18 OKTOBER - :)

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

Tanggal 18 Oktober 2014,satu tarikh yang tidak akan aku lupakan. Tarikh di mana Allah memberi satu ujian yang maha hebat buat si kecil bernama ‘aku’. Allah telah menarik nikmat kesenangan di dunia dengan sekelip mata. Sebuah kisah yang tak sanggup dikongsi bersama sahabat taulan melalui perbualan. Ketawa dan tangisan jalan beriringan. Pasti.

Sedang aku menikmati dan menjamu mata di sebuah pekan yang terkenal dengan jualan-jualan murah, Balad Amman. Usai sahaja membeli kitab dan window-shopping,purse pemberian acu hilang sekelip mata. Acu maafkan along kerana tidak menjaga purse tu dengan baik. Segalanya hilang. Duit,kad bank,iqomah,kad pengenalan dan kad matrik. Aku tergamam. Nak menangis namun ku tahan tangisan tu hingga sekarang. Ego. Aku menarik nafas perlahan-lahan,mungkin tercicir di dalam mana-mana beg plastic di belakang bonet. Ku cari dengan penuh kesabaran. Tiada. Hampa.

Alhamdulillah,tanpa berfikir panjang,aku mengadu pada umi abi dan pihak persatuan. Malam itu juga,kami pergi membuat laporan polis. Pengalaman yang tak mungkin membuat aku tersenyum lama. Dikejar kerungsingan.

Sedang ku kerungsingan,



UJIAN ALLAH

Terlintas di fikiran aku,pasti aku ada buat salah pada siapa-siapa sehingga aku diuji sebegini. Juga,pasti aku sombong dan kedekut menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Pada mulanya,aku redha. Namun,aku seolah-olah mneyusahkan orang lain disebabkan masalah aku ini. Umi,abi,persatuan dan sahabat-sahabat. Tiada apa yang aku mampu ucapkan pada kalian melainkan ucapan terima kasih.

Kali ini,aku dah menyusahkan umi abi untuk menguruskan beberapa dokumen penting yang hilang. Maafkan along umi abi. Semoga Allah permudahkan urusan kita bersama.

TEKANAN

“Allah tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya,dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”[2:126]

Sememangnya aku agak tertekan dengan masalah yang dihadapi. Aku cuba tersenyum agar orang sekeliling tersenyum dan senang melihat aku. Allah menguji aku dengan perkara yang tidak disangka. Teringat ayat ini,sesungguhnya aku muhasabah. Senyum lah aku.

“ Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan dengan berlakunya kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”[2:155]

Semoga Allah sentiasa memberikan kesabaran dengan ujian yang menimpa. Tak terbayang,walaupun aku diuji,aku masih lagi mampu pergi ke university,makan minum bersama sahabat,update status,dan sebagainya kenikmatan yang Allah belum tarik lagi. Sakit menghadapi ujian,semoga terus tabah dan cekal. Bagaimana keadaan umat Islam yang lain,yang tidak melalui kenikmatan seperti aku? Hidup kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.



IMTIHAN AWAL FASAL AWAL SANAH THALISAH

Aku tolong fokus dalam kelas dan jangan malas belajar. Positif dan optimis. Teruskan kehidupan dan maju kehadapan. Senyum..senyum..senyum…menangislah untuk merasa keinsafan kemudian kau akan mampu tersenyum dengan sendiri bukan dibuat-buat.

Pasti ada hikmah yang tersirat.

GOOD LUCK IN YOUR STUDY. GOOD LUCK IN YOUR LIFE. KEEP SMILE :)

ps..tak tahu nak tulis apa...sekadar coretan kenangan pahit




-          ALONG ALIAH-
-          BAYT AFLAH,MU’TAH
-          10.19PM | 22 OKTOBER 2014


Comments

Popular Posts