IMTIHAN : MENCARI REDHA ALLAH ATAU MUADDAL?

Bismillahirahmanirrahim , dengan nama Allah aku mula menulis.



Minggu ini adalah ‘Final Exam Week’ bagi Universiti Mu’tah. [27/5-4/6/2014]

‘ Ya Allah,aku penat. Begitu penat mencari dan menggali ilmu-ilmuMu. Aku bukan pelajar pintar seperti sahabat yang lain. Tapi,aku sedang berusaha ke arah itu. Bantulah hambaMu ya Allah.’ Monolog aku seusai selesai menjawab soalan bagi subjek Fiqh Ibadat 2 petang tadi. Selalunya ,selesai tugasku sebagai penjawab soalan peperiksaan,aku akan berehat sebentar sambil menenangkan fikiran aku. Aku malas untuk bergaul dengan sahabat-sahabat lain sebab aku takut untuk mendengar jawaban atau perbincangan mereka mengenai soalan peperiksaan yang kami jawab. Tapi, hari ini,aku menghampiri seorang kakak,aku mengadu,

“ Afaf,penat kak. Soalan tadi terlampau umum dan saya jawab ikut dan ja. Otak agak jam sebab tidur pukul 2 pagi even dapat tidur yang agak cukup lepas tu.”

“ sama lah dengan akak,sama-sama lah kita berdoa.”

“InsyaAllah najah bersama kita kak.”

Aku berlalu pulang ke rumah. Mahu berehat kerana esok harinya aku tiada peperiksaan. Sudah 3 hari berturut-turut,aku menghadapi imtihan yang agak berat. Bertenang dan banyakkan beristighfar.

MENCARI REDHA-MU

Orang kata,jejak sahaja kaki kamu di bumi barakah itu,belajarlah bersungguh dalam menuntut ilmu dan redha Allah. Pesan umi, “belajar itu memang penat”.

Aku belajar adakah semata-mata untuk mengejar muaddal(pointer) atau sebenarnya untuk aku dan juga masyarakat?

Penat dalam menuntut ilmu dan juga mencari redha-Mu.

Sejak mula bertapak ke alam kampus,aku mulai sedar,kita menuntut ilmu bukan sahaja menjadi pelajar cemerlang malah ilmu itu akan kita gunakan untuk diri dan masyarakat. Tambahan aku menuntut ilmu agama. Ilmu fardhu ain. Berdosa aku tidak menggali ilmu dengan bersungguh-sungguh. Abi selalu pesan, “Along mengaji ilmu agama. Mengaji elok-elok. Ilmu itu amanah.” Lebih kurang lah ayat macam ni dari segi maknanya,lafaznya lain.

Ingin sekali aku lari daripada medan ini,kadang-kadang,namun cintanya aku terhadap ilmu pengetahuan membuatkan aku bertekad untuk serius dalam menuntut ilmu.



Bezanya cara belajar aku dengan umi [mak aku].

Umi , adalah seorang anak perempuan sulung (anak ke-2 daripada 7 beradik) kepada opah dan che. Sama macam aku,anak sulung juga. Kagumnya aku dengan umi bila melihat umi belajar. Lain sangat dengan aku. Walaupun aku dan umi berbeza kursus, umi pelajar matematik dan sains [Bachelor of ETeMs,Open Universiti Malaysia] manakala aku pelajar jurusan Usuluddin [ Candidate the Bachelor of Usuluddin,Mu’tah University],umi belajar sekejap tapi fokus dan selalu stay-up. Ini cerita opah pada aku, umi balik rumah dia akan ulangkaji sebelum tidur,tak lama dalam sejam ke dua jam sahaja sebab umi banyak kerja rumah kena buat. Memanglah umi anak perempuan sulung,kena tolong opah masak dan sebagainya. Selain itu,umi akan stay kat sekolah sampai pukul 4 petang semata-mata untuk siapkan home work. No wonder,umi jadi pelajar cemerlang dan selalu dapat Anugerah Dekan daripada asasi (Persijilan Kejuruteraan Elektrik] sampailah masuk maktab [Maktab Perguruan Kuala Terengganu,Opsyen Matematik dan Bahasa Melayu].

Apa yang aku lihat masa umi belajar di OUM,masa itu umi menjadi guru dan ibu kepada kami. Umi tidak pernah lupakan tanggungjawab dia,sebagai ibu kami dan pelajar,selalu siapkan assignment dan study sampai pukul 3 pagi selepas siapkan semua kerja rumah,memasak,jaga anak dan lain-lain. Penat. Umi kata,”umi pernah gagal juga tapi apa perlu kita buat, never give up. Umi nak anak-anak umi macam tu,tak takut dengan kegagalan dan tidak pernah putus asa.” Nasihat umi. Saat aku jatuh,umi pernah ceritakan kisah si pembuat lampu sampai aku mula bersemangat untuk bangkit kembali walaupun aku sudah tahu,aku terlambat tapi jangan give up.


Pesan lagi,jangan lupa Allah dalam menuntut ilmu.

Umi bukan pelajar yang menuntut ilmu agama tapi opah yang membentuk umi jadi seorang guru kepada anak-anak dia dan guru kepada masyarakat. I am very proud of you umi. Pentingnya seorang ibu dalam membentuk anak-anak nya. J

Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita juga Allah melihat usaha kita dalam menuntut ilmu, apa yang kita lakukan semuanya Allah perhatikan. Bukan mudah mencari keredhaan Allah. Ikutlah syariat Allah dalam apa jua keadaan.

Imtihan bukan semata-mata cemerlang di atas kertas,tapi cemerlang menggapai keredhaan Allah.

ILA MARDHATILLAH,
-Along Aliah-
11.28 pm | 29 Mei 2014
Bayt Aflah,Mu’tah
Jordan

-          Along, perjalanan along jauh lagi. Ingat. – umi along <3





Comments

Popular Posts