INGIN BERTEMU CINTA

Mencari makna di sisi duniawi
sedangkan ukhrawi sudah membuka jalan;
memberi makna hakiki.

cinta.
ingin bertemu dengannya.


Along Aliah
Nilai | 23:47pm | 5/7/2017

DOA UNTUK CINTA ENGKAU


Perjalanan ke Mekah mengambil masa lebih kurang 2 malam kerana kami bertolak daripada Mu'tah sekitar jam 9 malam (seingat aku), dua malam aku bersama jemaah lain tidur di dalam bas dan banyak tempat yang kami lalui masih segar perjalanannya dalam minda aku. Usai menghadapi proses visa di sempadan Jordan-Saudi, kami melalui kawasan yang bernama Taif; jika aku tidak silap. paling terkesan adalah aku melihat satu kawasan yang bersih, mempunyai masjid di tengah-tengah bandar dan masjidnya sangat luas juga di sekitar kawasannya terdapat taman permainan dan kawasan untuk beristirehat. Pada hari itu adalah hari Khamis, selalunya warga Arab akan membawa keluarga mereka ke masjid untuk beristirehat pada hari Jumaat tapi ketika itu masyarakat di situ sudah memenuhi kawasan masjid bersama keluarga mereka. Oh ya, pada waktu itu masanya pada waktu petang. Kemudian, kami teruskan perjalanan ke Mekah. Aku ingin ceritakan doa yang paling selalu aku ulangi ketika aku di Mekah. (Doa itu kekal hingga sekarang). Amiin.

Kami sampai ke Mekah sekitar jam 11 pagi dan ramai orang berpusu-pusu untuk ke Masjidil Haram. Kami ketika itu baru sampai, selesai menguruskan penempatan masing-masing, aku dan rakan sebilik mengikut salah seorang ustaz yang menguruskan jemaah. Memandangkan kami pertama kali sampai ke Mekah untuk mengerjakan umrah, kami hanya mengekorinya sahaja, dari belajar untuk menahan bas ke Masjidil Haram sehinggalah perjalanan masuk ke Masjidil Haram. Suatu pengalaman yang kau rasa, itulah perjalanan yang membahagiakan walau iman diuji dengan panas terik Mekah.

Menangis. Sampai sahaja di Masjidil Haram, ketika itu masjid sudah penuh dengan jemaah, kami segera menunaikan solat sunat tahiyatul masjid dan mengerjakan Solat Jumaat bersama jemaah lain. Usai solat Jumaat, kami pun mencari kaabah untuk melakukan tawaf umrah. Disebabkan kami tidak tahu jalan, memang mulanya sesat dan berlegar-legar dan ketika itu ramai jemaah berpusu-pusu menuju ke kaabah untuk melakukan tawaf. Kami melakukan tawaf di mutawwaf di tingkat atas sekali. Panas, memang panas sebab tidak berbumbung. Seterusnya kami melakukan ibadah umrah sehingga habis. Sekitar 15 minit sebelum masuk waktu Asar, kami selesai melakukan umrah pertama kami. Aku gembira dan puas.

Dalam penulisan ini, bukan itu yang aku ingin ceritakan, Aku ingin ceritakan, doa aku untuk mencari cinta. Ya, aku mengaku di hadapan kaabah itu lah aku berdoa semoga aku terus-menerus untuk mencintai dan menyayangi Tuhan Yang Satu, terus-menerus mencintai keluarga yang jauh di Malaysia, aku merindui mereka semasa itu. Aku tidak fikirkan orang lain, andai kata umi abi ada sekali tentu mereka gembira dapat menziarahi Haramain buat kali kedua. Aku pernah lihat umi aku menangis kerana ingin ke Haramain lagi. Aku menerus doakan agar aku sentiasa mencintai diri aku. Dengan mencintai diri aku, aku akan menjaga diri aku, aku akan memperbaiki diri aku dari sebarang anasir negatif dan proses untuk menjadi baik sebenarnya panjang dan bukan segera seperti mi segera. Setelah berdoa tanpa usaha dan mencari ilmu, kita terus jadi baik membabi buta (kau faham apa maksudnya). Seterusnya, aku berdoa untuk kesejahteraan orang yang aku sayangi dan cintai, aku sebut namanya walau dia tidak tahu aku ini mencintainya. Tapi Allah tahu dalam proses aku mencintainya, pelbagai halangan yang aku hadapi sebab doa pertama, kedua dan ketiga aku masih dalam proses untuk mencintai. Aku positif. Doa yang keempat itu bakal dimakbulkan jika doa yang pertama, kedua dan ketiga itu sudah sempurna.

Aku redha dalam erti kata lain kerna namanya tidak pernah putus. Andai tiada jodoh, kita mungkin berjodoh dengan yang lebih baik. Aku berharap doa yang pertama, kedua dan ketiga itu terus kekal di sanubari kerna itulah doa penyempurnaan diri aku; pencari cinta hakiki sampai mati.

Allah sudah buka jalan, kau jangan meroyan. Cinta hakiki yang pertama untuk diri kau.

Catatan Umrah 2015.
Along Aliah.
Nilai | 10.49pm | 8/7/2017





    
memori selepas solat Maghrib di Masjid Nabawi, Madinah tahun 2015.



Comments

Popular Posts