GENAP USIA 21 TAHUN

Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ke-21,


Mereka disatukan pada tanggal 12 November 1993. Kini sudah mempunyai 9 orang cahaya mata yang comel,nakal,bijak dan insyaAllah soleh dan solehah.amiin.
Terima kasih umi kerana melahirkan kami 9 beradik tanpa ada keluhan meniti di bibir. Umi abi terima kasih kerana menjaga dan mendidik kami walaupun kami anak yang nakal. Terima kasih kepada opah som,che,opah bi dan arwah tuk ya kerana buat kenduri 4 hari 4 malam untuk hari perkahwinan umi abi. Terima kasih Ya Allah kerna menyatukan hati suci dalam ikatan kasih di bawah rahmatMu.
Keratan puisi karangan along buat umi abi :
"Tuhan
Izinkan aku memohon di atas pelayaran ini
Dekatkan rasa hati kami
dalam azimat rindu
Dekatkan hati kami lebih bermunajat kepadaMu
memohon keyukuran dalam rahmatMu
Engkau Nakhoda Agung
Penunjuk jalan pelayaran cinta
hakiki dan abadi"
ps..puisi masih dalam proses pengeraman..hehe
- Along Aliah- 9.35pm(Jordan)| 2.35am(Msia)/ 11-12 Nov 2014

Bismillah...alhamdulillah selama 21 tahun,umi dan abi hidup bersama kekal sehingga kini. Satu sahaja yang aku harapkan,biarlah hubungan kasih sayang ini berkekalan dan hanya dipisahkan oleh ajal,di mana setiap manusia akan merasai sakitnya mati. Umi dan abi bertunang selama 4 tahun,mengikut cerita kelaurga kami,umi dan abi jarang berhubung. Pada zaman itu,tiada telefon bimbit dan segala macam jenis gajet. Abi di Penang,membanting tulang mencari rezeki untuk keluarganya dan kumpul duit untuk kahwin semestinya. Umi di Terengganu,gigih mencari ilmu untuk diri,anak bangsa dan agama. Aku kagum kerana aku tidak jumpa anak muda zaman teknologi menjaga hubungan dengan sejaga-jaganya hatta yang bergelar pelajar jurusan agama. Umi dan abi mampu walaupun mereka bukan pelajar aliran agama kecuali abi. Umi sememangnya dididik sebegitu dan diterapkan ilmu berdikari sedari kecil. Kagum. Kami anak umi abi tak mampu nak jadi seperti mereka. 

Sebagai puteri sulung dalam keluarga bukan sahaja anak sulung bahkan cucu sulung. Aku cuba untuk tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki semasa belajar kerana takut berlakunya fitnah dan terganggu pembelajaran. Umi dan opah sering menasihatkan,sekarang masanya adalah belajar dan belajar adalah amanah along paling utama sekarang. Akan ku pegang amanah ini.

sahabat sekalian doakan kami sekeluarga senantiasa di bawah naunganNya. amiin

Rasulullah saw bersabda : " Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa,dan murka Allah bergantung pada murka ibu dan bapa mereka." (Riwayat al-Hakim)

Allah,jadikanlah anak yang sentiasa menggembirakan hati umi dan abi tika sedih dan gembira.




Comments

Popular Posts