Puisi : DINGIN BAYU

Dingin sang bayu itu ada dua khabar berita
Satu baik, satu lagi mungkin kurang enak rasanya.

Dalam pada masa yang sama, ada satu jalan dan ada halangan. 

Keduanya, kau tetap akan lalui.
Dan jalan itu, kau tahu kau pilih, itulah jalan ke dunia akhirat tapi kau harus lalui dulu liku kehidupan di dunia kerna itu tiketnya.

Setiap jalan ada bayunya.

Jalan mana yang kau pilih?
Hidup masih panjang dan perjuangan harus kau teruskan.

Kadang kau berangan dan terleka.
Boleh sahaja untuk kau berehat seketika
tapi
jangan lama-lama ya
Malaikat Maut tidak menunggu lama.




Along Aliah 
15/4/2016
Karya Lama
Nilai 

Comments

Popular Posts