CELIK KEWANGAN : DUIT OH DUIT !!!

Anda seorang muslimah bergaya,anda seorang pimpinan dalam sesuatu organisasi dan anda seorang pemboros. Ops! Muslimah sering kali dilihat sebagai seorang pemboros sebab mereka suka membeli-belah saat duit masuk. Nah,kita ini muslimah yang bagaimana?



situasi penulis sendiri :

dulu,sewaktu berada di kolej (Malaysia),ayah penulis akan memberi penulisa lebih kurang RM300-RM400 sebulan untuk belanja bulanan (makan,minum dan buku).

Sekarang,sewaktu belajar di Jordan,ayah penulis akan hantar RM500(JD100) sebulan termasuk duit sewa rumah,sewa internet,sewa air,makan,minum dan sebagainya. 

Bila tiba di Jordan,baru penulis tahu cara-cara untuk berjimat dan menggunakan duit ke arah yang betul. :)  

Situasi 1 :

Ani seorang pelajar di sebuah university. Dia merupakan seorang anak orang berstatus sederhana. Duit zakat yang masuk hanya cukup-cukup untuk membayar duit yuran university dan belanja selama satu semester. Duit yang disalurkan kepadanya kebanyakan daripada duit ibu bapa dan pemberian orang. Jadi,Ani melakukan jualan kecil-kecilan yang mampu menampung kehidupannya di university dan membayar duit sewa rumah. Ani juga bukan seorang pemboros malah menyimpan duit tersebut untuk belanja bulanan dan masa hadapan. Malahan, Ani juga seorang pimpinan yang terpaksa keluar setiap awal bulan atau setiap minggu untuk bermusyawarah.

Situasi 2 :

Ana seorang pelajar di sebuah university. Dia merupakan anak orang kaya dan tiap-tiap bulan ayahnya menghantar duit sebanyak RM 1000 sebagai belanja bulanan. Duit yuran university dan rumah sewa di bayar oleh ayahnya. Namun,duit bernilai seribu itu tidak cukup bagi Ana kerana dia suka membeli-belah dan menggunakan duit itu bersuka-ria bersama rakan-rakannya. Setiap hujung bulan dia akan berhutang dengan sahabat-sahabat kerana ketidak cukupan duit.

Nah, kita di dalam situasi yang mana? Tepuk dada tanya iman. Muslimah mesti dilihat sebagai seorang yang tidak berjimat. Muslimah suka membeli novel,baju-baju cantik,bergaya dan baru. Itulah muslimah jika dilihat pada angka majoriti namun ada juga muslimah yang berjimat. Cuba kita lihat kedua-dua situasi tadi. Jangan cemburukan Ani kerana dia mampu menampung hidupnya dengan bahagia walaupun hidupnya kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Jadi,sebagai seorang muslimah berintelektual semestinya kita menyimpan duit untuk kegunaan seharian kita dan juga di masa hadapan.

Sebenarnya,silap kita di mana saat aliran duit masuk ke dalam akaun bank. Mengapa Ani mampu menguruskan kewangannya dengan baik walaupun mempunyai pelbagai urusan? Hal ini kerana, Ani tidak menanggung hutang yang banyak dan mempunyai pendapatan luar yang boleh menampung kewangannya yang tersasar.

Kita boleh memaksimumkan perbelanjaan bulanan kita dengan merancang pendapatan kita secara kasar terlebih dahulu. Tip-tip ini dapati daripada hasil pembacaan dan sebahagiannya telah dilakukan secara praktikal.

1.     Senaraikan dahulu pendapatan anda dan semua perbelanjaan yang biasa dikeluarkan termasuklah hutang yang belum diselesaikan.
2.     Sekiranya terlebih belanja,anda perlu memotong perbelanjaan yang kurang perlu.
3.     Mencari sumber pendapatan tambahan jika terdesak menggunakan duit.
4.     Langsaikan hutang atau tanggungan mengikut tempoh yang ditetapkan.
5.     Anda harus memastikan aliran tunai positif dengan cara menambah pendapatan secara pasif atau aktif. Muslim digalakkan untuk berniaga.
6.     Jika aliran tunai masih negartif,buatlah pinjaman yang mematuhi syariah.

Rujuklah aliran tunai yang dibuat secara kasar agar kita boleh menggunakannya secara berjimat. Islam menuntut kita bersederhana dalam melakukan sesuatu dan bersedekahlah. Jangan lupa untuk menyimpan kewangan untuk kegunaan kecemasan.

Allah swt telah berfirman di dalam Al-Quran :

“ Ambillah zakat daripada harta mereka,guna membersihkan dan menyucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doamu itu (menumbuhkan) ketenteraman jiwa bagi mereka. Allah Maha Mendegar, Maha Mengetahui.” [At-Taubah: 103]

Apa yang dimaksudkan dengan zakat ? Kata Dr. Ali Zuqaili, pembahagian harta mengikut kadar yang ditetapkan oleh syara’ kepada sesuatu golongan.

Masih lagi ramai muslim di luar tidak mahu membayar zakat. Zakat bukan sahaja membersihkan harta malah membersihkan jiwa.

Kembali kepada tajuk. Jangan lupa dalam kita merancang kewangan agar tidak menjadi si bankrupt,jangan lupa golongan yang lebih memerlukan kewangan seperti kita.

Ayuh,muslimah! Kita jadi muslimah celik kewangan.



-Along Aliah-
10.16am | 25/4/2014
Bayt Aflah,Mu'tah
Jordan




Comments

Popular Posts