ABI
Hari ni nak cerita sikit tentang Abi. Ayah aku. Tak banyak pun cuma nak bagitahu, selepas aku ke Sarawak untuk mencari pendapatan sendiri, sedih tapi dah biasa berjauhan dengan famili. Perasaan tu dihinggapi perasaan bersyukur. Moga ini adalah medan perjuangan yang kau sendiri tak bayangkan.
Sejak aku pergi ke Sarawak, suatu hari aku dapat tahu ayah aku kemalangan dengan sebuah bas. Masa itu aku di sekolah, dan aku tak pernah bayangkan di mana ayah aku akan kemalangan. Apatah lagi dengan bas. Memang aku risau sangat. Aku ingat lagi hari itu hari Khamis.
Kemudian, adik-adik aku hantar gambar. Scene kemalangan. Ayah aku selamat, tiada kecederaan di mana-mana cuma kereta agak teruk. Aku ada beberapa minggu lagi nak pulang ke Semenanjung. Tak sabar sangat nak jumpa Abi masa tu.
Apa yang aku bersyukur sangat. Naluri seorang ayah itu mungkin dia tahu kita risau dengan keadaan dia, dan dia sendiri rasa risau dengan apa yang kita alami di alam pekerjaan yang jauh dari kampung halaman. Sejak itu, Abi akan hantar mesej beserta gambar dan suka bercerita atau menelefon aku selepas habis kerja. "Hari ni Abi buat ni. Hari ni Abi pakai baju ni. Hari ni Abi jumpa kawan Along, namanya ni..ni." Ya Allah, aku rasa memang dia adalah seorang lelaki yang Allah kurniakan menjadi seorang ayah kepada aku untuk aku hari-hari jatuh cinta dan sayang padanya.
Benarlah. Tiada cinta seorang lelaki yang hebat melainkan cinta seorang ayah. Percayalah sahabat.Akulah seorang anak yang cukup dengan belaian kasih sayang abi dan umi. Ya, umi dan abi sangat garang dalam mendidik aku. Tapi aku tahu mereka marah kerana sayang. Mereka marah kerana mereka nak kami berjaya dan berdikari.
Satu kata-kata yag aku tak akan lupakan sampai, ayah aku pernah berkata, " Abi tak ada duit dan harta nak bagi pada anak-anak Abi, Abi cuma ada duit untuk anak-anak Abi belajar." Seingat aku, kata-kata ni aku dengar semasa aku masih bersekolah rendah.
Orang selalu ingat aku anak bongsu yang sering dimanjakan. Ketahuilah aku anak sulung, apa yang aku nak aku kena usaha dengan penat lelah aku. Apa yang kalian lihat benda-benda mewah yang aku boleh dapat semua usaha aku. Aku tahu umi abi tak akan manjakan aku dengan wang ringgit tapi aku dapat perhatian lebih dalam didikan dan kasih sayang. Umi abi tak pernah bezakan kami adik-beradik.
Alhamdulillah. Susah payah dan baik buruk ibu bapa kita. Biarlah kita simpan jadikan pedoman. Sayangilah mereka. Ada masa cuti balik. Umi abi tak kisah aku belajar dan bekerja jauh-jauh untuk dapatkan pengalaman sebab dia tahu aku akan pulang ke kampung halaman juga.
Doakan aku. :)
And never one to boast
Always in his quiet corner
Doing the things he love
That’s our dear dad
For all his sacrifices
And all that he’s done for us
We’ll be indebted eternally
So much love for you dad
Now and forever.♥️

To our beloved dad :
A man of few wordsAnd never one to boast
Always in his quiet corner
Doing the things he love
That’s our dear dad
For all his sacrifices
And all that he’s done for us
We’ll be indebted eternally
So much love for you dad
Now and forever.♥️
Written by Rohayati Azizli
Comments
Post a Comment