Mulakan hari kamu dengan BERSYUKUR
Bismillah...
Manisnya andai mampu BERJAYA dalam banyak perkara
Berjaya dalam belajar,dalam mencari pengalaman,dalam menunaikan amanah,dalam beribadah kepadaNya,dalam membuat amar makruf nahi mungkar,dalam membuat amal soleh dan dalam menuju keredhaanNya
Alangkah manisnya jika Allah sentiasa berikan kebahagiaan :) namun kadang-kadang setitik kebahagiaan yang Allah beri,kita sentiasa alpa dan lalai dalam menunaikan amanahNya
Alangkah manisnya jika hidup tiada cabaran dan pancaroba,tiada kesedihan dan keseksaan :) namun tiada ujian dan mehnah di dunia ini,kita cuai dengan duniawi yang penuh misteri
Alangkah manisnya jika kita sentiasa istiqamah melakukan ibadat kepadaNya walaupun ada badai yang melanda :) alangkah malunya aku andai tidak mampu bangun tahajud seminggu sekali,alangkah malunya aku kepadaMu ya Allah
Alangkah manisnya jika memahami setiap ilmu Allah dengan faqih dan faham :) alangkah malunya aku jika aku tidak mampu mengajar anak-anak perkara asas fardhu ain
Alangkah manisnya jika gula-gula ukhwah sentiasa utuh :) alangkah segannya aku jika kita berukhwah kerana jemaah,persatuan,negeri,bangsa dan agama,ingatlah sahabat kita berukhwah kerana satu aqidah berukhwah kerana Allah yang Maha Esa
Alangkah manisnya jika aku mampu menunaikan amanah yang diberikan dengan jayanya :) alangkah malunya aku jika aku gagal dalam pengurusan masa,gagal dalam pengurusan kehidupan,gagala dalam pengurusan belajar,gagal dalam pengurusan jemaah,gagal dalam pengurusan kehidupan
Alangkah manisnya jika aku sentiasa belajar dalam kehidupan yang penuh mehnah ini,alangkah manisnya aku dapat membalas jasa ibu ayah aku alangkah manisnya aku mampu membahagiakan famili aku dengan kejayaan-kejayaan aku,alangkah manisnya jika aku berukhwah dengan mereka till jannah,alangkah manisnya aku BERTEMU DENGAN KALIAN DI SYURGA-NYA :)
kehidupan kita ibarat sebuah catitan di atas sebuah buku
bacalah,belajarlah,hayatilah
S.E.N.Y.U.M
-along aliah-
11.21 pm / 3 Oct 2013
Bayt Aflah , Mu'tah
Jordan
|
Comments
Post a Comment