KUASA KEPIMPINAN AL-FATEH

TAJUK : KUASA KEPIMPINAN AL-FATEH
PENULIS : MUHAMMAD SYAARI ABDUL RAHMAN
GENRE : NOVEL SEJARAH
PENERBIT : PTS MILENNIA SDN BHD (2011)
HALAMAN : 194 HALAMAN





“ Kepimpinan adalah keupayaaan dan kemahuan mempengaruhi lelaki dan perempuan yang bersama-sama menyertai kita,disertai sikap yang menginspirasikan keyakinan.” – BERNARD MONTGOMERY -

Saat ditugaskan menyediakan sebuah modul berdasarkan novel sejarah bertajuk, ‘ KUASA KEPIMPINAN AL-FATEH’ dikarang oleh Muhammad Syaari Abdul Rahman,seorang figura yang hebat dalam medan motivasi,saya agak terkesima kerana konsep yang digunakan dalam buku ini agak berbeza jika dibandingkan dengan konsep penulisan oleh penulis-penulis novel tanah air seperti Abdul Latip Talib. Konsep penceritaan dalam buku ini tidak menggunakan konsep kronologi dan penceritaan umum yang sering digunakan penulis lain namun penulis ini menggunakan konsep menganalisa fakta dan kaitkannya dengan reality semasa.

Buku ini menceritakan fakta-fakta bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menawan Konstantinopel seperti hadis Nabi saw, ‘ Konstantinopel jatuh di tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.’

Sultan Muhammad Al-Fateh diketahui umum seorang raja muda yang memerintah Kerajaan Turki Uthmaniah seawal usia 19 tahun. Sultan yang mempunyai keintelektualan dan keazaman yang tinggi dalam misi menawan Konstantinopel. Menariknya, buku ini menceritakan kuasa seorang pemuda yang amat menggerunkan pihak musuh. Sultan Murad ke-2,ayahnya Al-Fateh,sering memanggil al-Fateh dengan gelaran al-Fateh atau Sang Pembuka. Begitu juga kata Syeikh Aq Shamsuddin,ulama terulung di bumi Uthmaniah,mengatakan kepada Sultan Murad, “Wahai Sultan Murad,bukan Tuanku yang membebaskan Kota Konstantinopel tetapi anak di dalam buaian ini,” sambil menunjukkan Al-Fateh di dalam buaian. Beliau sering menggunakan kata-kata positif bagi merangsang semangat anak muda bernama Al-Fateh.

Kuasa imaginasi merangsang Al-Fateh bagi menawan Konstantinopel. Sultan Muhammad al-Fateh menerima pendidikan secara langsung daripada ulama-ulama hebat di Uthmaniah seperti Syeikh Aq Shamsuddin,ayahnya Sultan Murad dan ulama-ulama lain yang bukan sahaja mengajarnya pendidikan kerohanian,kepimpinan malah ilmu sunnatullah yakni geografi,sains social,matematik dan sebagainya. Imaginasi dan mendapat pendidikan yang mantap dari madrasah Uthamaniah merangsang al-Fateh meneruskan misi ayahnya menawan Konstantinopel.

Tidak rugi membaca buku ini kerana ianya menceritakan strategi menawan Konstantinpel malah menceritakan system pendidikan yang komprehensif dalam mendidik al-Fateh di mana ulama adalah tulang belakang dalam system ini. Bukan itu sahaja,buku ini menceritakan juga bagaimana al-fateh dan tenteranya bekerjasama menawan Konstantinopel. Kuasa bergerak dalam pasukan memberikan impak positif dan kejayaan kepada al-Fateh. Al-Fateh sering melaungkan slogan ini kepada tenteranya, “ Kalian adalah tentera Abu Ayyub al-Ansari.” Inilah yang dikatakan semangat pemuda yang membakar semangat orang lain. Kekuatan motivasi yang dimiliki oleh Al-Fateh dan tenteranya berpunca daripada pengunaan alatan music sebagai pembakar semangat juga menyebut kalimah tauhid.

Walaupun buku ini tidak menceritakan secara kronologi namun saya dapat menggambarkan situasi bagaimana al-Fateh dididik dengan tegas dan disiplin. Juga bagaimana sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera ini mengatur strategi dalam menawan Konstantinopel. Hal ini kerana terdapat beberapa percubaan dalam menawan Konstantinopel sebelum ini gagal dan tidak berhasil.


KRONOLOGI PERCUBAAN PENAKLUKAN KOTA KONSTANTINOPEL







Introspeksi daripada novel sajarah yang sangat  berat untuk diaplikasikan dan memahaminya. Saya berpendapat,novel ini berjaya membawa saya menjadi seorang yang sentiasa ingin belajar dan bersemangat dalam menuntut ilmu. Al-Fateh tidak dilimpahkan kemewahan dalam menawan Konstantinopel dan memegang amanah sebagai Sultan Uthmaniah. Malahan, daripada buku ini saya belajar untuk memimpin sesebuah organisasi. Selain itu,sifat Al-Fateh memberi keinsafan kepada saya,kita mungkin megah di mata orang dengan jawatan yang dipegang namun kita hanyalah insan biasa yang juga hambaNya. Lihatlah Al-fateh yang tidak pernah meninggalkan solat malam dan solat lima waktu sejak beliau baligh. Seorang yang sangat menghormati ulama,meraikan pendapat orang lain dan menjaga kebajikan rakyat dan juga seorang pencinta ilmu.

Belajarlah daripada sejarah .

“ Pada kisah mereka itu terdapat pengajaran untuk mereka yang sempurna akal fikirannya. Ia bukan bicara yang direka-reka , bahkan kenyataan yang mengisahkan kitab-kitab terdahulu daripadanya. Ia juga keterangan yang memberi penjelasan, memberi petunjuk dan rahmat untuk kaum yang mahu beriman.” [ Yusuf:111]

-          Along Aliah
-          7.03 pm | 16 April 2014
-          Bayt Aflah, Mu’tah
-          Jordan









Comments

Popular Posts