SPC - Summer Pre-Chambering 1

Alhamdulillah,ini adalah minggu ke-2 aku ber “SPC”. Niat aku melakukan latihan amali adalah kerana aku ingin mencari pengalaman bekerja,bermuamalat dan mendengar kes-kes di Mahkamah Syariah. Hakikatnya,sedari dari aku kecil,aku bercita-cita membuka sebuah tadika. Pendidik dan usahawan tadika yang berjaya. Juga ingin menceburi bidang penulisan dengan cemerlangnya. Yeah,doakan aku sahabat.

Tempat aku melakukan praktikal di Mahkamah Rendah Syariah Gerik. Sebenarnya,ianya merupakan tempat ayah aku bekerja. Ayah aku bukan peguam mahupun hakim. Ayah aku seorang Penolong Pendaftar. Jikalau dalam Fiqh Qadha,ianya dipanggil Naib Hakim@ Musajjil. Aku mencabar diri aku sendiri melakukan praktikal di tempat ayah aku bekerja. Wanna be a professional girl bebeh. J

Hari pertama,aku menjejakkan kaki aku ke sebuah bangunan yang besar dan luas. Dalam fikiran aku,asyik bermain satu dua perkataan, “dulu ini tempat aku bermain lari-lari,sekarang aku bekerja di sini.” Senyum. Selamat datang ke Kompleks Mahkamah Syariah dan Pentadbiran Agama Islam Daerah.

Pada pagi yang hening dan penuh debaran itu,ayah aku sempat berpesan, “dengan staff panggil cik\encik,dan dengan tuan hakim,panggil tuan.” Sempat menilik diri aku berbaju kurung merah jambu,okey perfect. Ayah aku memperkenalkan aku dan Kak Titi (oh yer,dia buat praktikal sama dengan aku) kepada semua staff dan tuan hakim. Pagi itu,kami melakukan aktiviti tadarus Quran. Kagum.

Usai bertadarus, Tuan Hakim memanggil kami berdua ke biliknya bersebelahan bilik ayah aku. Nama Tuan Hakim ialah Tuan Asri. Bersembang agak panjang dan beliau memberikan kami membaca sebuah buku tebal berwarna biru iaitu Warta Kerajaan. Ada tiga bahagian yang terdapat dalam buku itu, Kes Jenayah,Kes Mal dan Kes Perkahwinan.

Beberapa perkataan yang aku tidak faham antaranya fi,kos dan bon. Perkataan-perkataan ini berkaitan bayaran yang dikenakan kepada plaintif\defendan. Seterusnya,kami melawat ke Bilik Perbicaraan. Orang kampong aku panggil ‘court’. Terdapat dua dewan perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah. Dewan Perbicaraan Mahkamah Rendah dan Dewan Perbicaraan Mahkamah Tinggi. Aku tertanya-tanya apa perbezaan kedua-duanya.

Jawapannya,Mahkamah Rendah mengendalikan kes-kes seperti faraid,cerai,kes jenayah seperti khalwat di daerah tersebut manakala Mahkamah Tinggi mengendalikan kes seperti hak penjagaan anak,pengesahan nikah poligami dan banyak lagi di suatu daerah namun berdaftar di Mahkamah Induk iaitu Mahkamah Tinggi Ipoh tapi perbicaraan dilakukan di daerah masing-masing.

Cerita hari ke-2,hari ini kami dibenarkan mendengar kes di Dewan Perbicaraan Mahkamah Rendah. Seronoknya kami bukan kepalang lagi. Pembantu Syariah,Encik Kamal meminta bantuan kami di dalam ‘court’. Kami diberi kesempatan mengendalikan beberapa kerja encik Kamal,antaranya,melihat daftar kes di dalam buku pendaftaran,kehadiran plaintif\defendan dan yang menjadi satu memori untuk aku adalah membaca nombor kes,nama plaintif dan defendan di hadapan Hakim.

Usai sahaja perbicaraan,tidak pasal-pasal Encik Polis yang memang aku kenal dari kecil. Aku panggilnya Pak Cik Ismail katakan pada aku, “adik,habis belajar jadi hakim.” Dalam hati gembira tetapi apa boleh buat saya ini bakal graduan Usuluddin. Tidak langsung terlintas di akal untuk bekerja di mahkamah.

Hari ke-3 ber ‘SPC’, hari ini kami diarahkan untuk memakai baju serba hitam dan tudung putih. Wah,lagaknya seperti gaya seorang peguam. Sempat berkenalan dengan dua orang Peguam Syariah yang cantik. Seorang namanya Cik Nina dan seorang lagi tidak sempat aku berkenalan dan bersembang dengannya. Kali ini,kami berdua memilih untuk mendengar perbicaraan di Mahkamah Tinggi dan hakimnya daripada Mahkamah Tinggi Ipoh.

Hari ke-4,hari ini kami mendengar kes faraid. Kes faraid hanya dilakukan di Kamar Hakim bukan di Dewan Perbicaraan.

Oh yeah,sepanjang minggu kami ber ‘SPC’,kami juga diajar untuk mendaftar kes ke dalam fail dan buku pendaftaran. Juga belajar pembahagian fail. Sebagai setiausaha yang dipilih dalam salah satu persatuan,aku belajar serba sedikit cara pembahagian fail.

Setakat ini sahaja,kisah aku ber ‘SPC’ selama seminggu. insyaAllah ada masa akanku ceritakan beberapa pengalaman semasa praktikal. Ada perkara yang aku perlu ceritakan dan ada perkara yang tidak perlu. Sirru ala barakatillah.  

Hei,ada satu benda yang ingin aku beritahu. Tuan Hakim kami memang mengambil berat menganai bacaan Quran staffnya. Bukan hanya di bulan Ramadhan bahkan hari-hari bertadarus. Subhanallah.

pic sementara,sila senyum macam waseem

-        Along Aliah – 15.7.2014
-        11.05pm (Msia) | 06.06am (Jordan)
-        Lenggong,Perak


Comments

Popular Posts