CERITA DI AWAL MUHARAM 1436H
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
Jari pantas menaip di papan kekunci,Awal Muharram 1436H. Along,nak cerita tentang apa? Hijrah lagi? Azam tahun baru? Cerita lama lah along. Cerita lain pula.
Alhamdulillah,hari ini aku sempat mengulangkaji sedikit subjek Ahadis Ahkam,Subjek yang memaksa kami murajaah 59 hadis bagi imtihan awal (peperiksaan pertama) bagi semester ini. Baru masuk hadis ke-8,aduh,minggu hadapan ujian. Hadis ini merupakan hadis ke-205 dalam kitab Bulughul Maram karangan Imam Ibnu Hajar al-Askalani. Namun,ianya hadis ke-8 yang kami pelajari dalam durusiat bagi subjek tersebut.
Hadisnya berbunyi begini:
:)
Daripada Muawiyah ibn al-Hakam (r.a) beliau berkata: Rasulullah s.a.w pernah bersabda : " Sesungguhnya solat ini tidak patut di dalamnya diisi dengan percakapan manusia sedikitpun. Sesungguhnya isi solat itu adalah tasbih,takbir dan membaca al-Quran." (Diriwayatkan Muslim)
Hadis ini mempunyai latar belakang (sabab wurud) di mana Muawiyah bin al-Hakam menceritakan :
"Ketika kami sedang solat bersama Rasulullah tiba-tiba bersinlah seorang lelaki yang sedang solat itu. Aku berkata : Semoga Allah merahmatimu. Seluruh kaum muslimin ketika itu mengarahkan pandangan ke arah aku. Lalu aku berkata, " Celakalah diriku mengapa kamu mengarahkan pandangan ke arah aku?" Mereka memukul paha mereka masing-masing. Aku faham mereka mengisyaratkan diri supaya diam. Aku pun diam. Ketika Rasulullah saw selesai mengerjakan solat,demi ayah dan ibuku yang ku jadikan tebusannya,aku tidak pernah melihat seorang pengajar sebelum dan sesudahnya yang lebih baik cara mengajarnya seperti Baginda. Nabi saw tidak memukulku.tidak mengherdik dan tidak pula memakiku. Kemudian Baginda saw bersabda : " Sesunggunya solat ini tidak patut di dalamnya diisi dengan percakapan manusia sedikitpun.. Sesungguhnya isi solat itu adalah tasbih,takbir dan membaca al-Quran." [Riwayat Muslim]
Sedang ku leka menilik kitab Subulus Salam syarah Bulughul Maram (bukan senang nak memahami setiap kalimat di dalamnya),aku termuhasabah diri aku. Pernahkah aku menegur seseorang dengan lemah lembut dan berhikmah hatta dengan adik-beradik ku sendiri? Kesilapan besar aku adalah saat menegur seseorang. Aku kasar dan cepat baran orangnya juga cepat melenting.
Tidak hairanlah ramai yang mengatakan aku si kecil yang garang. Wow,takutnya.
Di dalam terjemahan Subulus Salam,fiqh hadis menjelaskan antaranya :
- Hadis ini mnejelaskan kemuliaan akhlak Rasulullah saw,bersikap lemah lembut terhadap orang yang tidak tahu hukum agama dan berkasih sayang kepada umat Islam.
- Anjuran untuk berakhlak seperti mana akhlak Nabi saw yang dalam hal ini adalah bersikap lemah lembut terhadap orang tidak tahu hukum agama , cara mengajar mereka dengan baik,berbelas kasihan kepada mereka serta memberikan penjelasan dan huraian kepada mereka dengan kaedah yang mudah difaham.
Aku tidak akan megulas panjang mengenai fiqh hadis yang lain kerana bukanlah kepakaran aku yang masih menuntut ilmu dan menadah kitab. Apa yang aku katakan, bagaimana adab dan sikap kita ketika menegur peri laku seseorang? ayuh,muhasabah sebentar.
Semoga hadis ini memberi inspirasi kepada aku untuk menegur secara berhikmah bukan kata-kata yang mengguriskan hati orang lain. SALAM 1 MUHARAM 1436H
azam baru,
Minggu hadapan imtihan. Doakan terus thabat mengelek buku. :)
HALWA TELINGA :) SAMBIL STUDY
ALONG ALIAH
25/10/2014
12.23PM
BAYT AFLAH,MU'TAH
JORDAN

Comments
Post a Comment