REVIEW FILEM : PEEKAY / PK




Alhamdulillah,semalam break sebentar bersama Kit Kat, (bahung mu), insyaAllah 25&27/1/2015 sambung exam semula. Semalam sempat menonton dua filem yang tengah hot yang pasti bukan produk negara kita,iaitu PK dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk. Nak buat ulasan sikit pasal filem PK.

Sinopsis ringkas filem PK atau PeeKay (mabuk). Kisah seorang mahkluk asing yang menjelajah bumi kerana fizikal makhluk Bumi dan alien tersebut sama kecuali perbezaan bahasa dan orang Bumi berpakaian. Tiba-tiba alat kawalan jauhnya hilang saat tiba ke Bumi kerana orang Bumi mencurinya. maka,bermulalah pengembaraan Pk mencari alat kawalan jauhnya. Menariknya filem ini,mengetengahkan persoalan yang dicari dan ditemui oleh PK iaitu, ' hanya Tuhan Yang Tahu mana alat kawalan kamu?' dan persoalan keduanya, ' Siapa Tuhan?' ' Di mana aku boleh jumpa Tuhan?'. persoalan-persoalan mengenai Tuhan merupakan pengembaraan PK. Konklusi yang boleh dibuat pada pemikiran PK itu sendiri,Orang Bumi ada banyak Tuhan,maka ada banyak tempat beribadat dan ada banyak jenis identiti penganut agama tersebut yang dikendalikan oleh pengurus agama tersebut.

 PK melihat bagi mengenali agama tersebut melalui pakaiannya dan cara ibadatnya. PK juga mencari tanda agama kepada bayi,apa agama bayi ini setelah di lahirkan. Kerana dia ingin tahu apa agamanya setelah dia melakukan amalan ibadat atau ritual kesemua pegangan termasuk Hindu,Sikh,Kristian dan Muslim. namun,dia masih buntu lagi.

Kemudian,permainan agamawan yang mahukan keuntungan dengan menyebarkan fahaman dan pegangan. PK melihat ini adalah cara yang salah berhubung dengan Tuhan. 'Wrong number', termasuk dengan membina berhala atau membuat patung untuk berhubung dengan Tuhan. pada mulanya,dia hanya nampak Encik Tapasvi itu hanya salah nombor berhubung dengan Tuhan,lama-kelamaan dia nampak Encik Tapasvi itu bukan sahaja wrong number malah menggunakan pengikutnya bagi mengaut keuntungan. Ini realiti dalam golongan agamawan?

Antara aksi lucu yang saya lihat dan saya nampak,realiti manusia ini,mereka ini membina berhala atau patung bagi melakukan amalan ritual. Cuba kita lihat pada scene di mana PK mengejar Dewa Siva (tak silap) bagi meminta balik kalungnya (alat kawalan jauh itu),mereka berlari-lari dalam tandas. Si yang berlakon sebagai Dewa Siva tadi berdoa tanpa menggunakan patung atau berhala bagi melepaskan diri.

Banyak lagi scene menarik perhatian saya jikalau kita mampu untuk mengulas dari luar kotak dan scene menarik bagi saya ketika perdebatan antara PK dan Encik Tapasvi. Di akhir,perdebatan tersebut PK mengatakan, ' Kita menyembah dua Tuhan, yang pertama,yang mencipta kita semua. kedua,Tuhan yang kamu ciptakan. Yang kedua adalah wrong number dan aku pilih yang pertama.'

Filem ini ada baik dan buruknya. baiknya ia mengajak kita bermain dengan permainan persoalan yang sepatutnya tak perlu dipersoalkan. 'Di mana Tuhan?', saya fikir ia akan mengelirukan manusia tentang agama itu sama. Cuma yang berbeza pakaian,cara hidup dan ritual. Sedangkan Islam itu adalah suatu agama rahmatan lil alamin. Mudharatnya filem ini,isu keterbukaan tentang dalam beragama dan cara hidup sehinggakan orang Islam boleh berkahwin di gereja mengikut amalam gereja dan hidup sebumbung dengan isteri yang bukan Islam. fikir.

Dan yang menjadi persoalan saya,mengapa PK tidak mengatakan agama mana wajar diikuti kerana dia sudah merasa kesemua amalan ritual setiap agama? dan filem ini merupakan isu sensitif di negara India saya kira. jadi,mengambil langkah selamat dengan tidak menyatakan agama mana wajar diikuti dan pegangan. bagi kita umat islam yang menonton malah memahami agama walaupun shuwai2 (sikit-sikit),kita akan katakan, agama yang tidak membina berhala dan menyembah Tuhan yang mencipta kita semua hanyalah agama Islam. :) Isnt it?

Saya berhenti di sini mengenai filem ini. Bila saya menonton filem ini,saya teringat akan kisah Nabi Ibrahim dalam misi mencari Tuhan. Dalam Surah al-An'am ayat 74-90. (tolong buka Al-Quran dan terjemahan)



Dalam kitab Qosos Qurani (Dr Fadlu Hassan Abbas),surah ini menceritakan khabar Ibrahim menegakkan bukti-bukti ke atas pengesaan Allah dan membatalkan semua pengabdian selain daripadaNya. Manusia yang mencari Tuhan sebenar-benar keikhlasan,dia akan mencapai matlamat yang dihajatinya.

Saya tidak mengatakan pengembaraan Nabi Ibrahim dan PK itu sama kerana Nabi Ibrahim tercapai dakwahnya kepada kaumnya yang menyembah berhala dengan mengemukakan bukti-bukti keesaan Allah dan menghancurkan berhala-berhala kaumnya. Itulah Islam sebenar. Hanya menyembah Allah Yang Satu dan melakukan suruhannya dan meninggalkan larangannya. Islam mempunyai syariat tersendiri dalam cara hidup bagi menjaga hak-hak manusia penganutnya dari segi peribadi,keluarga,masyarakat,pergaulan sehinggalah negara. Islam itu syumul.

FILEM :)

Bukan promosi atau saya sememangnya peminat filem hindustan. Ingin saya kongsikan setahun dua tahun ini,banyak filem Aamir Khan (skrip/idea) hasil beliau saya kagumi,antaranya, Faana,Taare Zameen Par,3 Idiots dan terbaru PK. Jikalau nak dibandingkan filem-filem beliau ketika beliau berjiwa romeo,hanya satu saya minat , filem Maan. ya, filem ini jika ditayangkan di aspuri sekolah saya,satu bilik belajar penuh dari depan sampai belakang.

 dan saya sangat kagumi filem-filem keluaran Indonesia,Korea,China,India dan Jepun yang bersifat nasionalisme dan kemasyarakatan. yang lebihnya kepada kritikan dan permasalahan negara sendiri juga berat. Terdapat juga filem-filem Inggeris yang santai tetapi ada pengajaran,kebanyakannya bersifat, " berusaha untuk mencapai cita-cita awak"Semoga filem Malaysia lebih maju dalam menjiwai watak manusia zaman global. Ada kritikan tetapi lebih kepada cinta logik yang santai dan permasalahan agama dala masyarakat yang diketengahkan itu sendiri tidak berat untuk difikirkan.

Saya sokong UPIN IPIN.

Selamat menonton.

Terus mendalami ilmu-ilmu aqidah,tafsir,hadis,sirah,dan fiqh
jangan lupa tadaabur Al-Quran :)







bye, ALONG ALIAH


Comments

Popular Posts