SIMPAN DUIT

Bagaimana nak simpan duit dengan gaji bawah RM1k??

okey, ni along buat sejak dapat kerja dan dalam masa yang sama masih belajar. Along juga buka 2 akaun, satu untuk kemasukan duit gaji dan perbelanjaan dan satu lagi untuk simpanan dan perbelanjaan apabila perlu. Sekarang along buat dua kerja part-time, pertama menjadi guru tadika dan kedua menjadi guru tuisyen pada sebelah malam. Gaji kalau dikira dan ditambah tak lebih RM750. So, jangan rasa duit tidak ada tapi kita yang tak guna sebaiknya.

1. along dah nekad buat tabung, along akan menyimpan RM1 sehari. Duit ini hanya akan digunakan apabila betul-betul berlaku kepokaian dan tidak ada duit lain. Selepas along guna memang along akan top-up semula. Along target setiap 5 bulan sekali atau duit sudah mencukupi RM500 akan disimpan ke dalam akaun bank kedua.

2. Memandangkan di Malaysia ni banyak kad diskaun untuk students atau kad ahli, kita guna sebaiknya mana yang betul-betul perlu. Ok contohnya, macam along, along suka membeli buku tidak kira di mana along pergi berjalan-jalan atau window shopping di mall. Jadi, along akan pastikan along mempunyai kad ahli MPH dan Popular. Jimat dah di situ. Kedua, along memang guna sepenunhnya kad I-KTMB Students dan Komuter Link for students memandangkan transport di sini banyak menggunakan train dan along tiada lagi pengangkutan sendiri.

3. Along memang suka menjual. Along akan cuba untuk menjual secara online dengan keupayaan along walaupun sebulan tu boleh kira customer along. Sekurangnya along akan dapat komisen dan duit simpanan. Setiap keuntungan akan dikira pada hujung bulan dan disimpan ke dalam akaun kedua. Ini pun baru along buat juga sebab dah banyak sangat barang nak menjual dan apa yang along jual itu barang yang along pakai.

4. Okey, ni baru along baru nak buat. Lebihan duit gaji pada setiap hujung bulan akan disimpan ke dalam akaun kedua. Memandangkan setiap bulan kadang-kadang ada lebihan gaji.

5. Jangan kedekut duit dengan adik-beradik dan famili walaupun korang dah simpan duit banyak-banyak atau simpanan itu sedikit sahaja. Jangan kedekut. Sumbang sedikit walau korang tak kaya.

6. Sedekah dan rajin belanja kawan.

7. Beli barang yang perlu sahaja. Selalu buat catuan pada diri, aku mampu atau tidak.

Bab jangan kedekut dengan adik-beradik,sedekah dan belanja kawan-kawan. Along dah pernah merasai keberkatannya. Alhamdulillah, kadang-kadang rasa runsing tiada duit tapi ada sahaja rezeki yang datang. InsyaAllah.

Setiap orang ada cara simpanannya. Selamat beramal.

8.09pm | 28/4/2017
Nilai



Comments

Popular Posts