JODOH DAN SUPERWOMAN DAMBAAN SYURGA

Bismillahirahmanirrahim

Dengan nama Allah ku menulis ,entry kali ini agak pelik dan berdebar juga dibincangkan apatah lagi bersama orang-orang tua J

JODOH dan CINTA ~ jeng3



Baru-baru ini,aku bertandang dan bermalam di sebuah rumah emak saudaraku kerana esok aku ingin pergi ke sebuah majlis ilmu bertempat di KUISAS.

Mulanya perbincangan kami berkenaan adik lelaki ku yang sudah terjatuh hati dengan seorang gadis. Ya,hubungan mereka keluarga aku sudah tahu begitu juga keluarga si dia. Namun,kami ini menasihati mereka agar tumpukan sepenuhnya kepada pelajaran. Itu amanah yang paling utama.

Perbincangan ini dilanjutkan lagi,luahan hati seorang ayah,di mana apa ciri-ciri menantu pilihan yang sesuai dijadikan suami untuk anak perempuannya.

Yang pertama,katanya andai kata kamu mempunyai ‘buayafriend’,katakan padanya,tuntutlah ilmu,pergilah mengaji,kami nak seorang yang mampu membawa anaknya ke syurga. Yer,remaja seusia kamu ini,kami pun merasainya. Mempunyai perasaan jatuh hati dan bercinta. Kami tidak menghalang kamu untuk bercinta tapi carilah lelaki yang nak mengaji ilmu agama dan kalau betul dia cintakan kamu,jumpalah kami. Biarlah dia mampu nak mengajar asas-asas agama dan rajin mengaji. Kami tidak mahu ‘buayafriend’ kamu tu jenis yang suka bawa anak dara orang ke sana ke mari. Kita kena fikir masa depan kita juga. Sewaktu kami bertunang pun,masih lagi menjaga.

Subhanallah,hebat kisah-kisah umi,abi dan saudara-mara ketika dalam fatrah pertunangan.

Yang kedua,usianya biarlah beza antara 3-7 tahun,bukan apa lelaki ini apabila meningkat usia di masih kuat tidak seperti perempuan. Matang.

Saya pasti bila saya menulis tentang perbezaan umur,pasti ramai yang kata, “alah,kadang-kadang yang lebih muda pun matang daripada tua”. Adik dan kakak yang membaca,kita hormatilah pendapat mereka. Mereka lebih merasai asam garam kehidupan dan semestinya saya bersetuju dengan mereka. Jangan marah ya.

Ya,malam itu banyak perkara yang dibincangkan. Soal jodoh dan perasaan.

Ada satu cerita yang diceritakan,sebuah kisah benar.
Kisah benar salah seorang kenalan keluarga kami.

Nur (bukan nama sebenar) berhajat ingin mengahwini seorang lelaki yang kulitnya putih dan handsome. Nur bukanlah seorang wanita yang cantik tapi manisnya ada.Perasaan itu dipendam dan hanya berdoa serta melakukan solat hajat kepada Allah agar dipertemukan jodoh dengan lelaki tersebut. Alhamdulillah,disebabkan aku mengenali keluarga tersebut. Ya,keluarga mereka bahagia.

Tips : nak cari lelaki yang baik,carilah lelaki yang baik dengan ibunya dan adik-beradiknya Jpesanan mak sedara.

SUPERWOMAN DAMBAAN SYURGA

Persoalannya di sini,siapakah superwoman?



Bermulanya daripada penciptaan Adam untuk dijadikan khalifah di atas muka bumi ini. Apa yang dimaksudkan dengan khalifah? Berdasarkan kitab muqadimah,*tidak ingat penulisnya siapa*,

معنى خليفة – اقامة الدين و سياسة الدنيا به.

Hawa yang diciptakan selepas Adam merupakan penolong khalifah dan melengkapi tugas-tugas kahlifah sebagai pemimpin,suami,ayah dan sebagainya.

Tips yang diberikan untuk menjadi seorang superwoman :

1.      Takwa
2.      Menjaga keperluan tubuh badan dan rohani
3.       Pemalu tetapi tegas
4.      Keberanian
5.      Menghormati ibu bapa
6.      Mencintai ilmu

Tips superwoman ketika :

-        - Bujang
Pemalu,mahalnya seorang wanita itu apabila mempunyai sifat pemalu.
Keberanian dan tegas.

-      -   Sesudah berkahwin
Jangan banyak merungut,sentiasa berikan kata-kata positif dan sokongan kepada suami dan anak-anak.

-       -  Sebelum berkahwin
Mantapkan ilmu,menghormati ibu bapa dan banyakkan berdoa.

“ Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkannya berupa perempuan-perempuan,anak-anak,harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak,kuda pilihan,haiwan ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.”[Ali-Imran:14]


 

- ALONG ALIAH-
10.23 pm (msia) | 5.24pm(Jordan)
30.6.2014|2 Ramadhan 1435H
Lenggong,Perak

ya,thats me :) peace yaww





Comments

Popular Posts