LET IT GO-PESAN HATI
Hati ini
bercampur-baur. Ingin sekali aku ceritakan,di mana ada satu peristiwa ketika
Bengkel Pemantapan Usrah di bawah program Akademi Nuqaba anjuran Jabatan Mentor
PERMATA. Salah satu panel meminta kami menulis taklifat yang kami sandang
sekarang,aku teringat kembali segala tanggungjawab yang aku telah tulis di atas
board di dinding bilik aku. Aku adalah seorang hamba Allah,anak kepada ummi
abi,pelajar,rakan,Timbalan Setiausaha BKAPJ sesi 14/15,Timbalan Ketua Unit
Modul MAF,AJK Unit Data dan Penyelidikan BAI,kolumnis STUG dan naqibah. Aku
cuba terjemahkan kembali di atas sekeping kertas putih dengan menulis empat
perkara,Timbalan Setiausaha Agung BKAPJ,AJK Unit Data dan Penyelidikan,AJK Unit
Modul MAF dan Kolumnis STUG. Aku hanya tinggalkan empat tanggungjawab ini di
atas sehelai kertas kerana bagi aku tanggungjawab-tanggungjawab ini amat berat.
Panel itu bertanya, “ Mengapa tidak ditulis naqibah? Kita sering kali terlupa
yang kita sebenarnya seorang daie dan naqibah.”
Let it go ~
semua orang cuba bersabar dengan saya,hehe :) peace yo |
Aku
mempunyai banyak jawatan. Jawatan bukan segalanya untuk dibanggakan tetapi
ianya satu amanah. Bagai dicita pucuk ulam mendatang,begitu mudah sekalikah
untuk aku menerima semua jawatan itu. Tidak, bukan senang untuk aku memilih
sesebuah jawatan apatah lagi jawatan yang memerlukan undian ahli.
Kadang-kadang
aku merasakan,jawatan hanyalah sekadar jawatan bukannya amanah. Kerana,aku
rasakan aku keseorangan dalam menggerakkan sesuatu. Lemahnya aku. Aku cuba
berhusnudzon, ‘ok,baiklah mereka exam.’ ‘oh,sibuk kot.’ Tapi sering kali perkara
ini menujah fikiran aku, ‘ aku study juga,aku exam jugak,aku ada kerja lain
jugak.’ Mengapa kita tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Mengapa
kita sering kali tidak cuba buat yang terbaik dalam amanah kita? Biar lambat
teman dalam berbuat sesuatu pekerjaaan asalkan kerja yang kita buat adalah yang
terbaik.
Aku cuba
menyepi. Aku biarkan diri aku keseorangan. Aku tidak protes. Diam itu lebih
baik daripada berkata-kata. Tapi, nasihat seorang senior, ‘ orang beriman itu
bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja dia.’
Baiklah sahabat,
aku malu sebenarnya. Aku bukanlah penyungguh tapi aku mahukan yang terbaik. Baiklah
sahabat,nukilan ini aku nukilkan buat mereka yang bersahabat dengan aku. Salah aku
kerana aku bersungguh. Kita fikirkan yang terbaik untuk kita bersama. Itu yang
terbaik. Maafkan aku kerana menyepi. Berikan aku ketenangan sementara waktu. Semoga
aku tidak mengeluh lagi dan tabah. Aku tidak akan biarkan kalian keseorangan
lagi.
Ya Allah,hambaMu
penat. Berikanlah aku ketabahan dalam menghadapi cubaan duniaMu ini. Berikanlah
aku akhlak yang baik untuk menghadapi semua ini.
Refleksi diri
~
Allah
berfirman :
“ Katakanlah
: ‘Hai para hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka
sendiri,janganlah kalian berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah
mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun dan Maha
Penyayang.”[Az-Zumar: 53]
Muslim
meriwayatkan dari Abu Dzar r.a.ia berkata bahawa Nabi saw bersabda: “ Allah
berfirman: ‘ Barang siapa yang mengerjakan 1 kebaikan,maka pahalanya akan
dilipatkan 10 kalinya atau bahkan Aku lebihkan dari itu. Barang siapa yang
mengerjakan 1 keburukan maka balasannya hanyalah setimpal dengannya atau bahkan
Aku mengampuninya. Barang siapa yang mendekatkan kepadaKu sejengkal,niscaya kau
akan mendekatkan kepadanya sehasta,niscaya Aku akan mendekatkannya sedepa. Barang
siapa yang datang kepadaKu dengan berjalan,Aku akan datang kepadanya dengan
berlari. Barang siapa yang yang menghadapKu dengan memikul dosa sepenuh
bumitanpa menyekutukan Aku sedikit pun,maka Aku akan menemuinya dengan
memberikan ampunan yang sepadan dengan banyaknya dosa itu.”
[no.413,Bab
Pengharapan(raja’),Riyadhus Solihin]
Menurut Imam
Nawawi,makna hadis ini adalah barang siapa yang mendekat kepadaKu(Allah) dengan
mengerjakan berbagai ketaatan ,maka Aku akan mendekat kepadanya dengan
memberikan rahmatKu,dan jika ia memperbanyak ketaatan kepadaKu,Aku juga akan
memperbanyak rahmat kepadanya. Jika dia datang kepadaKu dengan berjalan dan
bersegera dalam mengerjakan ketaatan kepadaKu,Aku akan datang kepadanya dengan
berlari,yakni Aku akan bersegera dalam mencurahkan rahmat kepadanya dan Aku
tidak memerlukan banyak waktu untuk itu.
Pesan hati,let
it go. Biarkan perkara yang sudah berlalu. Tenangkan hati untuk imtihan. Banyakkan
berdoa dan SENYUM.
Pesan ummi,teruskan
melangkah dan tidak berputus asa J
halwa telinga ~
Al-faqirah,
-Along
Aliah-
9.48pm,23/5/2014
Bayt Aflah,Mu’tah
Jordan
Comments
Post a Comment