Sumbangan Yang Memberi Keberkatan

Alhamdulillah. Sumbangan ibu bapa pelajar Tadika Mukmin Kreatif kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak.
" Dan belanjakanlah ( harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik " ( Surah Al-Baqarah : ayat 195)
Teringat pula semasa menunaikan umrah, waktu itu Subuh dan aku beriktikaf di salah satu bahagian di Masjidil Haram. Di bahagian situ, selalunya jemaah dari Malaysia akan beriktikaf di situ dan ketika itu aku memang pergi secara berseorangan ( biasalah Afaf memang suka berseorangan ke mana-mana).😊
Bersembang dengan seorang makcik ni, salah seorang daripada jemaah Malaysia. Setelah kami bersembang lama selepas Subuh dan aku katakan aku datang bersama jemaah Jordan. Dia sedekahkan kepadaku hampir 120 riyal. Alhamdulillah rezeki pada pagi itu. Aku pun pulang ke hotel dan berikan kepada roomate setiap seorang 20 riyal dan jiran bilik 20 riyal seorang. Banyak lagi kisah di Haramain tak mampu nak ceritakan tapi mampu beri senyuman bila teringat kembali.
Ada orang Turkey berikan makanan kepada kami selepas Asar, ada juga orang Arab yang berikan kami halawiyat dan banyak lagi kisah di sana.
Alhamdulillah. Rindu Haramain. 
Semoga kita semua dimurahkan rezeki.

Catatan Ramadan
21/6/2017 | Nilai | 8.56pm




Comments

Popular Posts