DI LEMBAH SAHARA : JORDAN AKU DATANG
EPISOD 1
Sudah hampir dua tahun,aku
menuntut ilmu di bumi barakah ini. Siapa tidak mengenali bumi ini. Bumi Syams,
bumi empat musim, bumi yang pernah dijajah kuasa besar Rom dan Parsi. Aku
hanyalah seorang anak kampung merantau mencari dan menggali ilmu. Ilmu itu maha
luas. Tidak aku sangka,lagi seminggu akan aku pulang ke Malaysia menjenguk
sanak saudara yang sudah lama aku rindui. Ingin sekali aku menatap wajah-wajah
suci mereka. Sudah ku bau haruman hijau-hijauan kampungku,arus sungai deras
mengalir jernih seperti Sungai Nil dan suara-suara rimba yang sering kali
mengingaukan aku untuk pulang ke kampung. Ah,molek sekali haruman rimba
khatulistiwa itu dengan diriku!
Aku hanyalah anak kampung
yang punya cita-cita setinggi Gunung Everest dan selebar Lautan Pasifik.
Namun,apalah sangat aku yang kerdil dan daif ini di bumi orang. Jauh berbeda
hendak dibandingkan dengan negeri aku. Aku ke mari atas kemahuanku,ingin sekali
mengenali bumi orang dan menuntut ilmu agama di bumi yang kaya dengan ulama. Oh
ya,baru aku teringat,negara ini walaupun negara kaya ulama namun ianya sebuah negara
bersifat sekularisme berbanding dengan Malaysia,negaranya dikenali Negara Islam
dan bermazhab Syafie.
DALAM PERJALANAN MENUJU MU'TAH |
Aku kagum dengan negara
ini,pemimpinnya seakan-akan sekular gitu namun rakyatnya majoritinya berpegang
dengan agama dan tidak hanya tertaksub dengan satu mazhab. Terbuka dalam
pandangan fiqh bak kata orang fiqh.
Perjalanan aku bermula pada
16 Septembar 2012, cerita itu cerita dua tahun lepas,pada hari keramat itu,aku
akan terbang jauh dari keluarga berkelana ke bumi orang. Jordan. Surat tawaran
aku amati betul-betul,ya,tertera nama aku yang agak janggal di kalangan orang
Melayu,dan tiket bersampul merah aku pegang erat-erat.
SELAMAT TINGGAL MALAYSIA |
Masa untuk berlepas semakin hampir,aku
cium dan menyalami seluruh keluargaku yang hadir. Aku sayang mereka. Teringat
akan pesan ibuku, ‘jangan menangis,kuatkan hati dan jiwamu.’ Tidak pula aku
menangis seperti sahabat-sahabat yang lain. Aku cuba tersenyum. Senyuman mampu
memberikan aku kebahagiaan. Aku julang kata-kata ibu dan terus bertekad
memajukan diri. Lambaian terakhir kepada keluarga bersama senyuman harapan aku
kirimkan buat keluarga tercinta. Doakan anakmu ini. ‘Egokah aku kerana tidak
menangis,’desis hati kecilku.
LOVE BOTH OF THEM |
Hebat sungguh pakaian seorang
penuntut ilmu agama dalam berkelana. Sanggah seorang kakak, “Kamu ini pelajar medic
kah,lain benar pakaian kamu,berblous dan berseluar jeans.”
“Saya pelajar usuluddin.
Tidak bolehkan seorang gadis berpakaian seperti ini? Menutup aurat juga cara
saya berpakaian,tidak juga ketat dan tudung masih labuh menutupi dada.”soal
aku. Aku membelek pakaian aku. Aku hanya seorang gadis simple. Kalau
boleh aku akan berpakaian seringkas yang boleh untuk memudahkan perjalananku.
Hanya selapis bedak,secalit lip balm,bertudung hitam,berblous labuh dan
berseluar. Masyarakat sekarang,suka memandang enteng gadis belajar agama yang
berseluar dan berblous labuh,asal semua muslimah itu harus berjubah seperti
kebanyakan orang arab. Berontak aku di dalam hati. Islam tidak begitu. Asalkan
pakaian kita longgar,tidak ketat,tidak nipis dan kain selendangnya menutupi
dada. Namun aku sedar,setiap orang punya pendapat masing-masing. Jauh beza
pakaian anak gadis timur dan anak gadis arab. Tidak ku sangka,mereka lebih
hebat berfesyen daripada kami. Warna-warni.
