Hadiah Yang Dijanjikan
Bismillahirahmanirrahim.
Alhamdulillah, dengan kesempatan masa yang ada, Along dapat menulis beberapa perkara yang Along terfikirkan. Alhamdulillah sudah 3 minggu Along bekerja sebagai seorang guru yang mengajar subjek Jawi di sebuah sekolah rendah islam swasta. Dan inilah pengalaman pertama Along mengajar walaupun ada beberapa pengalaman mengajar lain namun setiap pengalaman itu berbeza.
Apa yang Along nak ceritakan adalah apabila melihat kegigihan seorang guru hendak memandaikan dan membijakkan murid-muridnya. Termasuklah Along yang cuba hendak membijakkan anak-anak murid Along dengan pandai membaca, mengeja dan menulis tulisan Jawi di samping Along dapat belajar sedikit demi sedikit.
Dan daripada pemerhatian Along, guru-guru cuba memberikan yang terbaik seperti memberikan hadiah kepada sesiapa yang dapat buat terbaik. Jadi, Along teringat semasa UPSR dulu. Cikgu kami menjanjikan hadiah sebanyak RM50 apabila mendapat buat yang terbaik dalam Pra-UPSR dan UPSR. Alhamdulillah, Along antara pelajar yang dapat merasai duit RM100, hadiah daripada pihak sekolah.
Muhasabah daripada situasi begini adalah di mana kita akan sentiasa berusaha dan bersungguh-sungguh apabila dijanjikan hadiah atau reward untuk sebuah kejayaan. Namun pernah atau tidak kita sendiri yang menjanjikan reward kepada diri kita sendiri untuk sebuah usaha yang sudah tentu kita akan menghadapi kegagalan dan kejayaan. Setiap perkara yang kita usahakan pasti akan membuahkan dua hasil KEJAYAAN atau KEGAGALAN. Kita sendiri yang tentukan hasilnya di pengakhiran bagi sebuah usaha dan kesungguhan.
Kedua, adalah Along terfikir tentang janji Allah kepada kita yang berusaha melakukan kebaikan dan pekerjaan. Dah tentu dalam pemikiran kita mengatakan SYURGA. Mesti terbayang, ya, syurga adalah pengakhiran dalam kehidupan kita di akhir hayat nanti.
Alhamdulillah, jika kita lihat kembali ayat Al-Quran terdapat 191 ayat berkaitan dengan syurga.
MASHAALLAH, rasa sangat taajub dan kagum apabila kita sendiri tak pernah menyedari yang Allah memang menjanjikan hadiah yang sangat baik dan istimewa kepada kita apabila kita melakukan suatu kebaikan.
”Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.”
(Al-Baqarah : 25)
Sekadar coretan selepas habis kerja dan masa lunch. Moga Allah sentiasa menyedarkan kita untuk melakukan kebaikan-kebaikan dan beramal soleh.
Dan bagaimana pula apabila kita menemui KEGAGALAN, bukankah kita patut berusaha dan bersungguh sebab KEGAGALAN HANYALAH PICISAN-PICISAN UJIAN.
Along Aliah
2.34pm | 16/1/2018
Sri Manjung
Comments
Post a Comment