Che. Atuk. Guru. Penasihat. Untuk aku.
Siapa kita nak menidakkan kerja Tuhan.
Hidup mati di tanganNya.
Rukun iman keenam harus kita genggam agar redha dengan setiap ketentuanNya.
.
.
Che dalam kenangan dan memori.
Manusia yang mengajar aku erti Al Fatihah.
Manusia yang mengajar aku berjiwa hamba.
Manusia yang mengajar aku ilmu Allah itu Maha Luas.
.
.
Siapa sangka dia kembali dalam keadaan yang tenang tanpa disedari manusia sekeliling; dadanya sedikit tidak berombak menunjukkan dia menahan sakit.
Siapa sangka dia kembali dengan senyuman manis yang sentiasa dia lemparkan; namun kali ini lebih manis.
Siapa sangka dia kembali dalam suasana harmoni, angin bertiup sepoi bahasa.
Siapa sangka dia kembali, jemaah penuh menyolatkan dia.
.
.
Ya, aku ke hospital berlari dari parkir kereta sehingga ke wad. Aku menahan tangis bahawa Che masih ada harapan. Setibanya aku di wad, suasana sangat hiba dan pilu. Aku terjatuh dan menangis sekuatnya. Ayah ku datang memeluk aku dan adik-adik. Memujuk. Opah datang mengajar kami erti redha dan tenang. .
.
Saat aku melihat Che. Aku senyum tiada tangisan. Che gembira bertemu Tuhan. Senyuman Che manis keseronokan. Aku redha.
Sekarang aku rindu.
.
.
Damai Che dikau di sana. Kau sentiasa dalam peliharaan Tuhan.
Al Fatihah. Mohamad bin Mat Adam. 1936 - 2017. 8/10/2017.
.
.
Ada pengajaran dan pesanan yang harus aku ikuti semasa ketiadaannya.
Amalan Che :
1. Bercakap dengan lemah lembut
2. Sentiasa bersangka baik
3. Menjaga hati dan pandangan orang lain
4. Amalkan Al-Mulk
5. Hidupnya hanya dengan beribadah
ps..sepanjang Che sakit, Che hanya ingat mandi dan nak solat. Al-Fatihah.

yang sedang merinduimu. Along Aliah. 4/12/2017 12.34am Kg Tasek, Lenggong |
Comments
Post a Comment