Little Hajj Programme 2017

i was here.



Alhamdulillah :)

Akhirnya hari ini dapat merasai Program Little Haj anjuran Little Caliph. Selama seminggu bertungkus-lumus mengajar anak-anak tentang Rukun Islam ke-5 iaitu menunaikan haji. Ini adalah pengalaman berharga yang ditawarkan dan peluang untuk menjadi mutawif Haji Cilik ini.

Program ini berlangsung di Shah Alam. Seawal 6.15 pagi kami menunggu anak-anak di tadika, menyambut dan memakaikan mereka kain ihram sebelum bertolak ke tempat program. Bagi aku ini suatu program yang baik walaupun anak-anak ini tidak tahu situasi sebenar pelaksanaan haji dan aku sendiri tidak pernah merasai suasana melakukan haji. Anak-anak sangat seronok hendak ke program ini.

Sampainya kami di Shah Alam (di tempat program), kami terus menguruskan anak-anak dan melakukan tawaf perdana serentak pada pukul 9.30pagi bersama-sama anak-anak dari tadika lain. Dan katanya program kami kali ini mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records. Allahuakbar.

Kemudian kai meneruskan dan menguruskan anak-anak untuk melakukan pelaksanaan yang lain. Memang penat, di bawah mentari yang terik, di tengah padang, membawa anak-anak seramai 45 orang untuk melaksanakan aktiviti program ini, hanya Allah yang tahu. Anak-anak dan kami sama-sama penat. Namun, anak-anak dapat membuat latihan, praktikal dan membayangkan suasana haji sebenar di Mekah nanti. Mungkin kita nampak pelaksanaannya tidak sempurna secara praktikalnya dan pelaksanaan haji ini harusnya sentiasa belajar dan belajar. Kita yang tua pun terus-menerus belajara tentang pelaksanaan ibadat haji ini. Bukan setakat rukun haji malahan perkara-perkara lain yang perlu diamabil kira juga seharusnya kita belajar.

Alhamdulillah. Akhirnya selesai program untuk hari ini.

program terakhir bersama anak-anak LCPP.


Comments

Popular Posts