BACK TO SCHOOL-TREASURER OF SECONDARY SCHOOL

Bismillahirahmanirrahim wbt

Warkah ini along tulis tulus ikhlas untuk adik along yang bakal menjejak kaki ke alam sekolah menengah. Tahniah kerana anda terpilih untuk menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Taayah dan akan mendaftarkan diri pada 15 January 2015. Warkah ini bukan untuk adik along yang seorang itu sahaja bahkan untuk adik-adik yang bakal memasuki alam remaja dan sekolah menengah. So,have a fun with your life.

GADIS REMAJA –

Gadis remaja. Apabila meningkat remaja,banyak perkara yang dirisaukan dan banyak perkara yang nak dijaga. Masuk tingkatan 1,dulu along bersekolah yang campur laki dan pompuan. Uni-sex school(bukan skolah tu nama ni tau). Si gadis mula ada perasaan malu-malu,perasan cantik,perasan bagus,gelak cover-cover. Serius. Bila along ingat balik. That’s me. Tapi,untuk pengetahuan korang. Itu bukan perkara penting sangat bagi kita. Satu nasihat along, be yourself,train diri untuk menjadi muslimah yang mengikut acuan Quran dan Sunnah. Tegas,garang dan lembut apabila berkata-kata. Dalam ketegasan ada kelembutan. Dalam kelembutan ada ketegasan. No wonder dekat sekolah ramai panggil along, ‘AFAF GARANG’. Hey, I like that name. Belajar mengurus diri sendiri sebagai seorang anak gadis. Asrama adalah tempat untuk mengajar kita berdisiplin,mengurus waktu antara waktu belajar,persatuan dan aktiviti kokurikulum yang lain.  Juga asrama mengajar kita menjaga kekemasan diri. Tapi duk sekolah menengah ni tak sapa pandang sangat even iron baju hanya dengan letak baju bawah tilam. Esok baju tu clear tanpa kedutan. Haha. Jadi diri anda dan pandai urus diri. Dah besar kan. Bijak. Mumaiyiz. Baligh. Apa lagi?

Lelaki. Lelaki. Lelaki. Tak payah pikir sangat pasal hati dan perasaan ni. Jangan nak dilayan sangat. Nak berkawan boleh. Tiada masalah. Berkawan jangan sampai terlanjur bercinta dan bercouple. Along sangat risau ini akan terjadi pada adik-adik perempuan along. Along tak pernah bercouple atau boyfriend? Sebab apa? Hah. Mereka ini kalau nak diikutkan pada umur di waktu sekolah menengah tak adalah matured mana. Macam kita jugak yang bergelar gadis. Umur nak main-main lagi. Umur nak admire kat artis-artis yang bajet hensem saja. Dalam tv je pon. Bajet romantic,dalam movie je pun. So,pergi sekolah nak apa? Couple atau belajar? Adik-adik along boleh fikir sendiri. Fikir hati mak ayah yang nak adik Berjaya,walaupun result ceroi tapi mampu memberitahu mak ayah yang kita mampu menjadi manusia berguna.

PAKAIAN –

Bila dah masuk umur akal baligh ni. Along pesan satu,jaga pakaian kita. Jaga aurat kita. Itu adalah maruah kita. Itu adalah harta kita. Pertama,pakaian. Tidak ketat dan masih longgar. Along faham ada yang suka berseluar. Nasihat along,boleh tapi pakai yang longgar dan tidak menampakkan bentuk tiang kaki kita ye dik. Baju pun sama. Dah banyak rasanya baju,kemeja  dan t-shirt labuh untuk dipakai supaya Nampak kemas,segak dan bergaya sebagai seorang muslimah. Halo,muslimah bukan hanya pakai jubah  sahaja ok. Aurat. Maklum rasanya adik-adik along. Ustazah ajar waktu darjah tiga. Ingat lagi tak,aurat perempuan dari mana hingga ke mana. Dari kepala sampai kaki kecuali muka dan telapak tangan kan.

BELAJAR –

Bila dah masuk alam menengah. Cikgu tak suap sangat dah kita macam sekolah rendah dulu. Cikgu ajar,buat nota dan buat latihan sampai satu masa,kamu mimpi jumpa formula add math,rasa nak muntah tengok bank-bank soalan yang terlampau banyak dan sebagainya. Maka,niat betul-betul nak belajar even korang jenis belajar main-main. Dan along salah seorang student yang belajar main-main sebab tak suka dengan examination. Tapi bagaimanapun,kena juga struggle belajar. Pertama,untuk diri sendiri. Kedua,sebab nak jaga ranking sekolah.

PERATURAN -
takde nasihat untuk peraturan. ikut mana mampu,tinggalkan mana yg tak suka. oh,along boleh pula.adik-adik dah boleh fikir sendiri. kalau tak nak merasa masuk bilik disiplin. jaga peraturan.penting,jaga adab.

Selamat menempuh alam sekolah menengah yang mencabar emosi,fizikal dan jasmani. Sentiasa mencari keredhaan Allah dalam tindakan. Nasihat untuk along yang masih bergelar pelajar tapi tak sedar-sedar.

Salam salju sakinah dari Jordan
Memang sakinah sangat,semua orang tidur tak ingat dunia. J peace




Comments

Popular Posts