Harapan dan Redha Umi Abi

Alhamdulillah. Di malam yang hening in along cuba luangkan masa menulis. Di panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana bulan November ini adalah bulan kemenangan kepada along, adik lelaki along Widad dan ayah along Abi. Apa tu?????

Yeay, kami dapat bergraduasi bersama-sama. Abi pernah berkata suatu ketika along masih kecil lagi, " Abi tak ada harta nak wariskan apa-apa kepada anak-anak tetapi Abi ada duit untuk minta anak-anak Abi belajar bersungguh-sungguh." Dan aku pegang kata-kata ni sehingga saat ni.

Mesti ada yang pelik tahun lepas dah grad dan tahun ni grad lagi. Hmmm... tahun lepas along grad bagi degree dan tahun ni along grad bagi Diploma Siswazah Amalan Guaman dan Kehakiman (DIJAP). Alhamdulillah setahun sahaja sesi pengkuliahan.

Lepas pulang ke Malaysia, along memohon Master dan Diploma Siswazah. Along dapat tawaran Master Usuluddin di USAS, Master Kaunseling di OUM dan mendapat tawaran DIJAP di USIM. Semasa dapat tawaran DIJAP ni sebenarnya along menangis tak nak pergi dan nak mohon jawatan Guru Dini. Sebab kedua along sayang sangat dengan pengajian-pengajian Usuluddin. Cuba korang bayangkan seorang pelajar Usuluddin yang tak pernah tahu selok-belok Law Syarie dan prosedurnya. Baca enakmen pun tak pandai masa tu. Baca kitab pun masih terkedek-kedek.

Menangis. Memang harapan umi abi along nak along ambil bidang Fiqh dari zaman degree lagi tetapi along lebih berminat nak membaca kitab-kitab Usuluddin terutama kitab-kitab hadis dan aqidah. Along cuba beranikan diri untuk mencuba satu bidang baharu yang tak pernah terfikir dek akal dan tak pernah terfikir hendak menjadi seorang peguam syarie. Dan along bukanlah seorang manusia yang lantang bersuara.

Cuba. Usai sahaja mendaftar di USIM. Aku serta merta mencari kerja sambilan dan rumah sewa. Yelah, kita bukan lagi pelajar tajaan. Duit tajaan dan duit hadiah dari kerajaan negeri, along simpan untuk membayar yuran, sewa rumah dan belanja selama 2 bulan awal berada di Nilai.

Banyak cabarannya. Malas nak bagitahu apa cabarannya. Along malas mengingat dan tidak menarik untuk diceritakan sebab ada insan lain yang lebih menarik perjalanan hidupnya dalam tempoh pengajian di samping bekerja dan sudah punya tanggungan keluarga.

Along cuma nak bagitahu, denga redha umi abi dan harapan mereka untuk along lanjutkan pengajian dalam bidang syariah tercapai juga tapi along mampu beritahu kepada umi abi, along nak jadi seorang GURU. Bukan seorang peguam. Jika along diberikan jawatan berkaitan kehakiman syariah, along inginkan jawatan sebagai seorang PEGAWAI SULH sahaja bukannya seorang peguam.

Hal ini kerana, otak along tidak secepat dan setajam otak insan lain dalam menyelesaikan masalah apatah lagi ingin mengikut prosedur.

Satu lagi, Alhamdulillah, along mendapat tawaran menyambung pengajian ke peringkat master di USM dan UKM. Namun, terdapat beberapa masalah teknikal, along terpaksa tangguhkan dahulu hasrat along. Along berharap akan mendapat tawaran bekerja dalam masa terdekat ni. :)

Along cuma berharap dalam penulisan ini, dalam apa tindakan kita cuba berbincang dan mohon restu keluarga dalam membuat suatu keputusan. Terima kasih kepada mereka yang bersama-sama dalam perjalanan hidup along. Gelak ketawa dan suka duka along. Terima kasih atas dorongan dan sokongan. Moga Allah berikan ganjaran kepada kalian. Terima kasih umi abi. Doakan along berjaya dalam perjalanan seterusnya.






Along Aliah
5/12/2017
12.26am
Kg Tasek

Comments

Popular Posts