Disember 2018
Alhamdulillah. Today is 1st December 2018 and it is almost 2019.
Selangkah lagi aku akan melangkah ke tahun seterusnya. Bukan sahaja aku tapi kau dan juga kau.
Banyak yang kita alami selama setahun ini. Suka duka pahit manis asam garam bercampur gaul bersemi dalam satu rencah yang dipanggil kehidupan. Kehidupan yang mesti kau teruskan walaupun getir tapi ada indahnya. Ya. The struggles is real. Struggle to be the best among the best. A struggle to survive your life, either it is in a good experience or not. A struggle to learn everything.
Setiap hari adalah hari yang kau akan pelajari sesuatu. Ya. Hari-hari. Mesti kau akan berfikir apa yang kau pelajari hari ini.
Kau belajar mengenal hati budi manusia. Yang rock tak semestinya hatinya hitam. Yang alim tak semestinya hatinya putih. Yang bodoh tak semestinya bebal. Yang pandai tak semestinya cerdik. Dan kau belajar untuk bergaul dengan manusia yang berlainan dari gaya hidup kau dan berlainan umur. Kau mula untuk belajar bertoleransi, kau mula belajar memahami, kau mula belajar bersabar dalam apa jua keadaan kau hadapi, kau mula belajar untuk ceriakan hati kau sendirian, kau mula belajar berani untuk pertahankan pendirian kau, kau mula belajar untuk tinggalkan perkara yang membuang waktu kau, kau mula belajar untuk menghargai setiap perkara menjadi keemasan dalam diri kau dan kau mula belajar segalanya.
Ya. Kau semakin dewasa. Dan kau sangat merindui zaman hingusan kau. Tapi kau mula menghargai zaman dewasa kau yang banyak mengajar kau, bagaimana untuk sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa tanpa ada prejudis dan takut dengan sangkaan manusia.
Kau. Kau. Kau.
Comments
Post a Comment