DIARI SARAWAK : DEBAK IS DAEBAK :)

24/9/2018

Alhamdulillah, hampir 4 minggu aku dan rakan-rakan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Kami berempat ditempatkan di suatu penempatan luar bandar yang dipanggil Debak. Aku dan sahabatku Aida ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Datuk Bandar Debak, Betong, Sarawak. Suatu tempat yang hanya dua blok sahaja bangunan kedai dan dinamakan Pekan Debak. Sepanjang empat minggu aku cuba mengamati apa istimewanya Debak. Kawasan yang majoritinya penempatan orang Melayu dan Cina di dalam suatu tempat luar bandar. Terdapat perkampungan orang Melayu dan terdapat beberapa buah kampung seperti Kampung Babu, Kampung Bungey Ulu, Kampung Lalang dan Kampung Debak Laut. Juga terdapat Kampung Dit yang jauh 15 minit dari Pekan Debak.

Istimewanya di Debak terdapat sebuah sungai, Sungai Debak. Menurut penduduk di sini terdapat buaya. Maka aku dan rakan-rakan haruslah berhati-hati. Juga di sini banyak sangat anjing yang berkeliaran sehinggakan aku dan rakan-rakan pernah dikejar anjing. Bahasa atau loghat di Debak ni juga lain daripada loghat Sarawak sendiri. Kadang-kadang aku jenuh nak memahami apa yang disembangkan oleh rakan-rakan sekerja dan anak-anak muridku. Jadi, banyaklah yang aku patut pelajari dan menimba pengalaman di sini.

I wanna be a teachable and humble person. Be better than yesterday in every way.


Comments

Popular Posts