BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN)
Assalamualaikum
wbt
Besarnya hati
saya sekiranya semua pelajar Jordan yang merupakan ahli Badan Kebajikan Anak
Negeri(mana-mana anak negeri) membaca warkah ini dengan berlapang dada. Saya minta hanya beberapa
minit sahaja,kalian meluangkan masa membaca warkah si fakir dan dhaif di sisi
kalian. Kalian yang berjiwa besar dan segak bergaya.
Salam sayang
dari saya ahli BKAN,ingin meluahkan apa yang saya rasa tika ini. Tegurlah saya andai warkah ini salah di sisi
kalian.
PERTUBUHAN
ZAKAT?
Apa yang
saya lihat,ahli BKAN kebanyakannya dating kepada pimpinan BKAN dan memaniskan
muka ketika ingin meminta zakat. Perhatian,Badan Kebajikan Anak Negeri bukanlah
satu pertubuhan ‘pemberian zakat’ tetapi merupakan sebuah pertubuhan yang
menjaga kebajikan ahli,mengeratkan ukhwah sesama anak negeri dan menguruskan urusan zakat
kalian bukannya memberi zakat.
Ingatlah sahabat,kalian
hendak memohon zakat. Mohonlah,kami membantu segala urusan zakat kalian tetapi
amanah kami bukanlah memberi zakat dan pemberi kata putus. Janganlah pula marah
kami andai kalian tidak dapat zakat daripada mana-mana pihak. Selebihnya,kalian
harus mencari jalan hendak memohon zakat dan membantu diri kalian sendiri.
Kedua, ahli
BKAN kebanyakannya tidak menonjolkan diri mereka dalam aktiviti BKAN sendiri. Kesalnya,kalian
mahukan yang terbaik daripada pertubuhan tetapi kalian sendiri tidak membantu
aktiviti BKAN,tidak membantu sahabat-sahabat BKAN yang susah dan tidak
memberikan kerjasama dalam sebarang urusan BKAN. Dalam ruang radar akal
kurniaan Allah swt,hanya satu terlintas ‘zakat’.
Pertubuhan ini
hanyalah pertubuhan kebajikan yang membantu kalian saat susah senang. Bila saya
berada di tampuk pimpinan,saya melihat kebanyakan daripada mereka berada dalam
keadaan susah,kadang tidak punya wang di tangan selama berbulan-bulan,urusan family
yang melibatkan kewangan dan kehidupan. Bila melihat situasi ini,hemat
saya,saya cuba membantu sahabat BKAN dalam kesusahan dengan melaburkan sedikit
kewangan saya melalui Skim Taawun. Walaupun saya tidak mempunyai wang dan
selama setahun,saya hanya mengharapkan duit gaji hasil saya bekerja selama
sebulan dan duit zakat pemberian pejabat agama untuk setahun,saya cuba untuk
membantu dengan kudrat pemberian Ilahi. Saya
menyeru sahabat pimpinan untuk sesama membantu ahli BKAN dengan kudrat yang
ada.
Ukhwah. Kita
berada di dalam pertubuhan anak negeri. Tidak terasakah kalian untuk kita
membantu adik-beradik kita. Kita satu negeri. Kita sama loghat. Kita satu
Malaysia. Percaya atau tidak,satu hari nanti,kita akan mendapat balasan
setimpal dengan apa yang kita sumbangkan, tidak di dunia,di akhirat,insyaAllah.
Buka mata
sebentar. Menurut kata orang,pertubuhan BKAN mendapat duit yang banyak daripada
kerajaan negeri. Untuk pengetahuan,duit pemberian kerajaan negeri banyak dilaburkan
untuk kebajikan ahli dan program-program anjuran BKAN sendiri. Duit itu amanah
kami untuk kalian.
Bantulah pertubuhan
BKAN bukan untuk kepentingan diri tetapi demi ukhwah dan kebajikan bersama.
Salam sayang
daripada saya. Maafkan saya andai terasa. Hanya memohon kerjasama dan rasa
seikat ukhwah daripada kalian yang bijaksana.
Firman
Allah dalam surah Al-Ma'idah:
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah sangat berat siksa-Nya."
[Al-Ma'idah, 5:2]
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah sangat berat siksa-Nya."
[Al-Ma'idah, 5:2]
“UKHWAH TERBINA,KEBAJIKAN TERPELIHARA”
bagi ahli BKAPJ :)
[ SKIM TAAWUN BKAPJ ]
Assalamualaikum.
Pendaftaran masih dibuka bagi ahli yang ingin menyumbang dalam Skim Taawun BKAPJ. Bagi mereka yang berminat boleh isi borang online yang dibawah :
https://docs.google.com/…/1oNXNZMNB3ZDtsv3rwn6dF7…/viewform…
Moh pakat menyumbang bagi membantu sahabat-sahabat kita yang memerlukan bantuan. Nafi'un li ghairihi
Mudahan Allah redha setiap amal yang kita lakukan. InsyaAllah
:: Ukhuwah Terbina, Kebajikan Terpelihara ::
Assalamualaikum.
Pendaftaran masih dibuka bagi ahli yang ingin menyumbang dalam Skim Taawun BKAPJ. Bagi mereka yang berminat boleh isi borang online yang dibawah :
https://docs.google.com/…/1oNXNZMNB3ZDtsv3rwn6dF7…/viewform…
Moh pakat menyumbang bagi membantu sahabat-sahabat kita yang memerlukan bantuan. Nafi'un li ghairihi
Mudahan Allah redha setiap amal yang kita lakukan. InsyaAllah
:: Ukhuwah Terbina, Kebajikan Terpelihara ::
4.27pm |
26/11/2014
Bayt
Aflah,Mu’tah
Ahli Rasmi
BKAPJ
Comments
Post a Comment