TRAVELLERS !! BABAI JAHILIYYAH

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

WHO AM I??
TRAVELLER | JABBAL IRAQ | JORDAN
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.." [Ar-Ra'd:11]

HIJRAH!!
2013M/1435H

Hijrah dari segi bahasa membawa maksud 'meninggalkan'. Dari segi istilah membawa maksud berpindahnya dari negara kufur ke negara Islam atau meninggalkan daripada jahiliyah menjadi seorang Muslim,Mukmin atau a'bid.

Bukanlah ingin bercerita kisah penghijrahan Nabi s.a.w bersama para sahabat dari Mekah ke Madinah. Kita semua makruf atau masih leka dengan ibrah penghijrahan ini. Banyak ibrah atau hikmah yang boleh kita dapati dalam penghijrahan yang dilakukan pada zaman Nabi s.a.w. Konklusinya,penghijrahan menunjukkan satu kesatuan umat Islam pada tika itu,kesatuan berpasakkan aqidah yang satu,ketakwaan dan ketabahan yang dipamerkan oleh kaum muslimin menghadapi ujian getir dan penghijrahan yang ingin meraih kemenangan.

Ingin dikongsikan di sini,semua orang tak terlepas daripada zaman silam masing-masing bermakna semua orang pernah menghadapi zaman jahiliyyah baik dari segi cara hidup,akhlak ataupun pengetahuan.
Termasuklah orang yang menulis,masih lagi jahil dalam ilmu pengetahuan,jahil lagi untuk meninggalkan perkara yang tak sepatutnya,jahil lagi dalam menilai cara hidup.

Bukanlah kita patut memandang enteng erti penghijrahan,kerna ia membawa maksud yang cukup besar.Zaman silam kita janganlah kita abaikan atau lupakan,ambil ia sebagai satu ibrah atau pengajaran yang cukup bermakna buat diri kita. Bukan untuk menyesali kesilapan tetapi untuk membetulkan kesilapan.Oleh itu,hijrah ke arah kebaikan supaya manusia tidak dipenjara dengan dosa dan sifat berputus asa untuk kembali kepada fitrah.

BABAI JAHILIAH!! : )

"Tidaklah engkau meninggalkan sesuatu kerana Allah kecuali Allah akan mengganti bagimu sesuatu yang lebih baik daripada apa yang engkau tinggalkan." [HR Abu Qatadah]

Kisah along :)
 Along bukan seorang anak gadis yang sopan bicaranya,yang santun akhlaknya,yang taat akan perintah kedua ibu bapanya,dan yang taat akan suruhan Allah dan RasulNya.Along hanyalah seorang gadis atau anak sulung yang kasar bicaranya,yang jahil akhlaknya,yang degil dan kuat memberontak orangya dan sikit sangat amalannya. 

Along sering dimarahi,dipukul dan pernah di'black-list' nama sebagai seorang pelajar yang tidak baik rekodnya.Namun nasihat demi nasihat yang tidak pernah putus dari umi abi,guru-guru dan sahabat-sahabat,along makin sedar akan diri along yang sering dihidangkan dengan perkara duniawi,sebenarnya tidak dihidangkan tapi along mencari sesuatu yang menyeronokkan tapi along tersilap langkah.

Akhirnya,along di sini,ya di jalan ini,jalan yang tidak juga patut dibangga-banggakan kerna ia penuh mehnah yang berduri tapi harus dibanggakan kerna ia di atas satu jalan yang along yakin,along akan menemui redhaNya.Semoga along sentiasa thabat,berserah diri kepadaNya,kuat,cekal,rock,sabar dan tawakal dalam menempuh hidup di dunia yang sementara.


Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik; dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui.[41]
Mereka itu ialah) orang-orang yang bersabar (menanggung kezaliman) dan berserah diri kepada Tuhannya.[42]
An-Nahl: 41-42

kepada umi abi,keluarga dan sahabat-sahabat yang mengenali along,ampunkanlah salah silap along selama ini,ego yang meninggi kadang-kadang menjarakkan ukhwah kita dan menjarakkan diri kita kepada Rabb.
-along aliah-
1734 pm | 10 Nov 2013
Salam Maal Hijrah 1434H
Bayt Aflah,Mu'tah
Jordan









Comments

Popular Posts