAQIBAH yang hanya mampu sampaikan apa yang aku faham berdasarkan pembelajaran dan pengalaman. Tak semudah itu untuk aku sampaikan pada mereka dengan kefahaman yang sebenar-benarnya,memandangkan anak-anak usrah aku terdiri daripada pelbagai latar belakang. Aku hanyalah insan kecil yang masih lagi bertapak dalam bidang ini. KESEDARAN yang diberikan oleh Allah s.w.t akan aku gunakan sebaik mungkin bagi meng'top-up' ilmu ku dan juga orang lain,ini adalah medan untuk belajar menyampaikan dakwah tapi TAK SEMUDAH ITU SEBENARNYA..teruskan bertatih,berjalan dan berlari dalam mencapai matlamat.
Bermula dari kesedaran kita akan melangkah ke hadapan mencapai matlamat dan mardhatillah :)
Teruskan mencari...

S.E.N.Y.U.M
Salam Imtihan
-along aliah-
-0913 am-
-30 Nov 2013-
-Bayt Aflah,Mu'tah-
-Jordan-
Comments
Post a Comment