Senyum.
Hari ini akan bermulanya
kelas pertama ku di Universiti Mu’tah. Seminggu sudah aku berada di
perkampungan Mu’tah. Benarlah kata bapa saudaraku, ‘Pekan Mu’tah tu macam Pekan
Lenggong jew. insyaAllah selesa.’ Iya,memang benar apa yang dikatakan. Namun
budayanya membezakan kita. Antara dua budaya,dua darjat dan dua bahasa
bergabung dalam diriku.
Untuk memahami bahasa arab
bukanlah mudah dan semudah ABC. Sedangkan pak arab sendiri tidak mahir
berbahasa arab fushah (baku),apatah lagi foreigner macam aku.
Mujurlah aku ada mengambil kelas bahasa arab di Malaysia walaupun agak kaget
untuk bertutur.
“ Ma ismuki?”soal Doktor Ali
Fawwaz. Pensyarah yang akan mengajar aku subjek Aqidah 1.
“Afaf Aliah binti Mohd Jamil.”jawabku
sopan.
“Ahlan ya Afaf,min aina
wilayah fi Malizia?”
“Min Birak.”
“Shu?” , “Ana min Berak.”
Habis semua pelajar Malaysia gelakkan aku. ‘Birak’ jadi ‘Berak’. Malu. Mujurlah
ada seorang hamba Allah membantu aku. Reaksi pertama aku berhadapan dengan
doctor. MasyaAllah, sopan dan suci wajahnya. Terpancar kejernihan akhlaknya.
Aku kagum dengan guru-guru di Jordan. Sentiasa memuji dan mendoakan
pelajar-pelajarnya.
Sejak pertama kali menjejak
ke bumi sahara ini,duit menjadi kerisauan bagi ku. Perbandingan mata wang
Malaysia dan Jordan ialah RM5. Sungguh tinggi nilai duit Jordan. Kata
orang,mujur belajar di Mu’tah,yurannya pula murah juga sara hidupnya tidaklah
tinggi seperti di daerah lain.
Aku akui itu. Mu’tah tiada mall
dan eskelator. Tapi,aku mampu sahaja hidup di pekan koboi ini. Hidup aku di
Malaysia sahaja seperti Arab Badwi. Hidup aku berpindah-randah. Sekejap di
desa, sekejap di kota. Namun,jiwa kekampungan itu lebih dekat dalam diri.
Jadi,aku bisa berdiri di atas kaki sendiri. Di mana-mana sahaja aku mampu
hidup,asal punya tempat tinggal untuk aku beristirehat dan beradu.
Hidup di sini punya cabaran.
Semester pertama aku meminta duit daripada ayah aku hampir RM1000 setiap bulan
bersamaan JD200. Mengapa? Kata senior di sini,di awal-awal semester memang
banyak hal yang kita kena bayar. Yuran,sewa rumah,perbelanjaan barang-barang
harian dan peribadi. Cukuplah aku nyatakan di sini,semester pertama hamper
RM1000 sebulan aku minta wang daripada keluarga. Semester-semester
seterusnya,hanya RM500 aku mampu meminta wang daripada keluarga memandangkan
aku ini bukannya anak orang berada. Kesederhanaan mampu juga memberi
kebahagiaan. Aku yakin rezeki Allah ada di mana-mana. Kadang-kadang bila mana
aku makan enak-enak saja di sini,aku teringat kampung. Di sini hari-hari aku
makan ayam. Sedangkan di kampung,walaupun ibu dan ayah aku bekerja kerajaan
jarang sekali kami makan ayam. Ikan dan telur sudah cukup menjadi juadah kami.
Oh,aku sudah terbau pekasam,ikan masin dan sambal tempoyak. Enak sekali.
Tidak tahu hendak memulakan
perjalanan hidupku dari mana? Padahal,kalian sudah membaca separuh daripada
ceritaku.
TRANSIT 5 JAM DI DOHA |
Selamat pulang ke tanah air Along..^_^
ReplyDeletekak long pun :)
Delete