Kem Remaja Mumtaz 2017
Assalamualaikum, alhamdulillah ala kulli nikmat.Pada pagi yang hening ni, dapat juga mengambil masa untuk menulis pengalaman Along menjadi seorang fasi di sebuah kem. Pertama kali orang mengajak kita menjadi seorang fasi, sebelum jika bergiat aktif di universiti bagi kem-kem atau orientasi, selalunya menjadi bahagian AJK seperti timbalan pengarah, setiausaha, bendahari atau programmer. Mungkin pada zaman universiti dahulu ramai orang yang lebih layak untuk menjadi fasi. Hahahah.
Kem ini dibuat di Maahad Tahfiz Al-Quran Lid Dakwah wal Imamah, Luat di Lenggong. Pertama kali juga la nak kena bermukim di sekolah yang kesemuanya lelaki selama seminggu. Persediaan program agak mencabar namun mampu ditangani apabila mempunyai tenaga kerja yang sangat membantu dan cekap bekerja. Along hanya mampu belajar.
Hari pertama, dah terasa excited nak handle hampir 50 orang peserta. Ramai tu. Sempat berkenalan dengan keluarga peserta. Ada yang datang dari Selangor, Kedah dan dari merata tempat. MasyaAllah. Kagum kerana sanggup menghantar anak jauh-jauh semata-mata hendak anak mengisi masa lapang dengan perkara bermanfaat walaupun program berlangsung selama seminggu.
Hari kedua dan seterusnya, banyaklah cabaran sebagai seorang fasi yang berlaku sepanjang program. Pertama kali along kena handle peserta dan bercakap di hadapan. Selalunya muka ni kena jadi moderator atau pembentang, tapi kali ini berlainan, sambil bercakap di hadapan melatih kita untuk menguruskan dan memberi arahan dalam masa yang sama.
Selain itu, pertama kali kena mengajar Al-Quran kepada adik-adik yang sudah tentu pandai membaca AL-Quran dan menghafaz Al-Quran. Kita sendiri pun baru mendalami Al-Quran dan merangkak-rangkak lagi. Semoga ilmu yang disampaikan oleh Along yang masih kurang ilmunya bermanfaat walaupun sedikit.
Alhamdulillah, dalam kem yang berlangsung selama seminggu ni banyak aktiviti outdoor yang boleh melatih peserta dan fasi keyakinan diri, berani dan seronok agar kami tidak bosan mungkin. :)
Antara aktiviti outdoor yang dijalankan seperti berkayak, mandi sungai, berjalan mengelilingi kampung dan sebagainya. Peserta sangat seronok dan terpancar di wajah mereka walaupun letih.:)
Kelas Bahasa Arab bersama Ustaz Masran paling along terasa seronok. Semasa Tingkatan 3 dahulu pernah juga join program bercakap Bahasa Arab di UTP dan dikendalikan oleh alumni sekolah Gontor. Tapi itulah sebagai fasi, banyak kerja lain terpaksa dilakukan dan sempat beberapa minit sahaja dalam majlis ilmu. Jika ada lagi dan umur yang panjang untuk menyertai kelas sebegini, inshaAllah semoga dipermudahkan rezeki itu.
MUHASABAH DIRI
Banyak perkara yang perlu dimuhasabahkan sebagai seorang fasi. Antaranya, paling menyesal dalam hidup adalah marah anak orang. Tak suka nak marah-marah tapi kadang terpaksa dan bersebab. Allah sahaja yang tahu selepas kejadian marah-marah atas sebab beberapa kesalahan mereka, along malu dan marah dengan diri sendiri. Kenapa nak marah? Kenapa tak cakap elok-elok? So, ni habit yang patut diubah secara perlahan-lahan.Teringat kata-kata senior di universiti dulu, Ust Shafiq Rahaman, " jangan gaduh-gaduh."
Kedua, banyak kena lagi belajar cara mengurus dan berfikir dengan cekap dan kreatif. Juga belajar untuk membuat keputusan dengan tepat. Hidup ni memang sentiasa kena belajar perkara baharu dan apabila kita belajar dia tidak terikat.
Ketiga, kena belajar banyak membaca sebelum ke kem-kem sebegini. Peserta dahagakan ilmu tapi along bukanlah seorang yang berilmu. Semoga Allah pandu untuk terus suka membaca dan sampaikan ilmu.
Keempat, jaga mulut. Along sebenarnya seorang yang agak suka mendiamkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara yang boleh membuatkan kita membebel. Kat rumah bolehlah nak membebel tapi di luar itu bukan along. Juga seorang yang tak pandai nak bergaul sebab along seorang yang ambivert; bukan introvert atau extrovert person.Itu sebab nak travel lebih suka seorang diri. Tapi alhamdulillah, banyak juga along belajar apabila dengan bergaul rupanya kita akan dapat suatu yang baru. Tentang diri dan pengalaman seseorang juga mungkin memberi pengajaran kepada kita.
ok, itu sahaja, sebenarnya nak tulis pasal apa yang along perlu muhasabah diri. Nak tahu kisah lanjut tentang program yang best ni, boleh buka link di bawah :)
https://www.facebook.com/Maahad-Tahfiz-Al-Quran-Lid-Dakwah-Wal-Imamah-MTQDI-1452959384796811/
atau ke Facebook
Maahad tahfiz Al-Quran Lid Dakwah wal Imamah.
WARNA-WARNI KEM.
Nukilan,
Along Aliah
8.21pagi | 26/12/2017
Kg Tasek, Lenggong.

Awesome Team |
Peserta Lelaki |
Peserta Perempuan |
WARNA-WARNI KEM.
Nukilan,
Along Aliah
8.21pagi | 26/12/2017
Kg Tasek, Lenggong.
Comments
Post a Comment