SPC- Summer Pre-Chambering 2

Bismillahirahmanirrahim

SPC minggu ke-2,tak banyak kerja yang aku lakukan. aku cuba menjelajah ke setiap sudut tampalan di papan kenyataan pejabat. Hal ini kerana,ada maklumat yang aku tak tahu dek kekurangan ilmu pengetahuan memandangkan aku hanya mengambil subjek Fiqh Qadha sahaja sebelum praktikal. Rupa-rupanya banyak lagi ilmu yang sepatut aku terokai seperti Wasoya (ilmu berkaitan faraid), Zawaj,Talak dan hukum-hukum jenayah yang lain.

Okeh hari ini aku beritahu apa yang aku dapat :)

Hak suami isteri membuat tuntutan dalam tempoh perkahwinan :
1. Nafkah diri
2. Hak jagaan anak
3. nafkah anak
4. Tunggakan nafkah
5.Hak tempat tinggal
6. hak cagaran nafkah
7. nafkah sementara
8. perintah tegahan

Aku sering tertanya-tanya apakah fungsi Majlis Sulh dalam Institusi Mahkamah Syariah? Jawapannya.

al-sulh : kompromi
- syara : suatu perjanjian yang ditandatangani bagi menyelesaikan perselisihan atau pertikaian yang di antara pihak-pihak yang beragama Islam.
-perundangan : salah satu cabang 'alternative dispute resolution' (ADR) iaitu proses penyelesaian pertikaian secara alternatif.
- pemahaman awam : suatu proses di mana pihak-pihak yang terlibat di dalam pertikaian sesuatu kes dipanggil dan dipertemukan di dalam suatu majlis perundingan terpimpin secara rasmi.

ini adalah takrif yang diberikan berkenaan al-sulh.

minggu ini tidak banyak kerja baru yang aku lakukan. setakat ini aku diberikan amanah untuk membuat blog bagi Mahkamah Syariah Rendah Gerik. Tunggukan blog ini.

Perbicaraan,dalam dewan perbicaraan ada tatacara yang perlu kita ikuti. Antaranya,cara duduk,tegak dan bersandar pada kerusi,handphone silent,keluar dan masuk ke dewan perbicaraan mestilah tunduk menghadap kepada hakim di muka pintu masuk,berkot,kemas dan menutup aurat. Lucunya,kami ini pelajar praktikal yang redah sahaja keluar masuk dewan. Tuan Hakim tidak tegur apa-apa mungkin fokus pada perbicaraan tapi kami ditegur oleh Encik Kamal,Pembantu Hakim di dewan. Dia tidak tegur melalui perkataan namun melalui perbuatan. kadang-kadang rasa nak tergelak juga berada dalam dewan perbicaraan,ada yang lucu dengan kerenah defendan,plaintif mahupun saksi. kadang-kadang berasa sedih dan kadang-kadang bosan.

InsyaAllah minggu hadapan adalah minggu terakhir di Mahkamah Rendah Syariah Gerik. Semoga pengalaman ini berisi dan sarat dengan ilmu.

Persoalan yang akan ditanya kepada Tuan Hakim atau staffnya;
- Apa perbezaan perbicaraan yang dilakukan di kamar hakim dan yang dilakukan di dewan perbicaraan?
- Fungsi e-Syariah?

Oh ya,sempat melihat cara perkiraan faraid via e-Syariah kemudian aku diajar oleh sahabat praktikal cara pengiraan pembahagian harta yang diajardi universiti. Tidak sabar pula nak ambil subjek Wasoya Fasal Awal nanti.

Doakan saya,Tuan Hakim sempat bertanya kepada kami, 'tak mahu sambung praktikal ker,tak seminggu sebulan?'. sedang berkira-kira.





-Along Aliah-
12.05pm (msia)|07.06am (Jordan)
19.07.2014
Lenggong,Perak

Comments

Popular Posts