Mengapa aku membaca?
Bismillahirahmanirrahim.
Alhamdulillah, sempat nak menulis beberapa kerat kata di kala Along penat asbab kelas sangat padat hari ini. Semoga Allah teruskan beri kekuatan dan kudrat untuk berkhidmat kepada diri dan juga orang lain.
Untuk tajuk pada petang ni, berkisarkan kenapa aku membaca? Kenapa aku kena membaca? Kenapa aku nak membaca? Along asalnya seorang budak yang sangat gemar membaca sehinggakan sewaktu Along kecil, Along akan bawa buku cerita untuk membaca hatta waktu makan atau bermain. Memang dunia Along hanyalah membaca.
Apabila sudah meningkat remaja sedikit, sifat suka membaca itu hilang sedikit demi sedikit hal kerana Along kena tumpu perhatian kepada pelajaran memandangkan Along seorang pelajar yang lemah dalam pelajaran dan masih lagi tidak pandai menguruskan masa dengan baik.Sifat itu hilang berlalu begitu sahaja tanpa Along sedar bahawa dengan menanamkan sifat membaca pada diri rupanya memberi impak yang besar dari segi pertuturan, frasa kata, watak kita dan juga penambahan ilmu.
Setelah selesai menduduki SPM, Along goyang kaki sahaja di rumah sambil menjaga adik dan opah. Dan pada masa itu, baru tersedar di rumah Along ada banyak sangat buku yang Along belum baca; samada buku berbentuk novel, fakta, puisi, agama dan sebagainya. Jadi daripada situlah Along mula menggilap dan menanamkan kembali sifat suka membaca.
Kenapa along membaca?
Sebab... Along rasa hendak memanfaatkan waktu yang ada. Along jadikan dia sebagai hobi sehinggalah Along rasa dengan membaca Along dapat satu ilmu baharu. Di mana, Along tak tahu tapi orang lain tahu. Kedua, menambah perbendaharaan kata seperti English dan Bahasa Arab. Sekarang Along dah boleh dan mampu untuk menulis dan bertutur di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Alhamdulillah.
Ketiga, sudah tentulah terasa seperti satu nikmat yang Allah berikan kepada Along dan ketenangan apabila dapat MEMBACA. SUBHANALLAH. Cubalah wahai sahabat pembaca.
Antara pesanan seorang alim, sebelum nak tabiatkan diri dengan membaca lazimi diri dengan membaca Al-Quran. Hari-hari cuba lazimikan diri dengan 4 muka surat sekurangnya.
InshaAllah, selepas itu kita akan selalu merindui wangi bau helaian-helaian kertas.
Selamat mencuba dan membaca.
Along Aliah
4.44pm | 25/1/2018
Manjung.

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ
“Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain”

Comments
Post a Comment