CORETAN DI MALAM AIDIL ADHA
Bismillahirahmanirrahim
Alhamdulillah,umurku sudah menginjak ke angka 20 dan
sekarang berada dalam tahun ke-3 di Universiti Mu’tah. Semoga Allah memberkati
perjalanan yang berbaki sebelum dijemput menghadapNya. Adakah azam aku masih
lagi sama seperti tahun-tahun lepas? Andai kata,ya,jawapannya pun ya kerana ada
azam-azam aku yang masih lagi tidak tertunai.
Hari pertama di kelas yang pertama,pesanan Doktor Muhammad
Hawa,anak kepada Syeikh Said Hawa,katanya, “ Penuntut ilmu kena membaca dengan
sempurna.” Maksudnya,membaca buku dari kulit ke kulit,setiap isi dibacai.pada
semester ini,aku mengambil subjek Ahadis
Ahkam bersama duktur.
BELAJAR
Dalam kehidupan sebagai seorang manusia yang hidupnya
seperti roda,sekejap di atas dan sekejap di bawah. Banyak perkara yang harus
kita belajar. Bukan setakat ilmu di kuliah bahkan ilmu di luar kuliah juga
harus kita kuasai. Ilmu bertutur atau akhlak berkata-kata bersama orang tua,ibu
bapa,kanak-kanak kecil dan sahabat kita. Perlu adanya ilmu. Pulang ke Malaysia
banyak mengajar ilmu bagaimana nak bersembang dengan orang lebih tua. Tidak
hairanlah cara aku bersembang seperti kebanyakan orang tua. J
- -Senyum
- - Nada bersembang tidak
terlalu serius dan tidak terlalu santai dan ketawa.
- -Lebih banyak mendengar
daripada berkata-kata.
- -Jangan banyak bertanya dan
banyak berhujah.
My point,kadang-kadang kita menganggap orang tua ni seperti
sahabat kita. Bersembang dengan sahabat lain. Ada adabnya sebelum memulakan
bicara dan ada adabnya hendak mencelah. Mahasiswa sekarang,memang,aku katakan
pandai mengkritik dan pandai berhujah. Tapi,apabila dengan ulama’,guru atau
orang tua yang tidak sependapat dengan dia,kesalnya,kita ini tahu nak tegakkan
pendirian tapi sikit tidak menjaga tatasusila sebagai orang yang lebih muda dan
berpelajaran. Aku banyak kali ditegur oleh ibu bapa aku dan saudara-saudara
yang lain. Orang muda ini terlampau bersemangat nak perjuangkan hak sampai dah
tiada adab antara satu sama lain.
Memang suara mahasiswa itu perlu dan ditakuti serta digeruni
bak kata sesetengah orang. Tapi,kita sering menjadi perhatian disebabkan sikap
kita. INFINITI NEGATIF kebanyakan kata orang.
Pengalaman banyak mengajar aku. Kadang-kadang aku suka
melihat orang yang tidak berpelajaran mana pun tapi akhlaknya lebih tinggi
daripada kita yang banyak membaca dan mendapat segala macam jenis sijil. Aku suka
berkawan dengan insan sebegini malah kadang-kadang mereka ini lebih berjaya
dalam hidup walaupun tidak dalam kuliah.
Kawan-kawan,satu lagi kita jangan jadi si dungu yang pandai
tapi tidak pandai bersosial. Zaman sekarang tiada kasta, kita harus berkawan
dengan semua orang. Tapi kena pandai pilih kawan. Buang yang keruh,ambil yang
jernih. BERKAWAN BIAR SERIBU TAPI MUSUH JANGAN DICARI.
Saat umur baru mencecah 2o tahun,pengalaman yang sedikit itu
banyak mengajar aku untuk berfikiran matang. Kadang matang itu bukan pada
umurnya,aku mungkin dalam kategori lambat sikit dalam berfikir. Matang itu juga
hadir bukan pada saiz badannya. Kematangan fikiran aku agak lambat kerana aku
ini banyak bergaul dengan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Sesiapa yang
menjumpai aku,ya,mereka akan kata,aku kadang-kadang keanak-anakan dan
kadang-kadang matang. Mungkin sebab aku anak sulung kot. Jadi,kita ini memang
sampai tua akan ada dua sifat itu. Normal.
Definisi matang,sesiapa sahaja boleh huraikan mengikut
kefahaman masing-masing. Jadi apa definisi dalam pemikiran kalian?
SURAT UNTUK UMI DAN ABI
Assalamualaikum umi dan abi di kampung. Semoga sihat sahaja.
Apa khabar opah bi,opah som,che dan adik-adik along? Terbau lemang dan rendang
untuk juadah hari raya haji ni. Mesti seronokkan beraya.
Pertama sekali,along ingin meminta maaf kepada umi dan
abi,andai kata selama along pulang bercuti ke Malaysia,along banyak sakitkan
hati umi dan abi. Along cuba untuk menggembirakan hati umi dan abi sentiasa
tapi along gagal. Along minta maaf juga,andai along banyak membebel. Along nak
marah dan tegur adik-adik tapi umi dan abi selalu kena tempias. Along minta
maaf banyak-banyak. Along minta maaf lagi kalau ada hak-hak along sebagai anak
ke atas umi dan abi tidak tertunai. Sepatutnya,along sebagai anak sulung dan
cucu sulung,along kena tunjuk contoh dan tauladan yang baik. Tapi along gagal
kali ini. Maafkan along umi abi. Maafkan along.
Kedua, umi abi,doakan kesejahteraan dan kecemerlangan along
dunia akhirat. Doakan along menjadi anak yang solehah untuk umi abi,kakak yang
mampu menjadi contoh kepada adik-adik dan manusia yang mampu memberi manfaat
kepada masyarakat. Berbaki dua tahun di sini,doakan along cemerlang dalam
pelajaran. Umi abi banyak mengajar along untuk menjadi orang memahami kesusahan
walaupun kami berada dalam keluarga yang senang. Minta apa sahaja dapat tapi
umi abi tak pernah ajar kami meminta melainkan hal-hal keperluan. Umi abi juga
banyak mengajar erti hidup,menggalakkan kami untuk mengutip secebis pengalaman
walaupun kami ini malu-malu kucing dalam bersosial. Terima kasih umi abi
berikan kami ilmu agama yang cukup dan hanya kami yang nak praktikkan atau
tidak. Terima kasih umi abi. Along sayang umi dan abi. Doakan along di sini.
With love, ALONG ALIAH
11.05pm(Mu’tah) | 4.04am(Msia)
9 Zulhijjah 1435H | 4 Oktober 2014
Bayt Aflah,Mu’tah
ENTRY FOR ZULHIJJAH
http://aliahjamil.blogspot.com/2013/10/cinta-dan-pengorbanan.html
ENTRY FOR ZULHIJJAH
http://aliahjamil.blogspot.com/2013/10/cinta-dan-pengorbanan.html
Comments
Post a Comment