SATU SENI
Hanya yang benar-benar bijak & ‘tahu Agama’ tidak menegur depan-depan tetapi disapa secara peribadi di ‘belakang-belakang’ dengan penuh hikmah & kelembutan.Tak ramai yang mahir dengan seni ini kerana ramai yang mahu tunjuk hebat,lebih tahu & berilmu bila membuat teguran.
Kita lihat sahaja di alam maya,berapa ramai yang ‘tergelincir’,memberi nasihat-nasihat sinis & kasar sewenang-wenangnya sehingga mengaibkan orang yang ditegur & dinasihati.
Kita terlalu suka bersangka-sangka,menggubah bahasa biar gah bunyinya,walaupun tidak tahu hujung pangkal cerita.Malah kadangkala,yang belajar Agama juga tersilap cara.Itulah namanya manusia,perlu diingatkan sentiasa kerana kita mudah terbuai dengan pujian & penghargaan manusia.Mahu dilihat tahu dalam pada syaitan mentertawakan kita kerana kita sudah terjerat dalam perangkap mereka.
Seni ini harus kita pelajari kerana percayalah,jika silap cara,nasihat & teguran yang diberi hanyalah seperti mencurah air ke daun keladi.Yang ditegur tidak terkesan untuk membaiki diri,malah nasihat & teguran yang diberi menjadi provokasi,menghidupkan api amarah & rasa benci.
Kita belajar sama-sama mulai hari ini.
Pelajar Sampai Mati,
Dr.Anwar Fazal
Dr.Anwar Fazal
*Kongsikan pada semua jika bermanfaat.
PS.MUHASABAH BUAT DIRI SAYA YANG ALPA DAN LEKA YANG SUKA BERMAIN DENGAN KATA-KATA,MOGA TIDAK ADA YANG TERGURIS DENGAN SETIAP PENULISAN SAYA MAHU DI BELOG,FB ATAU TWITTER,SALING TEGUR-MENEGUR,TEGURLAH SAYA
DAHAGAKAN TEGURAN SAHABAT ANDAI WALAU DI MANA ANDA BERADA,CHILLS
Comments
Post a Comment